Setiap majlis perkahwinan akan menjadi lebih berseri dengan adanya pemberian barang hantaran. Bagi bakal pengantin, pastikan anda jangan ambil mudah dengan jumlah dan senarai barang hantaran yang ingin anda sediakan. Berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan dan keluarga tentang pemberian barang hantaran ini agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Malah jangan sesekali anda berhasrat untuk membuat kejutan kepada pasangan, bimbang nanti anda pula yang terkejut! Bukan itu sahaja risau juga jika hantaran yang anda sediakan sama dengan warna hantaran yang pasangan sediakan, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak daripada hantaran perempuan! Dari sinilah tetamu boleh menilai kemuafakatan dan kata sepakat bakal pengantin.

SENARAI BARANG HANTARAN YANG RINGKAS

Kalau ikutkan adat, bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.

IKLAN
  1. Wang mas kahwin dan/atau hantaran
  2. Barang kemas, boleh jadi cincin, rantai, gelang. Apa sahaja yang boleh disarungkan oleh suami ke atas isteri
  3. Senaskhah Al-Quran, telekung atau sejadah
  4. Sepasang set persalinan sama ada sudah lengkap atau kain pasang
  5. Buah-buahan
  6. Coklat atau manisan
  7. Tepak sirih

TIP PENTING:
Elakkan daripada membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana ia menyukarkan untuk menggubahnya, apatah lagi kebanyakan dulang hantaran bersaiz sederhana dan kecil. Sebaiknya, pilihlah saiz beg tangan yang sederhana atau kecil.

IKLAN

CONTOH HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI

  1. Sirih junjung
  2. Kemeja/seluar
  3. Beg duit/tali pinggang
  4. Al-Quran biasa/digital
  5. Sejadah
  6. Jam tangan
  7. Set minyak wangi/barangan peribadi contoh barangan mandi
  8. Kasut
  9. Buah-buahan
  10. Kek/kek cawan
  11. Coklat
  12. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

TIP PENTING:
Anda boleh menggabungkan antara satu hingga tiga warna barang hantaran dan tema warna hantaran. Jangan terlalu banyak warna ye, bimbang nampak berkecamuk dulang hantaran anda.

IKLAN

CONTOH HANTARAN PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN

  1. Mas kahwin/duit hantaran
  2. Cincin/gelang/rantai/barangan kemas
  3. Tepak sirih
  4. Al-Quran biasa/digital
  5. Sejadah
  6. Potpourri/bunga rampai
  7. Jam tangan
  8. Kasut
  9. Telekung
  10. Beg tangan
  11. Set Wangian/barang mekap
  12. Buah-buahan
  13. Kek/kek cawan/coklat

TIP PENTING:
Sekiranya anda bercadang untuk memberi buah-buahan sebagai salah satu dulang hantaran, pilihlah jenis dan warna buah-buahan yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih satu hingga tiga jenis buah saja. Jumlah buah-buahan biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI