Walaupun dah masuk zaman millennial, istilah ‘langkah bendul’ masih lagi wujud. Buat anda yang tak pernah dengar istilah ‘langkah bendul’, ia adalah perumpamaan zaman dulu mengenai adik yang berkahwin terlebih dahulu berbanding kakaknya. Kalau dulu, adik yang kahwin lebih awal dari kakak ni bertentangan dengan adat dan budaya dulu-dulu.

 

Jadi, untuk mengambil hati si kakak yang  belum berkahwin, maka adik perlulah berikan hadiah kerana si adik tadi hendak sangat berkahwin. Jika diikutkan, tak ada salahnya jika si adik berkahwin dahulu. Dah jodoh kan? Tapi demi menjaga hati, si adik perlulah beli hadiah untuk kakaknya. Inilah cara dulu-dulu. Dan car aini mungkin masih diamalkan tetapi taklah melibatkan hadiah yang mahal-mahal.

 

Di sini kami kongsikan tip untuk si kakak yang terpaksa berhadapan dengan isu adik kahwin dulu.

 

Redha

Terimalah dengan hati terbuka takdir yang telah ditentukan. Mungkin apabila anda redha, anda pula yang akan dikurniakan jodoh oleh Allah.

IKLAN

 

Tidak menghalang

Sebagai kakak, janganlah anda mengambil langkah unhtuk menghalang perkahwinan si adik. Anggaplah mereka diberikan jodoh lebih awal mungkin untuk menjaga anda di masa hadapan.

 

IKLAN

Jangan dengki

Sifat dengki memang sinonim dengan manusia. Sebagai saudara sedarah sedaging, janganlah ada istilah dengki atau cemburu. Jangan sesekali berasa iri dengan kebahagiaan yang bakal orang lain kecapi kerana anda juga ada kebahagiaan lain yang telah Allah tetapkan.

 

Jangan membebankan

IKLAN

Apabila si adik langkah bendul, janganlah pula anda minta hadiah mahal-mahal daripada adik anda dan pasangannya. Kadang-kadang kita tidak tahu kesusahan orang lain walaupun dia adik kita. Jika mereka ingin berikan hadiah, terimalah dengan hati terbuka. Jika tidak, usah meminta-minta.

 

Mohon pada adik agar mendoakan anda

Gunakanlah kesempatan ini untuk meminta hadiah paling mahal iaitu doa. Minta pada mereka mendoakan agar rezeki jodoh anda juga dipermudahkan. Usah berkecil hati dan terasa dengan adik anda yang bertemu jodoh dahulu. Siapa tahu dengan keikhlasan anda dan doa daripada adik anda tadi akan memudahkan urusan jodoh anda kelak. Insya-Allah.

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI