Ingat, bila sah jadi suami isteri, jangan bandingkan kebahagiaan dengan orang. Pegang pesanan ini, semua perkahwinan unik dengan cara tersendiri.
Kalau dia bahagia bila punya anak ramai, kita mungkin bahagia dengan anak seorang yang cukup berkualiti dan tinggal sebumbung. Itu rezeki masing-masinglah. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian Puan Normaliza Mahadi ini.
Jangan Bandingkan Kebahagiaan Dengan Orang
Tak ada perkahwinan yang sama walaupun yang berkahwin tu kembar seiras perempuan dengan kembar seiras lelaki. Kedua perkahwinan ini akan jadi berbeza. Tak akan sama!
Ads
Mendengar tips macam mana ada perkahwinan boleh bertahan sekian tahun, tak bermakna tips tu sesuai untuk perkahwinan kita.
Contohnya ada isteri kata, setiap tahun birthday dan anniversary dia akan dapat bunga dari suami. Dia sangat bahagia.
Tapi bukan semua isteri suka bunga macam dia. Ada isteri macam saya suka duit ringgit malaysia satu juta. Contohnya lah. Tapi mungkin ada isteri tak suka juga duit satu juta tapi prefer bunga lagi (ada ke macam ni?).
Ads
Dan ada suami pula kata rumah tangga dia dah bertahan 55 tahun sebab isterinya memang menyediakan makanan yang enak sedap lazat menyelerakan epic dan sebagainya setiap hari. Sebab itu dia sayang sangat isteri dia.
Tapi macam saya ini, masak dahlah tak berapa bijak, makan aje genius. Jadi tak sama kan rumah tangga ni.
Rangka Ikut Sesuai Dengan Pasangan
Ads
Rumah tangga kita unik dan tersendiri. Kita kena hidup dalam kerangka yang sesuai dengan pasangan sendiri bukan pasangan orang lain.
Dengar tips orang sangat digalakkan tetapi kena sesuaikan dengan kehidupan sendiri. Jangan frust kalau suami orang tu buat begitu dan begini kepada isteri dia. Jangan juga frust kalau isteri orang lain dapat buat begitu kepada suaminya sendiri.
Begitulah ya.
Cuba senaraikan apa yang isteri rasakan akan membahagiakan dalam rumah tangga. Senaraikan juga apa yang sesuai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri perlulah menjadikan perkahwinan sebagai cara untuk mereka menghebatkan lagi percintaan. Benarlah kata orang, menjalinkan cinta membuatkan seseorang menjadi lebih bersemangat dan kuat.
Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan 14 kajian yang menemukan bahawa cinta suami isteri yang bahagia itu dapat menjadikan seseorang lebih sihat. Jadi ayuh! Semarakkan cinta anda agar anda dan pasangan terus sihat.
1. Pasangan yang berselisih faham atau mengalami pertengkaran mulut yang sinis perlu belajar untuk memulihkan kembali interaksi dengan menggantikan komen-komen yang lebih membina.
2. Kajian yang dilakukan oleh National Longitudinal Mortality yang dijalankan ke atas lebih sejuta orang sejak tahun 1979 menunjukkan bahawa orang yang berkahwin akan hidup lebih lama, kurang diserang penyakit jantung, mengalami risiko kanser yang rendah dan kurang diserang pneumonia berbanding orang yang masih bujang.
3. Kajian yang dilakukan oleh seorang profesor psikologi di Wilkes University, Carl J.Chartneski, PhD dan penulis bersama buku “Feeling Good is Good for You” menyatakan bahawa melakukan hubungan intim secara mingguan mungkin membantu tetapi melakukannya dengan lebih kerap bukanlah sesuatu yang menyihatkan.
4. Walaupun hubungan intim baik tetapi para pengkaji menyatakan bahawa hubungan intim hanyalah salah satu aspek dalam perhubungan. Keajaiban sebenar dalam sesuatu hubungan merupakan ikatan mesra yang erat.
5. Para doktor dari University of North Carolina membuktikan bahawa pelukan yang diberikan oleh pasangan mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar oksitosin (oxytocin), hormon yang memberikan kelegaan terutamanya semasa bersalin, menyusukan anak dan mencapai orgasme.
6. Ramai pakar berpendapat, sentuhan mesra yang dilakukan setiap hari bukan sahaja membantu merapatkan hubungan tetapi juga menyihatkan minda serta fizikal anda.
7. Para pengkaji yang melakukan kajian ke atas pasangan yang diarahkan untuk duduk bersentuhan kulit sambil berbual selama 10 minit mendapati adanya perubahan positif dalam tekanan darah dan oksitosin mereka. Namun, dengan kuasa pelukan mesra yang kerap dilakukan ternyata lebih hebat.
8. Hubungan intim yang hebat, melakukan percutian romantik dan komunikasi yang baik antara pasangan, ditambah dengan diet rendah kolesterol serta waktu rehat yang lebih lama mampu mengubah kesihatan anda kini dan selamanya.
9. Hormon oksitosin membantu wanita menjadi lebih mesra dengan persekitarannya. Namun, kebaikan paling besarnya lebih bersifat fizikal. Menyusukan bayi pastinya mempunyai kaitan dengan berkurangnya kadar kanser payudara dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam erti kata lain, oksitosin berkaitan dengan kesihatan emosi, begitu juga dengan hubungan fizikal bersama pasangan.
10. Pakar psikiatri dari University of Toronto bernama Brian Baker menyifatkan rasa ‘bersatu’ yang dialami pasangan semasa senang dan susah merupakan satu sifat yang dikenali sebagai ‘penyatuan mutlak’.
11. Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburg mendapati bahawa wanita yang mempunyai hubungan perkahwinan yang baik boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai hubungan berantakan.
12. Kajian dari University of Sheffield di England yang menemu bual 28 peserta yang telah berkahwin sekurang-kurangnya 20 tahun mendapati hubungan intim yang konsisten memainkan peranan dalam sesebuah perkahwinan. Pakar psikiatri bernama Sharron Hinchliff, PhD, yang menjalankan kajian tersebut mendapati majoriti daripada peserta tersebut merasakan bahawa hubungan intim membantu mereka dalam meluahkan rasa cinta, komitmen dan kepercayaan.
13. Konflik dalam hubungan cinta adalah normal dan menyihatkan kerana ia merangsang sesuatu hubungan. Namun, ada perbezaan antara konflik yang sihat dengan konflik yang menurunkan imuniti anda. Pasangan yang tidak bahagia akan menghadapi konflik dengan bergaduh besar sehingga menyebabkan degupan jantung laju dan menghalang pasangan tersebut mencapai persetujuan dan penyelesaian.
14. Sesebuah hubungan cinta tidak akan lengkap tanpa perselisihan faham. Ramai wanita beranggapan yang mereka boleh mengubah tabiat lelaki, namun itu tidak bermakna sesebuah hubungan cinta juga harus berubah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam membina rumah tangga yang harmoni dan bahagia, tentunya setiap insan yang bergelar manusia meginginkan pasangan yang baik dan sempurna. Pasangan yang berkedudukan tinggi, berharta, tampan dan cantik sering menjadi keutamaan dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup.
Namun, anda harus ingat, bahawa ia bukanlah jaminan untuk membentuk rumah tangga yang bahagia. Sesungguhnya nilai-nilai murni yang ada dalam sikap individu itu harus dipandang terlebih dahulu. Paling penting, akhlak dan akidah haruslah seiring dengan tuntutan syariat agar kehidupan rumah tangga lebih sejahtera.
Tidak semua manusia di atas muka bumi ini dapat seperti apa yang diimpikan. Setiap insan berhak untuk membuat keputusan dalam memilih calon pasangan mereka, namun, janganlah sehingga mengabaikan kriteria-kriteria yang wajib di sisi islam. Sebaiknya ,pilihlah pasangan yang baik dan sempurna agar kehidupan selepas berumahtangga lebih cemerlang. Jom kita lihat kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih jodoh yang baik dan sempurna menurut syariat islam!
1. KECANTIKAN DAN KETAMPANAN
Foto: Faris Ahmad Photography
Ini jelas terbukti dimana setiap individu pasti menekankan paras rupa terlebih dahulu dalam mencari pasangan hidup. Wanita mahukan lelaki yang tampan manakala lelaki mahukan wanita yang cantik. Namun Sabda Rasulullah SAW ada menyatakan:
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekayaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi).
2. TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
Ini adalah antara kriteria yang paling penting dalam tuntutan ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup, minimal seharusnya terdapat satu syarat ini. Kerana Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.”
(QS. Al Hujurat: 13)
Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat pada agama.
3. HARTA
Foto: Faris Ahmad Photography
Kekayaan yang tidak berlandaskan agama akan membawa kepada bencana. Jika seseorang itu mencari pasangan hanya kerana melihat dari segi hartanya, nescaya Allah akan menghilangkan hartanya kerana harta akan lenyap pada bila-bila sahaja tanpa kita ketahui. Rasulullah SAW juga menyeru agar memilih pasangan hidup yang setara dalam agama dan statusnya.
Berikut beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh seorang muslim yang hendak mencari pasangan hidup. Nasihat kami, selain melakukan usaha dalam memilih pasangan, jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dianugerahkan pasangan yang baik. Seperti yang ditekankan dalam entri kali ini, mereka yang taat pada agama adalah sebaik-baik pasangan.
4. KETURUNANNYA
Dalam mencari pasangan hidup, tidak salah kalau ingin melihat faktor keturunannya. Perbezaan darjat dalam beberapa perkara akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Oleh itu, maka carilah keturunan yang boleh menyenangi kamu yang bersesuaian dengan tuntutan agama dan dapat memberikan keturunan yang baik-baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah nama pun perempuan. Mesti suka untuk kelihatan cantik agar diri mereka tampil menawan. Ada yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik sebagai kepuasan diri sendiri.
Namun, ada pula yang mengeluh apabila sudah berumah tangga mereka tidak punya masa untuk menghias diri kerana sibuk menguruskan keluarga. Ingat bukan semua suami yang pandang pada kecantikan anda sahaja, malah hati anda juga.
Jadi, selain bercantik untuk suami tersayang anda juga boleh melakukan 5 perkara ini yang pasti nampak cantik dihadapan suami.
1. Senyum
Bila suami pulang dari pejabat, sambut suami dengan salam mesra dan senyuman dibibir. Suami yang tengah serabut tu boleh hilang rasa stress nya bila lihat anda senyum dan menyambutnya dengan baik.
2. Bercakap lembut
Wanita sinonim dengan sifat lemah-lembut jadi gunakan sifat ini untuk menarik perhatian suami anda. Suami mana sahaja yang tak suka bila isterinya cakap dengan penuh lemah lembut kan. Cair hatinya , kalau tengah marah tu boleh hilang rasa.
3. Memakai wangian
Pakailah wangi-wangian untuk suami kamu barulah dia pun suka duduk dekat dan sekaligus menambah kemesraan.
4. Rambut sentiasa terurus
Mungkin kadang kala anda sibuk untuk menguruskan anak sampai tak sempat uruskan rambut. Taktik paling senang dengan anda ikat sahaja rambu. Baru nampak kemas sikit.
5. Pakaian
Siapa kata baju kelawar tak menarik? ia adalah klasik sebenarnya. Cuma anda pakailah dengan kemas barulah suami terpikat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!