Istilah manusia ni ramai yang salah faham. Apabila seorang isteri menjadi surirumah, sama ada diminta suami atau pilihan sendiri maka isteri bertanggungjawab ke atas urusan rumah. Itu ideologi kita dan apa yang kita nak faham. Sedangkan hakikatnya, tanggungjawab menguruskan rumah bukan hanya terletak pada bahu isteri semata-mata.
Ok, sebenarnya nak cerita tentang bagaimana suami boleh bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga rumah. Perbelanjaan dapur, urusan persekolahan anak-anak, kebersihan rumah janganlah diabaikan.
Soal duit, itu sudah menjadi tanggungjawab suami. Isteri yang bekerja hanya sekadar membantu meringankan beban. Tapi jika isteri itu surirumah, janganlah merasakan dia tidak membantu dalam mempermudahkan urusan suami. Fikirlah, siapa yang akna masak untuk anda dan anak-anak, siapa yang akan tengok-tengokkan rumah apabila anda keluar bekerja, siapa pula yang akan menguruskan hal rumahtangga apabila anda tidak ada di rumah?
Coretan Puan Haitun Kamarazaman ini boleh menjadi inspirasi kepada para suami serta membuka minda lebih positif dalam menghargai jasa seorang isteri.
========================================================
Kisah ini diceritakan masa saya sedang makan-makan, tapi telinga saya mendengar sambil mengamati.
Ada seorang lelaki ini. Setiap bulan, dia memang bagi semua gaji pada isteri. Jadi, isterinyalah yang akan bayar segala bil, beli segala keperluan makanan, belanja anak sekolah, hulur sedikit kepada orang tua dan simpan sikit.
Duit gaji tu, dia ambil sikit jer untuk minyak motor (sebab dia kerja guna motor, kereta bini bawak untuk ambil hantar anak ke sekolah dan ke pasar)
Kiranya dari awal kahwin, memang isterinyalah mengawal kewangan keluarga. Lagipun isterinya itu bijak urus duit. Setiap bulan mesti ada simpanan.
Oooo, terlopong saya dengar, sebab saya pulak semua suami uruskan. Sepanjang kahwin, seingat saya tak pernah saya bayar bil air api. Duit gaji saya tak diusiknya, duit buku saya pun dia tak tanya.
Namun sebagai isteri yang mahu susah senang bersama suami, saya top up apa-apa yang kurang.
Sebagaimana suami tak berkira dengan keluarga saya, maka saya juga langsung tidak berkira dengan keluarganya. Kami sama-sama menghulur apa yang patut untuk keluarga dan adik beradik.
Kenapa bagi duit gaji semua pada isteri ya?
Mmmm, di situlah bijaknya suami itu. Dia tahu isterinya suri rumah. Seorang suri rumah lazimnya selalu terasa rendah diri kerana tidak bekerja, tiada duit sendiri, dan kononnya selalu meminta-minta duit dengan suami.
Lagi best, keluarga belah laki suka label menantu tak bekerja ini menghabiskan duit suami. Padahal duit suami itu memang perlu digunakan anak isteri untuk keperluan mereka.
Jadi pada saya, suami tadi memang bijak dan tahu bermain dengan psikologi isteri yang surirumah sepenuh masa. Diberinya mengurus duit gajinya, dan ternyata isteri memang bijak mengatur keperluan.
Jadilah suami yang prihatin. Bukan duit sahaja jadi pertaruhan dalam perhubungan rumahtangga tetapi keprihatinan suami terhadap keperluan isteri perlu diambil kira.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Anda juga boleh tonton video menarik ini di SINI!

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI