Hidup berumahtangga kalau tidak dilanda badai, memang tak sah. Tapi kalau hubungan halal diganggu orang ketiga dengan menggunakan ilmu hitam, hanya doa mampu dititipkan. Lima tahun mendirikan rumahtangga, wanita ini reda ditinggalkan suami untuk seorang wanita jauh lebih tua darinya dan didakwa menggunakan sihir.  

 

Perkongsian di status Facebook Nur Anis Najme tentang masalah rumahtangga yang melanda sudah lama berlalu namun dia masih diganggu follower isteri baharu bekas suaminya. 

 

“Kepada sahabat atau kawan kepada nenek (orang ketiga) ni, sila unfollow saya atau jangan jadi CCTV di sini. Kau pun satu nenek, jangan buat akaun fake nak follow aku lagi. 

  

Kau dah kahwin dengan laki aku, dah rampas suami aku dan kau dah kahwin dengan dia, aku ucapkan tahniah! Kira selesai.” tulisnya. 

 

IKLAN

Tulisnya lagi, sebelum berpisah dengan bekas suami, wanita itu mendakwa kehidupannya sering diganggu dan kediaman milik mereka pernah diceroboh masuk orang ketiga yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital kerajaan. 

 

“Sanggup datang rumah aku nak cari suami aku, macam orang gila aku tengok kau. Kau hantar sihir kat aku. Macam-macam jadi dalam rumah aku.” 

 

Bila baca kisah Anis boleh buat kita lebih berhati-hati. Yakinkan diri dengan perlindungan Allah dan menerima ketentuan dengan hati yang terbuka. Mungkin mudah untuk dilafazkan namun sukar untuk dilakukan.
 

IKLAN

SIHIR RUMAHTANGGA 

  1. RUMAHTANGGA PANAS

Suami mahupun isteri kerap bergaduh, berlaku tuduh menuduh tentang perkara remeh, perkara-perkara kecil menjadi besar dan pergaduhan ini bersambung-sambung tanpa kesudahan, perubahan ketara dari cinta menjadi benci, berlaku keraguan dan perasaan cemburu yang berlebihan sehingga pasangan merasa terseksa, terlalu sukar untuk saling memaafkan.  

 

  1. PANDANGAN BURUK

Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya. Seorang suami melihat isterinya sangat hodoh. Walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Manakala isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.  

 

IKLAN
  1. SIHIR GUNA-GUNA

Rumahtangga juga akan bergegar apabila wujudnya sihir pelalau, antara kes yang paling kerap berlaku. Suami atau isteri tiba-tiba jatuh cinta pada orang yang menyihir mereka. Jika suami yang disihir, pihak suami akan mula lupakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak.  

 

  1. MIMPI BURUK

Antara cara nak mengenal pasti mimpi-mimpi ini sekadar mainan tidur atau benar-benar gangguan jin, mimpi berulang-ulang dan kerap (lebih 3 kali seminggu), sedar dari mimpi merasa takut dan cemas sekali, kehidupan tiba-tiba berubah secara drastik. 

 

  1. SAKIT PADA TUBUH BADAN

Sakit kepala yang kerap terutama lepas Asar ke atas. badan sentiasa panas rasa membahang tetapi tidak demam, bahu belikat berat dan rasa sakit menyucuk, badan rasa bisa menyucuk, pinggan dan belakang badan sakit, sukar tidur malam,kulit gatal-gatal pedih dan kering, lesu dan malas sentiasa, gangguan emosi iaitu rasa runsing, gelisah dan resah yg berpanjangan, semua yg dilakukan tidak menjadi, rasa sedih atau marah silih berganti tanpa sebab. 

 

Bergantunglah hidup kepada Allah. Selagi boleh dipertahankan, berusahalah namun jangan pernah rasa berputus asa. Dalam setiap dugaan ada pelangi indah yang sedang menanti.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI