Siapa sahaja tidak suka akan coklat? Rasanya membuatkan semua orang menggemarinya dalam pelbagai peringkat umur. Kali ini Cadbury telah mengeluarkan satu lagi produk baharu yang pasti ramai ternanti-nanti.
Baru-baru ini Cadbury Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran produk terbaru mereka yang dihadiri rakan-rakan media dan orang awam. Taman tema Bubbly adalah acara utama pelancaran ini untuk semua yang hadir dan merasai sendiri pengalamannya.
Pengambilan coklat kini lebih menyeronokkan kerana Cadbury Dairy Milk, jenama coklat paling laris di dunia di bawah Mondelēz International (MDLZ), memperkenalkan tambahan terkini, Cadbury Dairy Milk Bubbly, kepada katalog everexpanding mereka yang berada di Malaysia.
Ads
Kiri : Vikram Karwal (Mondelēz International Associate Director of Southeast Asia), Nisha Nair (Mondelēz International Brand Manager of Chocolate)
Cadbury dairy milk Bubbly diilhamkan oleh sisi kehidupan yang lebih sempurna dengan peningkatan rasa coklat dan isinya yang tebal, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Dengan menjadikan Cadbury Dairy Milk Bubbly sebagai manisan anda, ia pasti akan menggembirakan dan akan meninggalkan senyuman di wajah anda.
Tidak hanya itu, bagi anda yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi jadikan Cadbury dairy milk bubbly sebagai manisan ataupun door gift kepada tetamu anda. Pasti mereka akan menyukainya.
Ads
Biarpun telah menempah nama lama di Malaysia namun itu bukanlah sebab Cadbury tidak mengeluarkan produk. Cadbury yang disukai ramai sentiasa mendapat sambutan dan kini telah menjadi salah satu kilang coklat terbesar dan berpengaruh di dunia.
Ads
Pasti Cadbury dairy milk bubbly akan memikat citarasa anda untuk menikmati isinya yang lebih tebal dan bentuknya yang comel. Jadi, apa tunggu lagi? dapatkannya hari ini dan berada dalam ‘list’ perkahwinan anda!
Cadbury Dairy Bubbly yang baru kini boleh didapati di Pasar Besar dan Supermarket utama di seluruh negara dengan harga jualan RM8.90 dan 120g dan RM3.30 untuk 50g.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih majlis yang ringkas dan tertup, penyanyi Noh Salleh selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Athira Mustapa di Puchong.
Noh Salleh Memuat Sekeping Foto
Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik foto dia dan Athira, 30, duduk di atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berwarna putih.
“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas dan hanya meletakkan lokasi Tanjung Malim, Perak pada ruangan ‘tag’ lokasi foto tersebut.
Tidak Berkongsi Di Media Sosial
Difahamkan, majlis persandingan vokalis kumpulan Hujan dan Athira yang juga seorang peguam itu juga bakal diadakan di sebuah dewan perkahwinan di Puchong hari ini.
Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari ini dalam media sosial.
Pada Mei lalu, pasangan ini melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.
Kad undangan untuk majlis Mohammad Noh Salleh, 38, perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Kenali Fatin Athira Mustapa
1. Seorang peguam, Fatin Athira berkongsi minat yang sama dengan Noh dalam bidang muzik dan memiliki kebolehan bermain gitar.
2. Menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan kini menjalankan tugas sebagai seorang peguam.
Masing-masing Membawa Haluan Hidup
Sekadar info, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat ujian wanita ini, 30 minit selepas nikah, ibunya pergi buat selamanya. Itulah yang dialami oleh Puan Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama.
Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Sabar adalah sifat orang mulia dan dalam al-Quran banyak kali disebut antara sifat orang yang akan masuk syurga adalah yang bersabar. Justeru, andai kita sentiasa bersabar, akan layak masuk syurga.
Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin memetik firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzzammil, ayat 10)
Bertolak daripada sifat-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT memerintahkan sekalian hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang hamba hanya akan memperoleh kasih sayang Allah SWT apabila dia mengasihi makhluk-Nya.
Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati dan sedia berkorban demi kebahagiaan orang tersayang. Kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama dalam hubungan suami isteri.
Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.
Lantaran, Allah SWT menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai satu sunah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan.
Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Layan isteri dengan baik
Justeru, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka.
Tidak dapat dinafikan, manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak memperbesarkan kelemahan itu.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19)
Bersabar dengan perangai buruk pasangan
Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Bersama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya, “Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?
Kredit: Tangkap Pictures
Umar berkata kepadanya, “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku. Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!