Nama saya Rania. Berusia 28 tahun. Saya ni seorang housewife je (tapi saya ada bisness online), suami kerje swasta gaji 3k, anak ada sorang dan bersekolah di tadika kemas. Kami sekeluarga tinggal di Selangor. Semenjak dua menjak ni, bila jumpa member, baik member saya atau husband, isu utama yang dibincangkan ialah beli rumah. Ye lah sampai bila nak menyewa kan?

Jadi Isteri, Support Suami Walaupun Gaji Kecil, Jangan Malu Sebab Duduk Flat

Tapi saya perasan satu masalah yg boleh menjerat kewangan kita kalau tak dirancang dgn betul iaitu pemilihan rumah yg nak dibeli terutama harga rumah. Sedia maklumkan yg harga rumah di Selangor ni memang mahal. Rata2, kawan kami skeptikel pada rumah low cost especially flat. Biasalah, low cost flat kan … banyak cerita² yang … (hmmm)

Saya dan suami pilih flat low cost di Selangor sebagai rumah pertama dengan harga Rm72k. Bayaran bulanan Rm340+55 maintainance dan Rm250 MLTT ( insurance). Alhamdulillah, dengan gaji 3k, komitment bulanan utk rumah ni dikira mampu. Cuma adatlah, tinggal di flat. Masalah sampah, lif lembab, jiran hampeh.. biasa je. Kadang2 saya down jugak. Tapi jenis saya, saya suka fokus pada penyelesaian. Bukan pada masalah. Jadi masalah2 di flat tadi saya dapat atasi.

Sekarang hampir setahun tinggal di rumah sendiri. Biarpun kecil, tapi membahagiakan. Berbalik kepada isu kawan2 kami, antaranya :

  • Menyewa di Flat jugak, tapi nak beli landed.
  • Sewa flat tingkat 5, Rm600. Bila tanya kenapa tak sewa rumah rendah sikit.. Jawapannya “lagi rendah lagi mahal la weh”.
  • Nak sewa rumah landed pun tak mampu, ini kan nak beli landed house di Selangor.

Saya : landed sewa berapa area ni.
Kawan : Dalam rm800-1200
Saya : Kalau beli, installment berapa?
Kawan : Bergantung harga rumah lah..

Erkk.. ko tahu pulak. Tapi sejauh mana mereka faham yg harga rumah ni mesti tally dengan kemampuan kewangan mereka. Contoh, kebanyakan apartment sekitar Selangor harga Rm150k. Bayaran bulanan Rm650++ belum masuk maintainance.

IKLAN

Dan landed house bermula Rm200k. Ni pun belah jauh, nun kearah Kapar. Kalau dapat bertolak ansur dengan point “jauh”, tapi harga rumah yg perlu dititik beratkan. Rm200k, bayaran bulanan Rm1000 setiap bulan, tanpa culas dan selama maximum 35 tahun. Long run. Kalau gaji sikit, sanggup ke ?? Bagi saya, kalaupun kemampuan utk buat loan kita boleh sampai maximum tapi perlu diingat juga yg mampu ke kita bayar installment rumah tanpa rasa SESAK?

Ada kawan suami, beli rumah yg bayaran bulanan Rm1200 per month. Joint loan dengan isteri. Sampai masanya, isteri perlu berhenti kerja atas faktor tertentu. Si kawan ni mengadu betapa sesaknya dia sebab nak adjust hutang yg terasa mahal sekarang. Sebab cuma dia yg bekerja. Sebab tu, kita perlu belajar hidup dibawah kemampuan. Bukan belanja semampu mungkin.

Dulu2, saya pun berhasrat nak beli landed house. Konon, alang-alang beli rumah, baik beli yg terbaik terus. Tapi bila dah study, yang terbaik tu lambat lagi nak mampu, jadi saya dan suami pilih rumah pertama yg terbaik mengikut kemampuan poket kami.

Sekarang, dah ada rumah sendiri, walaupun low cost je.. sekurang2nya, dah tak semak dengan masalah tuan rumah yg suruh pindah sebab rumah nak jual, dah tak semak dengan harga sewa yang meningkat tiap tahun. Sekurang2nya.

IKLAN

Well, ye bukan semua orang layak utk beli low cost di Selangor. ada syaratnya. Iaitu, gaji isi rumah tak lebih Rm5k dan tak ada low cost house lagi di Selangor. Kes saya, owner lama rumah ni perlu jual rumah low cost yg sedia ada utk bolehkan dia beli low cost landed yg kedua. Dia dapat landed Rm180k. Hampir je dengan rumah saya ni dan rumah kami ni dekat je dengan bandar..

Ini contoh yg saya katakan. Owner lama beli rumah low cost pertama 13 tahun lepas, bila sampai masa untuk dia beli landed, dijualnya rumah pertama yg dah naik harga ni. Tak banyak, sikitpun jadilah utk buat tambah2 beli rumah baru yg lebih bagus.

Dan contoh lain, saya dengar kawan2 saya ramai merungut, rumah mahal sangat lah.. Mana ada rumah murah kat selangor ni… Akan tetapi mereka tidak bertindak. Jujur saya katakan, kalau tak bertindak.. dekat situ je lah kome.

IKLAN

Contoh lagi ??? Saya mulakan urusan jual beli rumah saya tahun June 2017, selesai dan pindah masuk Mac 2018. Harga rumah saya Rm72k, tapi jiran saya listkan rumahnya dengan harga Rm98k nego.. Pheww… aras yg sama tapi berbeza 26k. Maksudnya di sini.. lagi lama nunggu, lagi mahei ghumah.. tapi kalau korang aktif mencari, In Syaa Allah, korang akan dapat apa yg korang nak.

Oh ye, saya bahagia je duk flat ni. Lif rosak ? Tak pe lah, jarang2 mendaki. Koridor kotor ? Sapu dan basuh je lah sendiri. Nak bertanam ? Eh, saya tanam banyak sayur dlm pasu, sangkut tepi tingkap dapur. Erm, nak cuci kereta susah.. Alah, nak seribu daya, yg tak nak je seribu dalih. Saya dan suami cuci kereta yg seketul tu setiap minggu. Okay je.

Last but not least.. usahalah wahai bangsaku. Jangan dok banyak alasan nau.

Psstt, sorry kalau coffession saya bosan.

– Rania via IIUMC

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI