Benarkah anggapan bahawa dengan membuat isteri bahagia, boleh menyebabkan rezeki suami melimpah ruah? Apakah kaitannya rezeki yang murah dengan isteri yang bahagia?
Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia. Para isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Ads
Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar. Contohnya ketika suami hilang mata pencarian, isteri yang bahagia perasaannya akan tetap bersama dan menyokong suami agar terus bangkit dari kejatuhannya.
Ads
Akhir sekali, isteri-isteri yang bahagia pastinya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bahagia dan insan berguna. Rezeki akan datang dari setiap anak yang lahir. Bukan sahaja berupa wang dan kekayaan, malahan anak-anak yang soleh dan solehah jua merupakan rezeki yang tidak ternilai.
Ads
Kesimpulannya, kebahagiaan isteri boleh mempengaruhi suami dan anggota keluarga yang lain agar memiliki energi positif untuk bekerja mencari nafkah demi anak isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita memang tidak dapat lari daripada alat solek dan kecantikan. Tetapi saya bukanlah mahu berkongsi cara bersolek yang terperinci kerana saya sendiri memang tak pandai bab-bab tersebut. Namun apa yang saya nak kongsikan di bawah ini masih ada menyentuh bab kecantikan wanita iaitu tip solekan untuk kulit gelap.
1. Pilihan warna-warna lembut seperti merah jambu, dan oren gelap adalah warna tepat untuk solekan bahagian pipi.
2. Untuk siang hari gunakan pemerah pipi berwarna merah jambu. Untuk malam hari pakai warna gangsa atau warna plum.
3. Jangan terlalu banyak bereksperimen dengan pilihan warna terutama untuk solekan bahagian mata. Sebaliknya pilih warna-warna tanah yang lebih natural seperti cokelat atau merah bata. Warna warna terang atau putih harus dihindari terutamanya untuk pembayang mata.
4. Bagi teknik solekan mata, pilih coklat terang untuk kelopak atas dan coklat gelap untuk bahagian lipatan kelopak mata. Sapu sedikit ke dalam dan ke luar. Teknik tersebut juga boleh memberikan kesan dalam pada mata.
5. Untuk bahagian bibir, pilih gincu/lipstik warna natural seperti coklat, merah tua, anggur, dan sebagainya. Untuk yang lebih berani boleh juga gabungkan dua warna yang disebutkan tadi.
6. Jangan sapu lipstik secara berlebihan. Pastikan lipstik tersebut sesuai debgan kulit anda. Pilih warna agak gelap untuk waktu malam agar lebih romantis dan elegan.
7. Sesuaikan lipstik dengan pilihan warna pembayang mata bagi mendapatkan kesan lebih sempurna.
GAMBAR HIASAN : BERITA HARIAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penat lelah macam mana dalam menguruskan hal rumah tangga, jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Yang sudi sediakan makan minum, pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka.
Penat dia, stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan, dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang, terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami, hantar gambar anak-anak di WhatsApp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai. Fahamilah tanggung jawab suami bukan sahaja untuk memastikan Isteri dan anak-anak bahagia, kenyang dari lapar, sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat, tenang, dihargai, dicintai, disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t, terselamat dari azab kubur, lepas titian sirat, terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
Wahai isteri,
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan reda jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat, marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami di facebook mahu pun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar, penasihat yang setia buat suami.
Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. Mohon penjelasan.
.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ertinya, jika seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula. Aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, manakala wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, berdasarkan mazhab Syafie. Mereka berdalilkan hadis Nabi riwayat Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung).“
Hadis riwayat Abu Daud (641), Ibn Majah (655), dan Al-Tirmidzi (377).
Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”. Dan ini juga merupakan syarat sah juga bagi kaum lelaki. Rujuk al-Majmu’ (3/166-167).
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Berkata Syeikh Zainuddin al-Malibari: “(penutupan aurat itu) dengan suatu yang tidak mensifati warna yakni warna kulit (yang boleh dilihat) dalam majlis al-takhotub (sebuah majlis percakapan).”
Rujuk Fath al-Mu’in (1/86)
.
Kadar yang boleh dilihat dalam sebuah majlis percakapan ini disyarahkan lagi oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati sebagai:“Keadaan itu maksudnya jika seseorang memerhatikan orang yang bersolat sambil mendekatkan diri dengan begitu dekat untuk melihat warna kulitnya, maka hal itu tidak memudaratkan (solatnya).”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/134)
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Syeikh al-Nawawi al-Bantani dalam Kasyifah al-Saja (hlm. 120) menyebut: “[menutup aurat] dengan suatu jirim yang suci yang boleh menghalang penglihatan kepada warna kulit, dengan tidak dapat diketahui warna putih (kulitnya) daripada hitamnya dalam majlis al-takhatub.”
Istilah majlis al-takhatub ini dihuraikan lagi dabitnya oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf dalam al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 84) dalam bab basuhan janggut yang tebal: “kira-kira satu meter dan separuh.”
Antara ulama muhaqqiq yang berfatwa dengan qiyas kaedah majlis al-takhatub dari bab wudhuk ke dalam bab aurat ialah Imam Ahmad bin Musa bin `Ajil, seperti mana kata pengarang Fath al-Muin (hlm.86); Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112). Namun mengikut Syeikh Abu Makhramah bahawa pendapat yang muktamad tiada beza antara majlis al-takhatub atau bukan, tetapi jika seseorang itu mendekatkan matanya kepada pakaian maka tidak dikira jika nampak auratnya juga. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 104). Wallahua’lam.
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami akhiri dengan doa:
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...