Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian. Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.
Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.
Berdosa jadi orang ketiga
Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.
IKLAN
individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.
“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,”
IKLAN
sekadar gambar hiasan
Suami isteri perlu kukuhkan cinta
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :
.
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
IKLAN
Jujur pada pasangan
Kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,”
Isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk. Pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.
Kebiasaannya, hubungan rumah tangga hanya hangat di peringkat awal. Namun bila lama kelamaan, ada segelintir suami yang mulai bosan melihat isterinya setiap hari. Ditambah pula dengan ahli group WhatsApp yang entah apa-apa, sering menghantar gambar wanita cantik/seksi membuatkan si suami merasakan isterinya semakin banyak kekurangan. Nampak remeh, tetapi perkara-perkara kecil sebegini boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan 'hasutan-hasutan' kecil ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya perpisahan. Jadi, mahukan anda terus melukai hati pasangan anda? Berubah sementara masa ada masa. Semoga perkongsian dari Akhtar Syamir ini bermanfaat.
ISK!! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini," kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption 'Selamat pagi abang-abang dalam group nie'. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka. Bila masuk ke media sosial, si suami seronok 'like' gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat 'berinteraksi' kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
"Kenapalah isteri aku tak cantik?" bisikan nakal di hati suami.
"Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
"Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu," kata suami.
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
"Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?" – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
"Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau," kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Siapa yang tak suka melihat gelagat Fila Amir bersama suami tersayang, Adama Camara di laman Youtube mereka? Mereka bukan sahaja ‘membawa’ penonton berjalan-jalan secara maya tetapi boleh juga tengok gelagat romantis mereka.
Instagram: @filaamir
Sebelum ini terlalu banyak berita negatif yang kita dengar tentang jejaka Afrika yang pandai bermulut manis. Tetapi kita lupa, ramai juga di antara mereka yang memiliki hati yang baik, tidak berniat untuk menipu gadis Malaysia. Rezeki Fila bertemu jejaka sebaik Adama tidak boleh dipertikaikan. Video kehidupan harian mereka yang dikongsi di Youtube dapat dinilai sendiri malah ramai juga memberi komen positif terhadap mereka.
Yang seronoknya, Fila dan suami bukan sahaja pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga namun ada misi yang jauh lebih bermakna yang mereka bawa ke sana. Kesemua pengalaman Fila di negara orang direkodkan dalam vlog yang disiarkan di Youtube dan ada juga yang dikongsikan di akaun Instagram.
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
“Haihhh malu nak cerita tapi nak cerita jugak. Di sini orang perempuan akan pergi solat Jumaat juga di masjid. Husband ajak ke masjid sekali sebab nak serahkan Al-Quran untuk budak-budak tahfiz tu.
Alang alang dah pergi takkan la tak solat. Fila pun ikut sekali solat dekat bahagian perempuan tapi sebab tak pernah solat Jumaat, Fila mcm ragu-ragu betul ke 2 rakaat? Ishk… ke lain bagi perempuan 😓
Nasib baik ada Google. Fila pun Google cara solat jumaat bagi perempuan.. Astaghfirullah dah belajar dah kat sekolah tapi sebab tak buat jadi ragu-ragu.. Rupanya sama ja. Penuh masjid tu bahagian perempuan, dgn budak-budak remaja, orang tua semua sekali Alhamdulillah..”
Instagram: @filaamir
Selain pemberian Al- Quran, Fila dan Adama juga banyak melibatkan diri memberi bantuan kepada penduduk Guinea dari segi prasarana dan pembinaan masjid. Sumbangan yang disalurkan itu datangnya dari rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.
“Alhamdulillah ni antara perigi yang dah siap. Diaorang happy sangat-sangat. Akhirnya ada sumber air yang lebih dekat dengan diorang. Rasa sebak sangat tengok reaksi diorang. Budak-budak pun teruja happy.. Dia berterima kasih banyak-banyak untuk orang Malaysia sebab sudi bantu diorang. MashaAllah.. diorang selalu berdoa untuk orang Malaysia dan minta sampaikan salam dan ucapan terima kasih diorang. Bangga sangat-sangat dengan orang Malaysia! ♥️🥰🥰🥰
Taklupa juga orang Singapore dan Brunei yang turut memberi sumbangan.
Terima kasih dan minta maaf kalau ada kurang ya, InshaAllah kami akan usaha untuk improve.”
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
Sebenarnya, perkongsian Fila dan Adama ketika berada di Guinea sangat memberi inspirasi. Malah setiap lokasi yang mereka singgah seolah-olah membawa viewers bersama-sama dalam journey mereka ke sana.
Instagram: @filaamirInstagram: @filaamir
Semoga pasangan ini akan terus dikurniakan kebahagiaan dan dapat terus berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
Sebaik sahaja bergelar isteri, andalah jantung kepada sesebuah rumah. Kalau dulu mak yang tolong sapu lantai, bersihkan sawang dan basuh baju kali ini anda pula yang bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang tak cerewet tetapi anda sendiri kena peka hal ni.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
Tidak menjaga solat
Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!
Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
Kecuali jika ada urusan
Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah
Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!
Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah
Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri
Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami
Berdiri tanpa menutup aurat
Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat
Suka melakukan maksiat
Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!
Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
Terlalu banyak tidur
Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.
Duduk di pintu rumah
Memakai sikat yang rosak
Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari
Boleh tonton video dari Ustaz Fawwaz Mat Jan di sini.