
Sebelum mendirikan rumah tangga penjagaan diri itu sangat penting. Kali ini kami akan berkongsi sedikit pantang larang bagi bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga.
Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Disini terdapat antara 10 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki dan perempuan. Kalau boleh elakkan daripada ini. Selamat mencuba!

1. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
2. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
3. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
4. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
5. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
6. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
7. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
8. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
9. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
10. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau Dah Jadi Menantu, Kena Pekakkan Telinga Dan Jaga Mulut

Orang lama pesan, kalau dah jadi menantu, kena belajar pekakkan telinga dan jaga mulut daripada salah cakap.
Tak perlu pun nak kecilkan hati dengan kata-kata mentua, berfikir sebelum kata-kata dan baiki cara melayan bagi mentua selesa dengan kita.
Selagi boleh baiki, teruskan untuk menjadi anak menantu terbaik dan jadilah diri sendiri.
Menantu Kalau Dapat Ibu Mentua Cerewet

Andai kata suatu masa ditakdirkan hidup sebumbung dengan mentua, bersyukurlah kerana dapat peluang lebih dekat mengenali hati budinya. Anggap sahaja seperti ibu sendiri.
Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakob bercerita tentang bagaimana menantu sanggup ketepikan privasi semata-mata untuk menjaga mentua. Jangan banyak kerenah, jaga mulut, semuanya akan jadi senang.
Hormati Cara Didikan Orang Lain
Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti sudah tua nak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Sudah tentu di rumah itu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mentua nak duduk dengan menantu perempuan tapi tidak.
Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecil. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi itu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
Saya tidak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Jadi tak duduk sekali pun kadang-kadang asyik mengemas. Tapi itu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
“Baju ini sudah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.

Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari itu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap.” Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Dapat Menantu Tak Cerewet

Tapi bila tinggal dengan menantu ini, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya tak nak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang ‘mentongsampahkan’ segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Rumah itu tiada siapa nak lebih berkuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mentua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Tahu Nak Bagi Hantaran Apa Untuk Pasangan Anda? Mungkin Senarai Ini Boleh Membantu

Bila sebut tentang perkahwinan, salah satu perkara yang perlu anda fikir adalah tentang hantaran. Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda kerana ia merupakan kenangan terindah yang hanya berlaku sekali seumur hidup.
Tetapi, pening pula bila fikir soal hantaran dan keliru untuk memberi hantaran yang sesuai kepada pasangan masing-masing. Jadi, kami kongsikan barangan yang sesuai untuk majlis pernikahan anda. Yang penting, pilihlah mengikut personaliti dan bajet masing-masing.
Dulang hantaran selalunya diberi mengikut nombor ganjil dan pihak perempuan selalunya akan memberi lebih dua dulang kepada pihak lelaki. Contohnya, jika pihak lelaki memberi sebanyak 5 dulang, pihak perempuan akan membalas 7 dulang.
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan:

- Mas Kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
- Tepak Sirih
- Al-Quran
- Sejadah
- Bunga Rampai/Potpourri
- Jam Tangan
- Kasut
- Beg Tangan
- Telekung
- Barangan Makeup/Set Wangian
- Buah-Buahan
- Kek/Kek Cawan/Coklat
- Gajet seperti telefon bimbit
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:

- Sireh junjung
- Kemeja/Seluar
- Beg Duit/Tali Pinggang
- Al-Quran
- Sejadah
- Jam Tangan
- Set Minyak Wangi/Barangan Mandi
- Kasut
- Buah-Buahan
- Kek
- Agar-agar
- Coklat
- Gajet seperti telefon bimbit, PS5
Semoga senarai ini membantu bakal pengantin di luar sana untuk memilih barang hantaran. Good luck guys!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Untuk Dapatkan Jodoh Yang Baik

TENTANG JODOH
Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob.
Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah. Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.
Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.
Sumber: Fahthin Edayu Che Rani via srikandiislamiyyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

