Sejak tahun 2020 lagi banyak urusan pernikahan dan perkahwinan terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19. Namun, pihak Jabatan Agama Islam telahpun memudahkan perjalanan ‘membina masjid’ ini dengan melakukan pernikahan secara online atau bernikah di pejabat agama tanpa kehadiran tetamu yang ramai.
Hari ini bermulalah Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di enam buah negeri. Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru adalah antara negeri yang mencatatkan kes penularan Covid-19 tertinggi. Jabatan Agama Islam Selangor dalam laman Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.
SIAPA YANG LAYAK BERNIKAH SECARA ONLINE?
Bukan semua pasangan layak untuk memohon dan setiap permohonan yang layak perlulah:
Bagi pasangan yang ingin bernikah, mereka perlulah mengikuti masa yang telah ditetapkan pihak JAIS. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pernikahan dan berkaitan dengan urusan keagamaan dan sebagainya, bakal pengantin bolehlah berhubung terus dengan pejabat agama.
Di saat begini, kita perlulah bertoleransi dengan semua pihak kerana apa yang berlaku kini bukan kehendak kita. Asalkan kita dapat melaksanakan dan menghalalkan hubungan, itu sudah memadai.