Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Datuk Dira Abu Zahar mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Syfik Izdzywan Sidek di TikTok.
Suami Datuk Dira Abu Zahar Lupa Tarikh Kahwin
@diraabuzahar Sempena. Jadi bila tarikh yg betulnya? 😆 . Takpe. Yg penting u sabar dgn i. Dah type panjang2 ayat sweet2. Tapi ada org kata, jgn bgtau semua yg baik ttg suami kita, nnt ada yg lain nak try suami kita. ..jadi. Saya share di sini yg dia x ingat pun tarikh nikah kami. 😖. Jadi ko paham2 lah dek… . Terima kasih byk2 en suami. Kalau u x ingat apa2 pun, saya tetap sayang sampai bila bila. . Tak ingat tarikh nikah xpe, jgn x ingat ada bini je. . Ok bye. #anniversary♬ original sound – YB DIRA ABU ZAHAR
Menerusi hantaran tersebut, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar yang berlari anak dari dalam rumah bertanyakan kepada suaminya bilakah tarikh pernikahan mereka.
Apa yang menghiburkan ialah, suami kepada pelakon filem ‘Longkai’ ini pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut sebelum memberikan jawapan 23 Jun sebagai tarikh pernikahan mereka.
Ads
Terkejut mendengar jawapan tersebut, Dira lantas menepuk suaminya itu berkali-kali kerana memberikan jawapan yang salah.
“You nikah dengan siapa 23 Jun tu? Sumpah lah tak ingat? You serius lah?”
Ads
Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mesra suami isteri itu.
Ads
Sekadar info, Dira selamat mendirikan rumah tangga dengan Syfik yang merupakan ahli perniagaan pada 20 Jun 2020 lalu.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat Dira di mana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash pada tahun 2007.
Membawa pasangan untuk menikmati makanan yang disukainya boleh menambat rasa kasih sayang anda padanya. Ini menunjukkan betapa anda ambil berat akan kesukaannya. Bila tahu pasangan anda menyukai sesuatu makanan cuba buat kejutan sesekali padanya mungkin di hari lahirnya nanti.
Jika sidia peminat tegar nasi daun pisang dan mahu menikmatinya pada dalam suasana yang serba selesa, bawa sidia menikmatinya di restoran Chennai@Pacific yang terletak di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Restoran ini menawarkan rasa masakan tradisional India Selatan yang lazat yang disediakan oleh Executive Chef Steven G bersama team. Terdapat beberapa hidangan unik yang turut ditawarkan di sini.
Chennai@Pacific menawarkan hidangan daun pisang bersama empat pilihan kuah iaitu ikan, ayam, dhalca dan kari sayur. Hidangan ini dilengkapi dengan kobis goreng, kacang panjang, timun dan lobak merah.
Set hidangan terdiri daripada nasi kukus bersama rasam, tairu, poppadum dan jeruk limau. Pengunjung boleh memilih hidangan sampingan mengikut kesukaan mereka seperti ayam lada atau ayam varuvel, kambing pratel atau kambing varuvel, kari kepala ikan atau ikan tenggiri goreng, udang masala atau sambal sotong dan seleksi tambahan seperti tauhu sambal.
Pengunjung juga boleh memesan hidangan pencuci mulut seperti ‘payasam’, puding nasi resipi khas dari India. Boleh juga mencuba ‘laddu’ makanan India yang manis yang sukar anda tolak. Ia campuran tepung, gula dan shortening dan berbentuk bulat seperti bola pingpong. ‘Julab jamun’ juga sangat unik kerana makanan pencuci mulut yang klasik di kalangan masyarakat India.
Andai mahu ke sini, Chennai@Pacific dibuka dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang dan anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi +603-40424341/4352.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua dapat mentua baik bila berumah tangga, itu satu rezeki besar jika anda ditakdirkan merasai kasih sayang orang tua belah pasangan.
Yang mampu layan anda macam anak sendiri dan boleh memahami keadaan anda anak beranak dalam apa jua situasi pun.
Hakikatnya, sebuah perkahwinan yang bahagia bukan hanya berdasarkan kepada hubungan pasangan suami isteri yang baik tetapi juga hubungan dengan mertua.
Menarik dengan perkongsian puan Firda Ashaary yang mengakui kenyataan bahawa memiliki mertua yang baik adalah rezeki.
Coretannya mengenai ibu mertuanya meraih perhatian ramai. Malah ia menjadi inspirasi buat wargamaya yang turut mendoakan mempunyai mertua begitu.
“Dapat mak mertua yang baik adalah rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.
Katanya, “Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni. Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.
Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata. Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah lah aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.
Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.
Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son! Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu. Sungguh!
Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar. Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.
Gais, Ingat ya mak mertua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga.
Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend ” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.
Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita.
Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni. Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila “boyfriend ” kita, orang pinjam terus.
Begitulah ragam dalam sebuah rumah tangga, kalau dapat menta baik, hargai dan bersyukur lah walau pasangan poket tak tebal. Sebab nak dapat mak ayah mentua yang baik ini tak mudah, ya. Bertuah jika dicampakkan dalam situasi itu.
Sedang bahagia, pelakon Riena Diana mengakui dia dan aktor Keith Foo sedang menjalin hubungan istimewa sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.
Menurut laporan astroawani, Riena berkata dia kini menemui kebahagiaan bersama pelakon drama hits, Ariana Rose itu malah memohon semua mendoakan.
Serasi mungkin, Riena Diana akui sedang berkawan rapat dan mengenali antara satu sama lain.
“Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang.
“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.
Kongsi Riena lagi, dia juga sudah bertemu dengan anak dan keluarga Keith Foo sendiri namun masih lagi berkenalan.
“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.
“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya. Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Sementara itu, Keith Foo pula mengakui dia dan Riena sangat serasi bersama dan Riena menepati ciri-ciri wanita idamannya.
“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.
“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.
“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.
“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.
Untuk rekod, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada hujung 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...