Sebelum anda mekap untuk bersanding, belajar cara prep wajah dulu untuk dapat hasil terbaik seperti tahan lama dan nampak glowing secara natural.
Anda kena ambil tahu serum, pelembap, primer, dan produk pengelupasan, apatah lagi alat yang betul supaya mekap kelihatan baik dan tetap selesa.
Cuci Muka
Basuh muka dengan air suam. Gunakan pembersih lembut dan ringan untuk membantu meratakan warna kulit. Ini akan membantu menjadikan kulit lebih halus.
Jangan Lupa Pengelupasan
Selalu exfoliate sebelum mekap untuk memastikan ia kekal. Exfoliate dapat membuang sel-sel kulit mati dan kulit kering yang boleh menyebabkan mekap kelihatan bergumpal dan tidak tahan lama.
Ads
Cari produk exfoliate yang lembut tidak memberi risiko iritasi, tetapi menjadikan kulit sangat halus dan mudah untuk mekap.
Toner Atau Serum
Sebaik saja exfoliate, sapukan toner atau serum dan tunggu beberapa saat sehingga ia kering.
Toner berguna untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat berminyak, sementara serum berfungsi dengan baik untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana menghidrat wajah, atau boleh gunakan kedua-duanya sekali untuk lebih penghidratan.
Ads
Krim Mata
Langkah penting yang ramai orang lupa, key to anti-ageing! Ia membantu dan meratakan warna kulit di sekitar mata anda supaya anda kelihatan lebih terjaga. Kawasan di sekitar kulit anda rapuh dan nipis, jadi pastikan anda meletakkan krim mata anda dengan betul.
Sapukan Pelembap
Langkah ini tidak boleh dielak, sama ada kulit anda berminyak atau kering. Sebelum mekap, anda kena menggunakan pelembap ringan agar tidak menjadi asas berminyak.
Ads
Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan menawarkan penghidratan sepanjang
Jangan Skip Primer
Primer bertindak sebagai penghalang pelindung yang menghalang pelembab dan keseimbangan minyak kulit anda daripada bercampur dengan mekap. Primer menetapkan asas untuk aplikasi mekap tanpa cela dan bercapuk.
Setelah anda prep wajah dengan baik, mekap anda akan lebih senang dipakai dan akan menjadikan wajah anda kelihatan lebih berseri. Hanya dengan mengikuti 6 langkah mudah ini, anda boleh mencapai complexion yang berseri-seri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular mengenai rakan-rakan pengantin yang memebrikan “hadiah perkahwinan” yang dianggap ‘keterlaluan” dan tidak sesuai dipertonontonkan di khalayak umum apatah lagi ketika majlis persandingan sedang berlangsung. Kerap mendapat jemputan ke majlis kahwin? Hah! Jangan tak tahu ada adab yang sewajarnya diikuti tetamu jika berhasrat meraikan pasangan pengantin baharu.
Gambar Sekadar Hiasan.
Pesona Pengantin kongsikan beberapa adab ketika menghadiri majlis perkahwinan. Mudah-mudahan dapat sama-sama diamalkan, insyaAllah. Perkongsian ini dipetik dari Facebook Asma’ binti Harun.
Gambar Sekadar Hiasan.
1. Wajib Hadir Apabila Dijemput
Apabila sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
أَجِيبُوا هَذِهِ الدَّعْوَةَ إِذَا دُعِيتُمْ لَهَا
Maksudnya: “Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Gambar Sekadar Hiasan.
2. Niat
Niatkan kehadiran kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
Gambar Sekadar Hiasan.
3. Menutup Aurat
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan sama ada lelaki atau wanita, kerana pakaian yang tidak sopan menyebabkan orang sekeliling terganggu dan mendatangkan dosa jika tidak menutup aurat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Maksudnya: “Saidatina Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah menegur, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Gambar Sekadar Hiasan.
4. Menjaga Adab-adab Makan
Islam agama yang sangat indah, banyak panduan yang diberikan termasuk adab ketika makan. Daripada Umar bin Abu Salamah, beliau menceritakan ketika kecil, Rasulullah pernah bersabda kepada beliau:
يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِي بَعْدُ
Maksudnya: “Wahai anak, sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah hidangan yang dekat denganmu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:
مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka, Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Gambar Sekadar Hiasan.
5. Memberi Hadiah
Hadiah adalah satu bentuk atau tanda kasih sayang daripada seseorang kepada seseorang, ia dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah baginda Nabi SAW kerana memberi hadiah dapat menghilangkan dendam dan eratkan silaturrahim dengan lebih mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُوا
Maksudnya : “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Gambar Sekadar Hiasan.
6. Mendoakan Kebahagiaan Pengantin
Mungkin kebiasaan apabila kita hadir majlis kenduri adalah untuk makan dan bergambar bersama pengantin, namun mari kita contohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan, Baginda akan mendoakan pengantin tersebut.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda akan berdoa, “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.”
(HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
7. Mendoakan Tuan Rumah Kerana Memberi Makan
Selain mendoakan pengantin, panjangkan juga doa kita kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk hidangkan makanan buat semua tetamu yang hadir, mudah-mudahan mereka mendapat keberkatan dan kebaikan.
Daripada Hisyam bin Yusuf, beliau menceritakan:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بُسْرٍ يُحَدِّثُ أَنَّ أَبَاهُ صَنَعَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَدَعَاهُ فَأَجَابَهُ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ طَعَامِهِ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ
Maksudnya: “Saya pernah terdengar Abdullah bin Busr menceritakan bahawa bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi SAW kemudian menjemput Baginda makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Engkau anugerahkan untuk mereka.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Semoga bermanfaat buat sahabat semua, silakan share ya.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lelaki terkaya di Asia beri nasihat kepada belia berpendapatan RM2000 | Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda juga buat mereka yang mahu berkahwin dalam masa terdekat. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya di Asia? Li Ka-Shing – lelaki terkaya di Asia dengan jumlah kekayaan bersih sehingga USD31.9 billion !!!
Li Ka-Shing tidak habis sekolah tetapi seorang ulat buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu. Walau bagaimanapun, Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh sebab Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.
Oleh sebab suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat. Berikut adalah petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.
PETUA LI KA-SHING UNTUK ANAK MUDA
Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.
1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan!
5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
Li Ka-Shing nasihatkan pada semua anak muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
INTERMITTENT FASTING Ingin tahu cara untuk kuruskan badan, yang baik untuk tubuh dan otak, dapat melambatkan penuaan dan menjimatkan? Intermittent Fasting (IF), kebaikannya dan cara melakukannya. Ini adalah thread.
APA IF ialah berpuasa atau menetapkan masa yang tetap untuk makan dan tidak makan. Kaedah yang popular adalah berpuasa 16 jam atau berpuasa 24 jam, dua kali seminggu. IF semakin mendapat perhatian setelah kajian mendapati atlit yang berpuasa Ramadhan tidak hilang jisim otot.
BAGAIMANA Paling popular adalah kaedah 16/8. Berhenti makan pada pukul 8 malam. Hanya boleh minum air atau minuman tanpa kalori (seperti teh kosong atau kopi kosong) selama 16 jam. Boleh makan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam keesoknnya (8 hour eating window).
EASY: Boleh makan apa saja pada eating window. MEDIUM: Kawal jumlah kalori yang diambil HARD: Kawal kalori dan makan makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat. (Contoh: Separuhkan nasi, gandakan lauk daging/ayam) Kaedah IF lain: 12/12, puasa sunat/ganti, 24/24
KESAN METABOLIK Insulin menurun: Akan kurangkan lemak badan, perbaiki sensitiviti insulin.Growth hormone menaik: Tambah otot, tingkatkan metabolisma. Cellular repair menaik: Mangkinkan pembaikkan sel-sel. Gene expression menaik: Melambatkan proses penuaan dan melindungi daripada beberapa penyakit.
KEBAIKAN Turunkan berat: kurangkan lemak tanpa kehilangan otot Insulin resistance: elakkan diabetes Inflammation: kurangkan inflamasi penyebab banyak penyakit Cancer: elakkan beberapa jenis barah Otak: BDNF menaik untuk kesihatan otak Penuaan: kajian mendapati kesan anti penuaan.
PUASA SUNAT IF: Mula puasa 8 malam selepas dinner. Boleh minum air. Hanya skip breakfast. Total puasa 16 jam. Puasa sunat: Mula puasa selepas sahur. Tak boleh minum air. Skip breakfast & lunch. Total puasa 13-14 jam. InsyaAllah dpt pahala. Boleh pilih mana2 yg sesuai dgn kamu.
PERHATIAN IF bukan untuk semua orang. Perhatian kepada wanita mengandung, pengidap kencing manis, yang underweight, breastfeeding, ada eating disorder dan sebagainya. Kalau ragu2 sila tanya doktor anda.
Untuk ramai orang, IF adalah selamat dan bermanfaat. Cubalah dan sesuaikan dengan gaya hidup anda. Selamat mencuba. Bagi yang sudah mencuba, kongsikan pengalaman kamu.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...