Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Sebaik suami melihat isteri mengalirkan air mata di hadapan anda, jangan biarkan dia menangis bersendirian. Rangkul dan peluklah erat isterimu supaya dia merasa tenang dalam dakapan suami.

Jangan Biarkan Isteri Menangis Sendirian, Peluklah Agar Dia Rasa Sentiasa Diperlukan

APABILA ISTERI MENGATAKAN TENTANG KESALAHANMU, TOLONG JANGAN SELALU MENGATAKAN DIA CEREWET, DIA MENYEBUTNYA KERANA DIA PEDULI PADAMU!

Apabila isteri sedang susah hati dan mengabaikanmu, jangan ikutinya tidak peduli, ini adalah masa untuk anda melayannya dengan baik. Buang ego anda wahai suami. Apabila isteri tidak mahu bercakap dan memalingkan tubuhnya meninggalkanmu, kejarlah dia. Jika betul anda mencintainya, adakah anda rela meninggalkannya sendirian?

Apabila isteri berkata, “Awak pergi, saya tidak mahu bercakap dengan awak.” Jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya di bibir saja, sedang dalam hatinya tidak bermaksud demikian. Sebenarnya itulah ketika di mana dia sangat memerlukan anda!

IKLAN
Jangan Biarkan Isteri Menangis Sendirian, Peluklah Agar Dia Rasa Sentiasa Diperlukan

Apabila isteri marah, hatinya dalam keadaan tidak tenang dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu makan. Belilah makanan kesukaannya, tunggu sampai hatinya sejuk sikit dan hulurkan makanan padanya. Jangan ugut yang awak juga tidak mahu makan!

Hargailah isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya! Kadang-kadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami!

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim

Jangan Biarkan Isteri Menangis Sendirian, Peluklah Agar Dia Rasa Sentiasa Diperlukan

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus? Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap. Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Jangan Biarkan Isteri Menangis Sendirian, Peluklah Agar Dia Rasa Sentiasa Diperlukan

IKLAN

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Hubungan dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

IKLAN

Jadi ape kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Kredit: Dr. Amirul Amin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI