Diabetes telah menjadi satu epidemik di seluruh dunia. Apabila anda menghidap diabetes, anda akan hidup dengannya seumur hidup. Walaubagaimanapun, anda boleh mengambil langkah untuk mengawal situasi tersebut. Pengawalan saiz hidangan adalah sesuatu yang mudah dan kaedah yang berkesan untuk membantu mengawal kadar kandungan gula dalam darah dan mengawal berat badan anda, lebih-lebih buat anda bakal pengantin yang perlu sentiasa sihat dan kekal anggun di hari bahagia.

Bakal Pengantin Perlu Bijak Kawal Saiz Hidangan 5 Bulan Sebelum Majlis Nikah, Bukan Melantak Apa Yang Nak

Apakah pengawalan saiz hidangan?

Pengawalan diabetes selalunya melibatkan pengamalan diet yang sihat dan seimbang. Akan tetapi, anda mungkin tidak tahu mengenai berapa banyak kandungan makanan yang perlu anda ambil seperti yang disarankan. Oleh itu, cara pengawalan saiz hidangan diwujudkan dan jenisnya termasuklah alat pengukur makanan, saiz hidangan berpandukan sudu dan kadar mengikut saiz cawan.

Apakah cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan?

Cara pengawalan saiz hidangan yang berkesan adalah cara untuk membantu anda merancang diet yang sihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Diet yang sihat adalah cara pemakanan yang melibatkan pelbagai jenis makanan:

IKLAN
  • Sayuran yang segar. Sayuran berkanji seperti jagung, kekacang, peas manakala sayuran tidak berkanji adalah seperti brokoli dan sawi.
  • Bijirin penuh seperti beras.
  • Buah-buahan terutamanya buahan segar seperti oren dan grapefruit.
  • Produk tenusu tanpa lemak seperti susu tanpa lemak dan yogurt.
  • Protein tanpa lemak seperti daging tanpa lemak dan ikan.
  • Ayam.

Tiada diet yang sempurna. Oleh itu, makan engan cara pengawalan saiz hidangan adalah cara yang terbaik kearah diet yang sihat untuk pesakit diabetes.

Bakal Pengantin Perlu Bijak Kawal Saiz Hidangan 5 Bulan Sebelum Majlis Nikah, Bukan Melantak Apa Yang Nak

IKLAN

Bagaimana untuk menentukan saiz hidangan anda?

Anda boleh menentukan saiz hidangan anda melalui cara ini:

IKLAN
  • Anda boleh menggunakan alat khas atau pinggan (pinggan besar) untuk menentukan saiz hidangan anda. Sekiranya anda menggunakan pinggan, lukiskan garisan untuk membahagikan pinggan kepada dua bahagian yang sama. Buat satu lagi garisan pembahagi yang sama kepada satu daripada dua bahagian yang telah digariskan sebelum ini.
    • Isikan bahagian yang paling besar dengan sayuran tidak berkanji seperti brokoli. Bagi satu bahagian kecil yang lain, isikan dengan bijirin atau makanan berkanji seperti nasi, pasta atau jagung. Untuk bahagian kecil yang lain, isikan dengan sumber protein seperti ikan.
    • Jangan lupa untuk mengambil sedikit kandungan lemak yang baik seperti kekacang, bijian atau avocado.
    • Tambahkan jus segar atau jus buahan atau produk tenusu tanpa lemak.
  • Pilih minuman tanpa gula seperti air putih dan teh.
  • Anda juga boleh menggunakan penimbang untuk mengetahui saiz sebenar hidangan anda.
  • Sesetengah sudu atau cawan mungkin menunjukkan saiz ukuran bagi hidangan anda.

Adalah amat penting bagi penghidap diabetes untuk makan secara sihat yang menyertakan pelbagai jenis makanan dengan saiz kandungan hidangan yang tepat. Anda boleh menggunakan alat khas yang tersedia di pasaran atau menggunakan alat ukuran anda yang tersendiri.

Oleh : Muhammad Wa’iz

Sumber : (https://hellodoktor.com/)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI