
Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki. Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia!
Untuk melaksanakannya tidaklah terlalu sukar serta memerlukan belanja yang cukup mahal. Sebaliknya anda hanya perlu melakukan pola hidup yang sihat dan lebih berdisiplin dalam memilih makanan yang akan anda nikmati. Selain itu, anda juga boleh amalkan cara mudah yang tidak memerlukan belanja besar. Anda boleh amalkan kesemua cara ini ataupun boleh mengamalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
- Ambil air segelas
- Baca Al-Fatihah 1 kali
- Ayatul Qursi sekali
- Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
- Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga
Cara 2:
Zikir di bawah ini dibaca agar kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir ini dengan cara seperti berikut:
- Baca “Ya Badiyah” 1 kali
- Baca “Ya Nur” 1 kali
- Baca “Ya Hadi” 1 kali
- Baca “Ya Allah” 3 kali
- Baca zikir di atas dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita
- Lakukan setiap hari
Cara 3:
Amalkan membaca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 daripada surah Al-Waqiah setiap kali selepas solat Subuh. Selepas membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dan dalam.
Jangan Sampai Hidung Berkulat, Buang Blackhead Dan Whitehead Sebelum Raya

Eiii banyaknya blackhead kat T-junction aku ni.Mesti sebab kulit muka aku yang berminyak jadi punca muka yang berlubang-lubang dan bintik hitam! Stress betul lah. Dengan kerja yang banyak sekarang ni, memang tak sempatlah nak buat facial spa bagai. Tak ada petua hilangkan blackhead yang boleh DIY di rumah sajakah?”
Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.
Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.
Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.
PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI
Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah
1. AIS
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
LAKUKAN SECARA KONSISTEN
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Bertudung Tapi Bersanggul Tinggi. Dalam Tak Sedar, Ramai Tak Tahu Hukum Ini

Bertudung Tapi Bersanggul Tinggi, Ini Yang Perlu Anda Ambil Tahu. Menutup aurat memang menjadi kewajipan seorang wanita yang sudah akil baligh. Namun dewasa ini kita lihat memahai tudung itu sudah seperti berfesyen.Ada yang merasa sudah cukup dengan hanya menutup rambut dengan sehelai tudung tetapi masaih melakukan beberapa perkara yang turut menjadi kesalahan.
Mereka ini menutup aurat bukan sekadar memenuhi tuntutan Allah tetapi lebih kepada niat untuk berfesyen.
Tanpa sedar apa yang dilakukan itu tidak menepati syariat Islam. Ini antara kesalahan wanita berhijab yang sering abaikan tentang penjagaan aurat.
1. Bertudung tapi ada rambut terkeluar
Memang dikatakan bertudung tetapi menayangkan jambul atau hujung tambut. Tahukah anda hanya dengan sehelai rambut dilihat lelaki, satu dosa yang akan kita dapat. Jadi dapatkan kiranya kita membuat perkiraan jika menampakkan rambut terutama pada gambar yang dimuat turun di laman sosial facebook. Bayangkan berapa pula mata lelaki yang memandangnya.
2. Tudung singkat, nipis hingga menampakkan leher tengkuk & dada
ini dikatakan trend apabila ramai hijabi kini gemar memakai hijab singkat. Asalkan rambut tidak kelihatan tetapi cara ini menampakkan sebaagian leher, tengkuk dan juga dada. Lebih teruk jika ada memuji penampian begini cantik tetapi perlu diingat pemakaian tudung itu mestilah menutup dada.
3. Berpakaian hingga menampakkan susuk badan
Ada juga yang berpakaian tetapi menggayakan baju yang menampakkan tubuh badan. Penampilan seperti ini sama seperti tidak memakai tudung. Berpakaian ketat hingga menampakkan sebahagian lurah dada atau bentuk peha dan betis.
4. Bertudung tetapi nampak lengan
Ada juga yang mengenakan tudung tetapi mengenakan baju t-shirt pendek hingga menampakkan lengan. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat kerana lelaki boleh melihat lengan yang terdedah. Kalau mahu mengenakan t-shirt sebegini elokkan dipakai dengan jaket atau kardigan.
5. Nampak kaki
Jangan tak tahu kaki kita juga adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stoking tetapi wajib menutup kaki. Seperti mana solat, perlu menutup kaki, lengan, rambut dan tubuh kerana ia adalah aurat.
6. Sanggul bonggol seperti unta
Ada pula sesetengah yang memakai fesyen tudung bonggol unta dan ada mengatakan ia adalah haram. Hati-hati dengan cara pemakaian tudung sebegini kerana boleh undang hukum haram.
Kesimpulannya menjaga batasan aurat itu menjadi lebih mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat Allah SWT. Sekiranya diikuti pelbagai ganjaran dan pahala yang akan diperoleh.
Jangan sampai apa dilakukan mendapat kemurkaan Allah. Jadi berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan cuba perbaiki kesilapan.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Berkaitan Hukum Berkenaan:
Anda Yang Sering Mengalami Bibir Kering Dan Merekah Boleh Cuba Petua Ini!

Bibir kering dan merekah akan membuatkan seseorang itu tidak selesa kerana merasa sakit. Bukan itu sahaja, ini juga akan menyebabkan mereka kurang keyakinan diri didepan orang ramai dan merendah diri.
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan berlakunya bibir kering dan merekah ini antaranya ialah faktor cuaca yang tidak menentu kini. Jadi, kami akan berkongsi beberapa tips anda boleh cuba untuk mengelakkan bibir kering dan merekah.
1. Jangan jilat bibir
Ini kerana air liur mengandungi asid yang boleh menyebabkan bibir anda cepat kering. Selain itu, kalau bibir merekah jangan kopek! biarkan sahaja.
2. Minum air sekurangnya 8 gelas sehari
Badan kita angat memerlukan air yang banyak untuk proses hidrasi. Jadi amat penting untuk anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Gunakan scrub bibir
Fungsinya adalah kerana ia dapat membuang sel kulit mati yang ada pada bibir. Teskstur scrub bibir agak kasar jika disentuh namun ia amat berkesan pada bibir anda.
4. Biasakan guna pelembab bibir
Pelembab bibir anda boleh dapati di kedai-kedai farmasi yang berdekatan. Ia terdiri dalam pelbagai jenis bau dan warna dan mampu untuk memberi kelembapan kepada bibir anda sepanjang hari.
5. Guna madu asli
Untuk pengetahuan anda, madu asli juga mampu bertindak sebagai pelembap. Mudah sahaja hanya perlu sapu kepada bibir. Pastikan anda memakai madu asli.
6. Guna lidah buaya (aloe vera)
Banyak sebenarnya khasiat lidah buaya ini, salah satunya ia bagus untuk kulit dan mampu memberi kelembapan. Ia mampu merawat bibir kering dan merekah yang anda hadapi.