Isteri gembira, rumah tangga bahagia. Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mempunyai seorang isteri yang gembira. Isteri merupakan jantung rumah tangga.

Uniknya seorang isteri ini ialah, moodnya mampu mempengaruhi suasana dalam sesebuah rumah tangga. Jika moodnya baik, maka tenang dan amanlah rumah tangga tersebut. Jika moodnya kurang baik, maka porak peranda dan panaslah rumah tangga tersebut.

“Jagalah Isterimu Sebaiknya, Dia Merupakan Jantung Dalam Rumah Tangga”
gambar sekadar hiasan

Yang menguruskan dan mengendalikan rumah tangga tu adalah isteri. Dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari, segala apa yg isteri buat selepas dia bangun dari tidur adalah untuk suaminya dan anak-anaknya dan dia melakukannya seorang diri.

Perasan atau tidak…

Jika isteri sakit atau tiada dirumah, suasana rumah tu rasanya berbeza seolah-olah tak lengkap, sunyi, hilang seseorang yang selalu melakukan sesuatu, seseorang yang kebiasaannya mundar mandir depan tv, menjerit-jerit dari dapur, menghidangkan makanan, membersihkan mainan, membuang kekotoran dan sebagainya.

“Jagalah Isterimu Sebaiknya, Dia Merupakan Jantung Dalam Rumah Tangga”

IKLAN

Kuat pengaruh dan aura isteri dalam rumahtangga. Oleh itu, jika hari ini rumah tangga kita suram, tak meriah, kurang bermaya, maka tgok balik keadaan isteri kita adakah dia gembira atau tidak. Jika dia tidak gembira, tertekan dengan apa yg perlu dilakukannya setiap hari, maka ubahlah isteri.

Gembirakan semula isteri untuk menjadikan rumah tangga kita bahagia dan cara-cara untuk menggembirakan dia, terserahlah kepada anda.

 

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

Kredit : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI