
Tidak dinafikan mana-mana isteri pastinya tersenyum lebar jika pasangan tidak lokek berbelanja dan tidak berkira wang ringgit dengan mereka. Namun, dalam hubungan kekeluargaan wang ringgit sahaja tidak mampu menjadi penjamin atau kayu ukur kebahagiaan antara pasangan.
Pesanan ikhlas dari lelaki ini diharap dapat membuka mata semua para suami di luar sana. Nak buat isteri bahagia? Jadilah suami yang memahami menolong dan menyayangi.
JANGAN BAGI TAU ORANG LAIN…..
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai
Kredit : Facebook Taufiq Razif
Jom Ajak Isteri Solat Tarawih Bersama Boleh Dapat 5 Kebaikan Ini!

Berdoa untuk suami isteri adalah aktiviti yang sangat baik. Doa dalam jemaah membawa manfaat besar, termasuk dalam hubungan suami dan isteri.
Selain mendapat ganjaran yang banyak, ini adalah 5 manfaat yang boleh dirasakan suami dan isteri. Jom kita lihat.
1. Suami dan isteri mempunyai lebih banyak masa bersama
Selepas hari yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, inilah waktunya bagi anda untuk mempunyai pasangan yang lebih lama. Ia akan menjadi indah apabila seorang suami ingin mengajak isterinya untuk berbuat baik dengannya.
2. Menjadi peringatan untuk isteri
Tugas Makmum adalah mengikuti imam. Mengajak isteri solat jemaah mempunyai manfaat sebagai peringatan bahawa isteri adalah makmum untuk suaminya. Selalunya isteri mempunyai banyak kelebihan, dengan solat tarawih isterinya dalam jemaah dapat mengingatkan bahawa isteri adalah makmum dan suami adalah imam.
3. Menjadikan diri berdisplin
Dengan mengerjakan solat tarawih bersama secara tidak langsung ia akan menjadikan diri kita lebih berdisplin apabila tibanya bulan ramadhan. Seperti solat tarawih bersama itu sudah menjadi kebiasaan setiap tahun.
4. Meningkatkan kasih sayang
Selepas solat berjemaah, ia mesti diikuti dengan solat bersama. Itu adalah saaat ketika suami dapat menyebut doa dan harapan untuk kesihatan dan kebaikan keluarganya. Doa yang diminta oleh suami tentu dapat menumbuhkan rasa sayang untuk isterinya. Doa tarawih yang lebih kerap di jemaah dijalankan supaya ini dapat memupuk kehangatan dalam keluarga.
5. Suami lebih merasa tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga
Satu lagi perkara yang baik jika suami mengajak isteri untuk di sinilah ia secara tidak langsung diingatkan untuk bertanggungjawab kepada isterinya dan anak-anaknya. Ia akan menyedarkan suami bahawa pentingnya tanggungjawab seorang suami dan ayah kepada keluarga.
Lelaki Ini Kongsi Harta Yang Paling Bahagia Dalam Rumah Tangga Adalah Makan Bersama-Sama

Penat macam mana pun suami, jika isteri masakkan lauk untuk kita dan keluarga, jamahlah sedikit walau tidak banyak. Ambillah hatinya, mungkin dalam setiap apa yang dimasakkan untuk kita itu ada rezeki, doa dan kasih sayang yang tak perlu kita minta.
Ini perkongsian Pak Utih untuk kita hayati bersama pasangan.
Makan Bersama Isteri
Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoren yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang “special” dari pelayan-pelayan restoren pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.
Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Walau bagaimanapun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.
Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang “penting” atau kawan-kawan “calling” ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.
Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti,…tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik….KECIK HATI DIA.
Apa silap suami?
Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan “ideal” yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau… aku yang punya.
Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.
Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami , elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kanteen pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu…. rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.
Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak se ideal yang kita harapkan.. maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita.. berapa kali kita makan bersama dengannya… berapa kali kita memuji keenakan masakannya.. berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengan nya.. berapa kali kita menyebut “Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas” bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. …. jika belum banyak,….. maka: “Selamat mencuba”
Lipas Berterbangan, Ini Cara Hapuskan Lipas Cara Murah Dan Mudah

Beberapa kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, berkemungkinan besar cacing yang terdapat di dalam perut lipas itu akan keluar dan merayap mencari tempat yang baru.

Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh manusia melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Ianya sangan berbahaya.
Untung menghalau lipas tanya racun bukannya mudah. Tetapi jangan risau, petua ini berguna untuk anda menghalau lipas dengan berkesan.
Lipas Banyak Di Rumah Anda? Petua Mudah Ini Berkesan Untuk Halau Lipas Dari Rumah Anda

1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong berbentuk dadu. Kemudia letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan keluar untuk lari selepas terkena lemon tersebut. Jika lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
4. Seterusnya, ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat yang banyak lipas.

6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut, kemudian letakkan di dalam laci atau tempat pembiakan lipas.
Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas. Hasilnya ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Apakah yang dilakukan oleh lipas sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?
Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang burus semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya beserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri dengan pelbagai jenis kuman.
Di Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesis lipas yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi ianya tidak ketara. Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6 hingga 16 ekor dalam setiap biji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.