Syoknya bila dapat berehat di rumah sendiri. Sebab tu rumah itu adalah syurga sebuah keluarga. Dekorasi dan interior sesebuah rumah juga boleh menjadi asbab kepada kebahagiaan sebuah rumahtangga.
Kenapa pula ‘pintu tandas’ boleh jadi alasan hancurnya rumahtangga pasangan? Dalam perkongsian di Viral Media Johor, ada kisah yang boleh dijadikan turning point untuk kita buat perubahan sikit dalam hidup dan senibina rumah. Ha begitu!
KENAPA PERLU TUTUP PINTU TANDAS ??
Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur
Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Ads
*Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Ads
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
*1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”*
Ads
(HR. Bukhori 5624).
*2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.*
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Dah dapat gambaran kenapa pintu tandas pun boleh jadi asbab? Selain faktor ini, mungkin anda boleh tengok balik bagaimana cara kita melayani pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bilik tidur adalah ruang peribadi dan beristirehat, jika anda dan pasangan seharian bekerja dan tidak bersua muka pasti diakhir hari bilik tidur akan menjadi tempat bertentangan mata.
Bilik tidur juga adalah tempat di mana hanya berdua sahaja di situ. Oleh itu, bilik tidur haruslah dihias dengan cantik dan romantik sekali, lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja bernikah. Baru datang mood itu.
1.Cat putih dan merah jambu
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
2. Pilihan cadar
Benda utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
3. Cahaya bilik
Bukan senang nak wujudkan mood romantik kerana ia perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar. Ini dapat memberi lagi suasana yang lebih untuk anda dan pasangan.
4. Haruman
Untuk membarakan lagi suasana cinta anda pasangan, nyalakan lilin aromaterapi atau bau nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah, cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keindahan suasana majlis pertunangan kini telah menjadi trend untuk turut menampilkan mini pelamin mengikut konsep yang diingini si gadis. Apa yang pasti, rekaan mini pelamin yang cantik dan kreatif akan menjadi latar indah merakam momen kala disarungkan cincin ke jari manis.
Lazimnya rekaan mini pelamin sering disewa untuk memudahkan urusan. Namun mini pelamin yang kreatif dan cantik boleh dijelmakan dengan memberi sentuhan peribadi pada rekaannya. Apa yang lebih utama, penggayaan mini pelamin boleh diberikan sentuhan mengikut air tangan sendiri.
Dengan bantuan item-item yang ringkas, sebuah mini pelamin yang ringkas mampu dihasilkan.
Langsir Sebagai Panel Pelamin
Gayakan langsir rona krim polos sebagai panel mini pelamin. Sebaiknya langsir tersebut digantung melekat pada dinding dan dihadirkan seakan-akan beralun untuk tampak mewah dan bergaya.
Lantera Membiaskan Cahaya Dramatik
Menyuntik elemen dekorasi dengan gaya pencahayaan yang dramatik, letakkan sahaja lantera di sudut kiri dan kanan mini pelamin. Jika mini pelamin berkonsepkan Inggeris, pilihan terandak dengan motif bungaa-bungaan ros adalah terbaik.
Bunga Sebagai Penyeri
Sama ada bermain dengan bunga segar mahupun artifisial kedua-duanya mempunyai aura keserian. Pun begitu pilihan berbeza akan menzahirkan impak yang berlainan. Jika anda kreatif, menonjolkan keindahan bunga kertas di ruangan mini pelamin juga tidak kurang hebatnya. Selain cantik dipandang, kosnya pula cukup murah.
Tilam Pelapik Yang Empuk
Padankan tilam kecil untuk dijadikan pelapik kala duduk bersimpuh di atas mini pelamin. Sebaiknya pilihlah rekaan sarung tilam yang tampak elegan dan bergaya. Jika menggayakan daripada pilihan fabrik bertestur umpamanya juga mampu menyuntik gaya yang tersendiri.
Aturan Kusyen Menambah Seri Mini Pelamin
Melengkapkan persembahan mini pelamin, letakkan sahaja beberapa kusyen dalam pilihan warna yang senada. Bentuk kusyen tidak terbatas dalam pilihan empat segi semata-mata, malah jika dihadirkan kusyen bentuk bulat, segitiga, atau bentuk hati akan mencipta gaya yang tersendiri.
Kredit Picture: Pelamin By Cinta
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencipta gaya di ruangan pemanis mulut boleh diterjemahkan dengan pelbagai pilihan konsep dekorasi yang istimewa. Setiap satunya punya keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, pilih sahaja tema yang anda gemari, apa yang penting ianya pasti mampu menyemarakkkan kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung.
Sebenarnya hiasan dekorasi untuk ruang pemanis mulut ini boleh dilakukan sendiri asalkan pasangan mempelai bijak menyesuaikan dengan tema majlis perkahwinan. Terdapat pelbagai pilihan tema yang boleh dipilih untuk menghias ruangan pemanis mulut antaranya ialah tema klasik, romantik, vintaj, fairytale dan glam. Garapan warna dan elemen hiasan pada seni hiasan ruang pemanis mulut akan menjadi lebih terserlah apabila mainan warna-warna lembut dan warna-warna terang diserasikan bersama.
Kunci utama yang perlu diingatkan ialah tema dekorasi haruslah tidak terlalu sarat dengan elemen hiasan sehingga konsep hiasan dekorasi pemanis mulut tenggelam dek kerana ‘kemeriahan’ hiasan dekorasi yang keterlaluan.
Klasik
Peneguhan elemen klasik di ruangan pemanis mulut terserlah dengan paparan rona putih memenuhi ruangan. Sama ada pada pemilihan elemen dekorasi mahu pun pada seleksi hidangan yang disajikan.
Romantik
Olahan dekorasi bermain dengan warna-warna romantik seperti merah jambu atau pun lilac. Suntikan elemen dramatik turut disatukan dengan menghadirkan elemen lilin dan bunga-bungaan sebagai penyeri ruangan.
Vintaj
Ekspresi konsep vintaj dapat dilihat pada pemilihan dekorasinya yang menggunakan elemen yang unik dan bercirikan retro. Ternyata gaya ini mempunyai nilai estetika yang istimewa dan tersendiri.
Fairytale
Station candy buffet dengan tema kisah dongeng cukup menarik perhatian terutama buat tetamu cilik. Kebiasaannya ia tampak mewah dengan garapan pelbagai warna dan disempurnakan dengan hasilan yang cukup mengujakan.
Glam
Menepati ciri dekorasi berunsurkan glam, sudut ini dirias dengan elemen berkilau yang memukau. Gaya sebegini tampak begitu hebat dan mewah. Serlipan unsur-unsur gemerlapan menjadikan sudut pemanis mulut tampak lebih menyerlah.
Kupasan menarik minggu ini segalanya tentang kek dan candy buffet di Astro Prima & Maya HD jam 7 malam Ahad ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!