Sekali ditipu, sampai bila-bila akan muncul perasaan syak wasangka. Sikap ini kena buang jauh bila sudah berumah tangga, bahaya!
Nak ingatkan, janganlah sesekali suami menipu isteri mu. Allah akan menyulitkan urusan kamu nanti, rezeki semakin sempit kerana kamu telah sakiti seorang insan yang menyayangi mu. Allah memperluaskan rezeki mu dan kebahagiaan jikala suami dapat melaksanakan dan menjaga isterinya sebaik mungkin dan menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami yang baik.
Rezeki Sempit Akibat Tabiat Si Suami Suka Menipu Isterinya
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat.
Hati pun resah dan rasa nak marah je, kenapa yer ustaz?
Abang ada ibu bapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.
Ads
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya..
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.
Ads
Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibu bapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.
Sekali Ditipu, Hilang Kepercayaan
Ads
Bila seorang wanita mendirikan rumah tangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahgiaan bersama suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu akan meletakan sepenuh kepervayaan kepada suaminya dengan harapan, suaminya akan setia dan berlaku jujur kepadanya.
Tapi langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan luar hingga membuatkannya melanggar janji setia kepada isterinya. Mula menipu dan tidak jujur dengan isterinya.
Bila semuanya terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami.
Tetapi tidak KEPERCAYAAN. Sekali dikhianati, akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar untuk mempercayainya.
Isteri akan mula ‘menyiasat’ segala gerak geri suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu, isteri akan berhenti ‘menyiasat’. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah.
Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri dah muak dengan tingkah laku suami dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami.
Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.
Jadi, buat para suami yang buat salah tu cepat-cepat minta maaf pada si isteri, ya. Jangan ulang kesilapan menipu atau berahsia pada isteri, insya-Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang manusia kita mesti akan melakukan kesalahan, begitu juga bagi pasangan suami isteri. Adat berumah tangga perbalahan itu mesti akan terjadi. Sebab itu, kita sebagai pasangan jangan takut untuk memberikan teguran atau nasihat.
Jangan kerana anda takut untuk memberi teguran sehingga ianya sendiri boleh melukakan hati dan perasaan anda. Jangan simpan didalam hati. Sebaiknya luah apa yang terbuku, apa yang terbaik untuk anda berdua. Mudah sahaja kalau anda tahu caranya seperti berikut.
1. Lihat pada diri anda dahulu
Sebelum anda menegur pasangan lihat pada diri anda dulu. Adakah anda juga melakukan perkara yang betul? Jika tidak, anda boleh menasihatnya dengan cara yang baik dan tidak melukakan hatinya.
2. Pujian dan kritikan seimbang
Biarpun niat anda memang baik iaitu menegurnya kerana si dia melakukan kesalahan. Namun, anda tidak boleh fokus dan menghentam hanya kerana kesalahannya sahaja. Sebaiknya anda seimbangkan kritikan dan pujian dengan seimbang. Baru dia tidak melenting dengan anda.
3. Lihat pada suasana yang sesuai
Jangan menegurnya dengan marah secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi pada keadaan yang tidak sesuai contohnya seperti di kompleks membeli-belah. Orang akan melihat pertengkaran anda berdua. Ia tidak patut berlaku.
4. Jangan bercakap ikut suka hati anda
Nada suara itu sangat penting apabila ingin menegur supaya pasangan anda boleh terima dengan teguran yang anda berikan. Gunakan nada yang bersesuaian untuk menegur seseorang.
5. Jelaskan dengan maksud yang senang faham
Adalah lebih elok jika anda menggunakan bahasa yang mudah difahami. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan ayat seperti kiasan kerana ia akan merumitkan keadaan. Sebaiknya terus terang sahaja apa yang anda ingin sampaikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedekad mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie Lee yang berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008 baru-baru ini dikejutkan dengan berita kehamilan isterinya yang sudah beberapa tahun menunggu.
Berita gembira yang dikongsi Adam Corrie menggembirakan dan memberi inspirasi kepada ramai pasangan yang masih menunggu cahaya mata. Turut dikongsi Adam Corrie Lee di instagramnya, coretan bidadarinya jadi pasangan Mualaf.
Coretan dari bidadari saya (bkn muallaf) @puan_fazi_fuad yg bertanya tips jadi pasangan muallaf.
Betulkan niat dlm perkahwinan kita. Kalau niat kita kahwin dgn pasangan kita dulu sbb dia hensem, kaya , sbb nak dpt anak mix . Jadi betulkan niat kita . Sentiasa perbaharui niat perkahwinan kita. “Ya Allah aku berkahwin dgn suami ku ini, kerana Mu Ya Allah. Betulkanlah niat ku Ya Allah.. Jadikanlah perkahwinan kami ini .. Sebagai jambatan kami sekeluarga ke Syurga Mu Ya Allah.. Jadikan perkahwinan kami medan menyebarkan dakwah keindahan Islam pada org Islam dan juga yang belum Islam. “.
Perbaiki diri kita dengan menuntut ilmu agama. Kalau kita tak pandai solat, kita belajar solat dulu.. Kemudian boleh ajar step by step. Mmg susah tp kena banyak bersabar. Kalau kita tak ada ilmu macamana kita nak menjawab persoalan dari pasangan kita.
Jadikan diri kita contoh penganut Islam yg terbaik di mata pasangan kita. Kalau kita sendiri tak solat, tak menutup aurat, minum arak, makan babi, main judi , berfoya-foya dgn lelaki lain dan sebagainya. Macamana pasangan muallaf kita nak jadi seorang Muslim yang baik. Kerana dia tak dpt contoh yang terbaik dari pasangannya yang baka Islam.
Selalu ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kita. Kerana pengaruh kawan sgt kuat. Percayalah cakap saya.. Walaupun pasangan kita dah mula solat, tak minum arak, pergi berjudi seperti sebelum dia Islam. Tp kalau kita tak pantau dengan siapa dia berkawan, dia akan terpengaruh kembali dgn kehidupan lama … Bkn tak boleh berkawan, cuma pantau dengan kasih sayang. Orang boleh tuduh kita seperti queen control, tak sporting dan macam2 tp kalau akidah suami kita terpesong kembali kerana tersalah pilih kawan.. Mereka tak peduli pon. Jadi jagalah suami kita yang masih baru. Akidahnya perlu dimantapkan.
Jadikan kita sahabat trbaik utk dia berkongsi masalah dan berkongsi hobi . .
Doakan yang terbaik utk pasangan kita.. Doa seorang isteri yang sayang pada suaminya kerana Allah.
Sokongan yang paling kuat untuk pasangan kita adalah DIRI KITA. Kerana itu tugas kita sebagai isteri , umat Islam dan hamba Allah.
1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk anda.
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!