Hakikatnya suami atau lelaki tidak lari dari teknologi terkini termasuklah peralatan canggih seperti set ‘home theatre’ dan juga sub woofer yang diletakkan di ruang menonton. Jadi bagaimana untuk menjadikan lokasi menonton sebagai lokasi yang tenang agar tidak berserabut dari wayar dan juga peralatan tersebut? Walaupun isteri minta ia dirias dengan tema glam moden, suami pasti masih boleh tersenyum.
Ruang menonton juga dikategorikan sebagai ruang utama selain bilik tidur. Di lokasi ini anda perlu peka dan teliti dari segi gaya letak perabut dan juga peralatan kerana kebiasaannya tetamu serta penghuni akan berkumpul di sini. Maka keadaan ruang ini akan memberi gambaran pada anda selaku tuan rumah.
Perabot
Sebelum meletakkan peralatan elektronik seperti televisyen mahupun set home theatre, perhatikan ruang menonton. Adakah ianya sempit mahupun luas? Jika luas tiada masalah. Jika sempit, anda haruslah membeli rak tv yang sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
Jika boleh dapatkan rak tv yang mempunyai ruang yang lebar memanjang dan tertutup agar memberi impak kemas.
Peralatan eletronik
Ads
Tidak salah untuk anda mendapatkan subwoofer atau set home theatre kegemaran asalkan ianya tidak terlalu menonjol dan kena dengan gaya ruang tersebut. Peralatan sebegini harus diletakkan di tempat yang bersesuaian dan tidak menghalang laluan bagi mengelakkan kecelakaan di dalam rumah.
Jika memasang peralatan elektronik, selalunya ruang di belakang tv mahupun set home theatre sering dilupakan. Kesannya, dapat dilihat secara jelas wayar-wayar yang berselirat dan menyemakkan permandangan walaupun diletakkan di belakang rak tv. Maka amatlah ditekankan agar memilih rak tv yang berpenutup bagi menyembunyikan semua wayar tersebut.
Ruang Khas
Bagi penggemar filem dan dvd, anda pasti mempunyai banyak koleksi dvd yang dibeli. Tetapi selalunya ramai yang kurang endah dengan dvd-dvd tersebut. Akibatnya, dvd ini diletakkan dimerata tempat sahaja dan keadaan ini mencacatkan ruang menonton anda. Adakah anda gemar melihat sarung-sarung dvd ini bersepah sahaja di lantai? Pasti tidak bukan. Apa kata sediakan ruang khas ataupun bekas yang besar, jika bertutup lagi digalakkan agar kesemua koleksi dvd ini boleh diletakkan di dalam bekas tersebut. Maka ruang menonton anda akan sentiasa kemas dan teratur tatkala anda bersantai memanjakan diri mahupun beristirehat bersama teman.
Gaya glam moden tidak semestinya hanya sesuai untuk kediaman mewah. Antara elemen penting dalam menyerlahkan dekorasi glam moden adalah:
Ads
1. Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery dan ukiran sedarhana
2. Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas
Ads
3. Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal
4. Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak gometrik
5. Mewujudkan kehadiran pencahayaan lebih dramatik melalui penggunaan chandeliers dan lampu meja
Kredit foto utama: Instagram Dr Faraizzati
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua bintang terkenal Korea ini bersatu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja. Majlis pernikahan pasangan ini dilakukan di sebuah gereja yang terletak di wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, manakala majlis resepsi pula dilangsungkan di Paradise City’s Banquet Hall. Dewan tersebut dihias cukup menarik dengan berkonsepkan perkahwinan seperti dalam filem ‘Twilight’ lakonan Kirsten Stewart dan Robert Pattinson.
Taeyang kelihatan kacak dalam persalinan tuksedo hitam manakala Min Hyo Rin pula mengayakan gaun potongan kemban ballgown dalam rona putih gading dengan perincian bungan 3d.
Dekorasi perkahwinan pasangan ini yang berlatarkan warna-warna alam semulajadi cukup menampakkan kesegaran dan juga kemewahan tanpa kelihatan terlalu sarat. Konsep lantai karpet rona hijau seolah-olah menggambarkan rumput di taman.
Pasangan ‘power couple’ di dalam insdustri hiburan di Korea Selatan ini telah mula bercinta lebih empat tahun lalu dan mereka dilihat begitu merahsiakan perkahwinan biarpun telah melakukan sesi penggambaran istimewa pra-perkahwinan untuk majalah Dazed Korea sehinggalah rakan-rakan terdekat yang memuat naik gambar-gambar sekitar majlis mereka di laman instagram.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Titipan aura romantis di pentas dermaga pastinya meninggalkan kenangan yang sukar diungkapkan dengan butir bicara. Gahnya pelamin di hari persandingan menjadi lambang betapa utuhnya ikatan cinta raja dan ratu sehari. Oh! Indahnya dunia tatkala dua jiwa menjadi satu. Moga kasih sayang kekal melingkari kehidupan pasangan mempelai hingga ke Jannah.
Pelamin cinta Dr Farid dan Dr Fazliana yang dijelmakan oleh perunding perkahwinan tersohor, Reka Teemor benar-benar mencuri perhatian. Menyuntik latar singgahsana cinta yang sarat dengan elemen romantik serta pencahayaan yang sempurna amat membantu agar pelamin tampak lebih menjentik deria pandang.
Pemilihan Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi telah membantu untuk mendapatkan dream wedding pasangan Dr Farid dan Dr Fazliana kerana mereka adalah pakar dalam merancang acara yang unik, elegan dan eksklusif bersesuaian dengan anugerah sebagai Pereka Pencetus Trend yang diterima daripada Yayasan Usahawan Malaysia 2017/2018.
Mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali, majlis akad nikah di Dewan Astor, St Regis Kuala Lumpur diberi nama ‘The Damiani’. Majlis bersama keluarga di Sime Darby Convention Centre bertemakan ‘The Khatulistiwa’ menampilkan aura flora tropika. Ilham keindahan kehijauan hutan tropika melatari pelamin dan 2000 kuntum bunga lawang gergasi berona emas melatari siling ballroom memberi efek yang eksklusif.
Majlis resepsi gilang gemilang di St Regis KL pula bertemakan ‘The Universe’ memberi nafas ultra moden. Ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis KL. Ia seolah-olah meteor cinta Dr Farid dan Dr Fazliana.
Ayuh kami hidangkan keindahan rekaan pelamin dan dekorasi cetusan perunding perkahwinan terkenal @rekateemor.
The Damiani- Mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali.
The Khatulistiwa- Menampilkan aura flora tropika.
Perancang perkahwinan Reka Teemor berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau pandai deko, rumah flat pun boleh bertukar nampak ala kondo, bukan sebab guna barang mahal tetapi dek kerana bijak atur perabot dan hias ruang.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian dekorasi kediaman Mas Aura ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Selit cermin dan almari di ruang yang sempit begini akan nampak lebih berseri dan cantik.
Jadi, jika anda direzekikan dapat rumah flat pun tak mengapa. Asalkan pandai deko dan rajin kemas rumah, inshaa Allah suasana setiap ruang akan nampak cantik dan selesa.