
ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﺮٍ ۖ ﺇِﻥْ ﺃَﺟْﺮِﻱَ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
“Dan aku sekali-kali tidak minta upah/balasan kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Rabb semesta alam.”
Jauhi Terus Pasangan Curang. Buat Apa Tunggu Lama-lama Sedangkan Ada Jodoh Lain Untuk Anda

Perasaan cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang tanda diduga dan boleh berakhir begitu saja jika ia tidak dijaga dengan baik. Oleh sebab itulah cinta perlu dipelihara agar ia terus bersemi buat selamanya. Namun, apakan daya sekiranya cinta yang disemai penuh rasa kasih dan sayang boleh berentakan dan putus di pertengahan jalan.
Sebelum ia berakhir dan membuat anda kemurungan, lebih baik anda bersedia dengan keadaan ini. Sebaiknya, ketahui petanda yang si dia mula beralih arah daripada anda sekali gus membuatkan cinta kalian semakin memudar.
Ingin tahu apa petanda si dia mula beralih arah? Di sini Pesona Pengantin kongsikan enam petanda utama agar anda bersedia untuk menghadapinya.
- TIDAK GEMBIRA MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain anda. Ini kerana pasangan mungkin sudah tawar perasaannya kepada anda. Keinginan untuk bersama juga tidaksegebu seperti dahulu. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
- SERING BERGADUH DISEBABKAN PERKARA KECIL
Pergaduhan sekali-sekala merupakan perkara biasa. Ia memang lumrah dan ada masanya perlu untuk mengeratkan lagi hubungan. Tetapi jika pergaduhan kecil itu sudah seperti tabiat yang acap kali bertemu, maka itu merupakan petanda bahaya.
Menjadikan hal sekecil hama sebesar gajah bermakna ada masalah perhubungan yang kalian berdua takut untuk menghadapinya. Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau, adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
- ANDA TIDAK LAGI PENTING
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting daripada diri anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama orang lain ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau sudah jadi begini, perpisahan awal mungkin jalan penyelesaiannya. Kesimpulannya, usahlah menyandarkan harapan sejak awal perkenalan jika anda sendiri sudah maklum yang anda bukanlah pasangan impiannya.
- KURANG BERKOMUNIKASI
Jika pasangan masih lagi bertemu anda tetapi kurang berbual atau tidak semesra seperti selalu, itu antara pembayang bahawa hubungan kalian semakin kegeringan. Anda harus ingat, komunikasi adalah azimat yang paling hebat dalam memanjangkan usia perhubungan. Tanpanya, hubungan boleh berada di ambang kemusnahan.
- MARAH TANPA SEBAB
Si dia mungkin tiada ikhtiar lain untuk menjauhkan diri daripada anda. Si dia juga tidak sanggup membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan anda. Jalan pilihan terbaik ialah dengan memarahi anda agar ia boleh membangkitkan rasa kebencian di hati anda seterusnya mendorong anda untuk memutuskan hubungan dengannya.
- CUKUP MENGELAK DARIPADA ANDA
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara atau subjek yang ingin dijauhinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri daripada anda, anda patut risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
Atau, jika diajak bersantai seperti selalu, ada saja alasan yang diberikannya. Lebih parah, jika si dia menjawab panggilan telefon anda dengan cara acuh tidak acuh.
Jadi inilah antara enam metafora yang boleh menunjukkan sesebuah hubungan bakal terjejas. Justeru, sebelum ‘kemusnahan kecil’ asmara ini melanda dan meragut sebahagian daripada hidup anda, ada baiknya anda awasi petanda-petanda ini. Dan ingatlah, hidup ini penuh makna dan pastinya terlalu singkat untuk dibazirkan semata-mata kerana melayan kekecewaan.
Kenapa Kita Selalu Jatuh Cinta Pada Orang Yang Tak Dapat Kita Miliki?

Mungkin rasa menikam kalbu, meminta diri bersabar atas cinta yang tidak berbalas. Tidak lama selepas itu, kita mungkin bertanya kepada diri sendiri, “Kenapa, saya selalu jatuh cinta dengan orang yang saya tidak dapat miiki?” Kadang-kadang, kita memberi pandangan bahawa hati kita jatuh cinta pada orang kita sukai adalah sesuatu yang mudah. Pada hakikatnya, ia sering lebih sukar.
Cintai tidak berbalas seperti ini cukup menyakitkan. Apatah lagi untuk menoleh dan menyapa, anda lebih suka berlalu begitu sahaja. Walaupun sebenarnya dia masih tidak kisah, tapi anehnya, cinta kita semakin tinggi. Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa kita suka jatuh cinta dengan seseorang yang kita tidak dapat miliki? Penjelasan ringkas ini mungkin memberi jawapannya kepada anda.
1. Terlalu Menikmati Sensasi Dari Proses Mendekati
Sesetengah daripada kita sering rasa gembira jika adrenaline naik untuk mendapatkan seseorang. Dengan mengandaikan seseorang yang sukar untuk takluki adalah mesti diperolehi. Sehingga sesuatu yang mudah diperoleh dianggap kurang berharga, sementara yang sukar didapat adalah sesuatu yang sangat berharga.
Walaupun dalam realiti, ini tidak masuk akal, lelap sangat mendalam dalam euforia, terlupa melihat fakta realiti. Fakta bahawa dia benar-benar tidak pernah merasakan apa-apa perasaan pada kita.
2. Cinta Yang Tidak Berbalas Juga Membuat Anda Penat Menunggu
Bukan tanpa sebab, beberapa kali, dia mungkin telah menunjukkan tanda tidak suka pada anda. Tetapi hanya kerana ego kita sendiri, kita juga percaya bahawa suatu hari nanti dia juga akan menyukai kita.
Walaupun pada hakikatnya, kita bukanlah seorang yang dijangka menjadi pasangannya. Kadang-kadang kita rasa sukar untuk menyedari bahawa dia tidak suka. Tambahan pula, kita sering rasa lebih bebas untuk tetap menyukai dirinya. Kerana sejak awal dia tidak pernah suka, dan tidak pernah dilihat ingin menjadi lebih dekat dengan kita.
3. Mahu Berhenti, Beri Respons Kecil Terus Anda Membuka Hati
Tahu apa rasanya diabaikan, dicari hanya jika diperlukan bantuan, itu pasti tidak menyenangkan. Banyak kali kita berharap dapat disukai dengan cara yang sama, banyak kali kita juga harus menanggung kekecewaan kerana dia datang hanya kerana dia memerlukan bantuan.
Jatuh cinta kepada sesiapa pun tidak pernah salah, tetapi ia akan menjadi punca masalah jika anda menyiksa diri sendiri hanya kerana anda masih berharap pada dia yang tak mencintai anda. Lepaskan bebanmu, biarkan ia pergi. Jadi, jika memang dia masih tidak mahu membuka hatinya, cuba buka hati anda kepada seseorang selain daripada dia.
4. Rasa Aman Mencintanya Secara Diam-Diam
Jatuh cinta dengan seseorang yang kita tidak dapat miliki sememangnya mengecewakan. Jadi untuk menjauhkan diri daripada sakit hati, ramai di antara kita memilih untuk diam. Simpan semua kasih sayang, menyampaikan segala keinginan dari jarak jauh.
Setiap kali bersama, kita boleh rasakan kita memilikinya. Tetapi dalam sesetengah keadaan, kita rasa tergesa-gesa oleh orang yang cuba mendekatinya.
5. Mempunyai Dua Pilihan: Terus Percaya Untuk Mendapatkannya Atau Berhenti Kerana Sudah Lelah
Sekiranya anda berjaya mencairkan hatinya, mungkin keadaannya berbeza. Dianggap berjaya kerana ia boleh mengubah keputusan seseorang untuk menerima perasaan. Tetapi ia berbeza, jika sampai sekarang dia masih kekal dalam pilihannya.
Tidak menerima anda dan masih mengabaikan semua usaha anda. Tidak perlu meletakkan diri anda dalam sesuatu yang menyakitkan hati anda, anda mempunyai banyak peluang untuk dapat berkongsi perasaan anda dan mencintai orang lain.
6. Tidak Mengenai Yang Layak Atau Tidak, Setiap Orang Layak Untuk Menolak
Di luar sana ada ratusan juta orang yang dapat menerima dan membalas cinta anda. Tidak boleh memaksa seseorang untuk menerima diri kita, kerana anda perlu melatih diri anda untuk menjadi berlapang dada. Menerima semua bentuk kegagalan dan penolakan, termasuk menguruskan perasaan.
7. Untuk itu, Berhenti Mengharapkan Pada Si Dia Yang Tidak Anda Miliki
Sesungguhnya, kita tidak pernah tahu di mana hati dan perasaan akan berlabuh. Kehadiran cinta yang mengalir seringkali membuat fikiran terputus dan goyah. Tidak dapat lagi membezakan, di mana sesuatu boleh menjadi realiti dengan sesuatu yang hanya menjadi bualan.
Sepanjang masa ini dia akan bertindak balas kepada anda, bertindak dengan baik seolah-olah dia mengasihi anda, tetapi anda sendiri sudah tahu ada orang lain yang juga menaruh hatinya padanya. Orang yang mencintai dan mencintainya kembali.
Tetapi kita bertanggungjawab, di mana cinta dan kasih sayang kita akan digantung.
Bersamanya seolah-olah suka kepada satu sama lain atau dia yang kelihatan menarik tetapi tidak boleh berjaya diteruskan.
Tentukan pilihan anda, sebelum menyesali kerana terlalu lama berharap untuk sebuah kemustahilan.
Respek! Bukan Calang-Calang Ujian, Lelaki Ini Berjaya Nikahi Wanita Idaman Lepas Lulus 2 Soalan

Hati siapa yang tak gembira jika orang dicintai bersetuju untuk menerima sebagai pasangan hidup sekali gus mengakhiri hubungan ke gerbang perkahwinan. Begitulah yang diirasai oleh lelaki ini apabila dia berjaya melepasi dua ujian soalan sebagai syarat untuk memperisterikan wanita yang diminatinya.
Respek! Itulah yang terungkap di bibir admin apabila membaca kisah lelaki bernama Alif ini menerusi perkongsian di laman Instagramnya. Dia sendiri tidak menyangka soalan yang diberikan kepadanya sebagai syarat untuk menikahi wanita idamannya itu datang sedemikian rupa. Bukan calang-calang soalan dan ujian yang diterimanya. Akuinya, saat mendengar soalan pertama buat dia terduduk dan terkejut.
Kisahnya ini ditulis berdasarkan pengalaman, impian dan cita-citanya sebagai seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita permata syurga, sehinggakan dia berusaha untuk memiliki cinta yang dicarinya selama ini. Alhamdulillah berkat kecekalan dan kesungguhannya, dia berjaya memiliki wanita yang diidamkannya itu.
Sama-sama kita ikuti dua cabaran dan ujian yang harus ditempuhi Alif sehingga berjaya memiliki wanita bernama Aisyah Hijanah. Semoga perkahwinan pasangan berkahwin muda ini kekal buat selamanya.
Kalau nak nikah dengan Aisyah kena jawab 2 soalan
Masa Alif confess dekat Aisyah Hijanah, Alif ckp “Saya rasa saya nak nikah dengan awak”. Then Aisyah terdiam dan 2 hari dia tak reply msj Alip. Saya pun malu nak msj takut2 nampak desperate je. Hahahahah. Saya pun tunggu. Tunggu punya tunggu tak reply jugak. Sy pun beranikan diri msj “Minta maaf sbb tak professional dlm kerja” sbb kitorang kenal sbb kerjasama buat video je. Tp dia cakap kat Alip. “Takpe, klau nak nikah dgn Aisyah ad syarat dia..” Alip pun jawab, “Ap syarat dia..?”.
Aisyah ckp “Kena jawab 2 soalan..” Alif pun like whaaaaattt. Nak tahu soalan ap yang Aisyah syaratkan dkt Alip, nnt Alip kongsikan. Okay Alip nak naik banana boat jap okay byee! Ingatkan Alip untuk kongsi. Sapa nak tag cakap nak dekat bawah!!
Soalan pertama, Alif kena present dekat Aisyah kisah hidup Saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis
Ramai sangat yang nak tahu soalan apa yang Aisyah Hijanah suruh saya jawab. Alif akan kongsi di bawah. Tapii Alif akan kongsi 1 soalan sahaja hehe. Baca ya!
Sambungan dia, lepas Alif cakap “Saya rasa saya nak nikah dgn awk” Aisyah terdiam dan tak reply msj Alif. Then one day Alif msj and minta maaf sbb Alif menggatal hahaha. Seingat Alif masa ni bulan Ramadhan bulan 6 mcm tu. tapi ap yang Aisyah balas, “Kalau nakkan Aisyah ada syaratnya”. Alif pun tanya lah “Apa syaratnya?” Then Aisyah balas “Kena jawab 2 soalan” Alif pun be like kacang je nii. Alif pun cakap “Okay kalau Alif boleh jawab Aisyah terima Alif ya?” Aisyah balas “Of course, tak perlu hantaran tak perlu everything” Alif pun dgn semangat, “Okay bagitau sekarang apa soalannya?” Aisyah pun bgtau lah soalannya. Alif dgn terkejutnya nak menangis masa tu. Soalan dia “Alif kena present dekat Aisyah kisah hidup Saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis. Dan dalam kesemua kisah tu ada satu cerita tentang ketika Aisyah sedih, Nabi pun turut bersedih. Kalau Alif dpt jawab Aisyah akan terima.” Alif masa tu bila dpt tahu soalan pertama dia, Alif terduduk terkejut. Gila kot nak baca semua kisah Saidatina Aisyah ra. And Alif pun mcm nk give up lah and malas.
Tetapi, haaa hero kalah awal hahaha, Alif pun cuba study beli buku untuk baca. Siang malam Alif baca. Nk fahamkan dan nak cari satu story yang Aisyah suruh Alif cari tu. Korang rasa Alif boleh jawab tak? Alhamdulillah boleh! Kalau tak takde lah muka happy mcm tu kan hahahah. Alhamdulillah. Dan masa Alif cerita 1 kisah di mana Nabi ikut perasaan Aisyah ra sebenarnya ada 5 cerita yang smilar. Alif gather all the stories and tulis and baca berulang cuba detect mana yang paling dekat dgn life Aisyah. Dan Alhamdulillah Alif dpt jawab. Tepuk sikit heheh. Seronok rasa happy nak menangis. 2 minggu kot Alif study. Dan Alif jawab pada 7 July 2017. Ni baru satu soalan tau. Ada lagi satu. Hahaha. Nnt yang lagi satu Alif cerita. Nak scuba jap hahaha.
And actually Alif wonder jugak. Kenapa Aisyah letak syarat2 mcm ni..? Haaaa nnt Alif cerita. Nak tahu kisah lanjutnya. Kalau nak komen lah nak. Alif saja2 nak kongsi je kegembiraan Alif ni. ☺️
“Aku Terima Nikahnya” simple tapi..
Alif sekarang 23 tahun. Hensem and bergetah lagi hahah. Alif tak kerja pun lagi. Masih belajar di Universiti Malaya dalam bidang Muamalat Management. Sebenarnya plan untuk nikah muda ni dah lama sejak umur 19 tahun lagi. Tapi tak nikah2 juga. Alif pun couple jugak. Tetapi kalau Allah kata bukan untuk kita maka bukan lah. Allah knows what best for you. Alif bercinta dengan orang lain kawin dengan orang lain. Itu lah kehidupan, full of surprises.
الذي لغيرك لا يصل إليك،
والذي قسملك حاصل لديك.
Bila mana bukan ditentukan untuk kita maka ia tak akan sampai pada kita. Tetapi bila mana ditetapkan untuk kita pasti dan pasti kita akan dapat.
Jangan kecewa andai kita bercinta tapi tak berakhir dengan pernikahan. Sebaliknya redha dan bersyukur kerana pastinya Allah bagi someone better, mungkin yang lebih sayang kita. Yang lebih care tentang kita. Yang lebih hormati kita. Yang penting hsnudzan.
Nikah muda ni banyak tanggungjawab
And sebelum Alif buat keputusan untuk nikah ni Alif tanya kawan2 juga mcm macam @effiaizat_ Abang @azlanandi abang alif sendiri, haa kena bahagi masa untuk belajar, untuk kerja, untuk isteri, keluarga kawan2. Tapi ingat masa untuk isteri is the most okay. Nnt merajuk pula isteri semua tak leh buat kerja. Okay? My point is, nikah muda tak semudah yang korang fikirkan atau korang nampak dalam gambar. Buat decision wisely. Jangan tiru orang jangan tengok orang nak kawin kita pun nak kawin. Bagus tapi ingat ujian lepas nikah tu lagi besar. Tapi jangan takut, dalam ujian Allah ada manis dia. Tapi kena lah sabar tabah dan kuat. Have faith in Allah. Jadi kepada kawan2 yang couple ke bercinta ke rancang lah untuk nikah kalau tak bersedia nak nikah tinggalkan lah couple. Ingat Allah bagi bila kita bersedia. Sentiasa doa dan berharap pada Allah bukan pada manusia. Alif pun baru lalui 3 hari sebagai suami so tak rasa lagi ujian, rasa manis je sekarang. But be prepared. Okay guys ?
Alif doakan korang mula bercinta lepas lafaz “Aku terima nikahnya”
Sekian, soalan ke dua nnt Alif share okay. ☺️ Sorry nk pergi berenang jap
Soalan kedua, Alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat ketiga
Okay guys! Alif nak kongsi soalan yang kedua. Baca ya.
Soalan kedua ni agak mudah berbanding soalan pertama. Mudah tu tak mudah sangat lah. Tapi Alhamdulillah boleh pegang tangan Aisyah tu kira boleh jawab lah tu. Power tak Alif? Hahaha. But still kena study kena cari buku baca dan faham. Baik, masa Alif tanya Aisyah. “Okay soalan kedua apa pulak?”. Aisyah balas “Alif nak Aisyah jadi Alif kena faham tentang Aisyah, jadi Alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat ke tiga. Kalau Alif boleh present dan Aisyah berpuas hati. Then I’ll be yours”. Alif balas “Okay takpe kalau Alif jawab dua soalan tu Aisyah terima Alif ya.” Aisyah balas “Jawab dlu, Jangan letak harapan sgt.”
Alif balik Alif buka surah An-Nisa ayat tiga. Alangkah seronoknya Alif, bila dapat tahu soalan tu tentang poligami. Senang je lah prempuan tak suka poligami kan, normally lah. Yang suka tu bagus lah. Alif pun hantar msj kat Aisyah “You already mine, pack your things hehe”. Then Aisyah jawab “Kalau Alif jodoh Aisyah Alif akan nampak ap yang Aisyah nk Alif faham dr ayat tu. Mesti Alif nampak pasal poligami kan. Good luck.” Alif pun terfikir, apa lagi Aisyah ni, poligami je yg Alip nampak dalam ayat ni. Tetapi sebenarnya bukan itu ceritanya, ada cerita lain dari ayat tu. Apa lagi, Alif pun study balik, Alhamdulillah jumpa kisah tu. Nak tahu ke cerita ap? Alaa korang cari lah. InsyaAllah jumpa. Apa pun “Masa Alif present dekat isteri Alif, cuak jugak beb. Sbb kalau salah selamat tinggal lh. Cari orang lain lah jawabnya. Tapi alhamdulillah bila Allah tulis nama kita untuk dia maka pastinya kita akan dapat. 7 July Alif present jawapan Alif untuk soalan pertama dan ke dua. Aisyah senyap dan tersenyum. Korang boleh bayangkan tak. Betapa seronoknya Alif. Alif diam je tapi dalam hati ya Allah. Seronok tu Allah saja yang tahu. Alhamdulillah.
Alif nak plan tulis buku untuk isteri Alif. Tanda terima kasih untuk dia. Mungkin bagi semua orang Aisyah itu biasa tapi bagi Alif, Aisyah adalah permata Syurga. ❤️
Nanti next post Alif akan share kenapa Aisyah minta Alif jawab soalan2 ni. Saja nak kongsi. Harap korang suka dgn story Alif dan Aisyah. Nak tahu ke knp? Kalau nak komen lah kat bawah.
“Wahai wanita, mahalkan dirimu”
Okay ! Alif nak kongsikan beberapa sebab kenapa Aisyah Hijanah minta Alif untuk jawab 2 soalan sebagai syarat Aisyah terima Alif. But first Alif minta maaf tak boleh kongsikan jawapan kepada 2 soalan tu. Mungkin Alif akan kongsikan dalam buku Alif dan Aisyah InsyaAllah. Doakannya.
Okay!!! Baik, Masa Alif confess dekat Aisyah. Dia tak minta pun Alif bagi hantaran berdulang2 dan tak perlu juga beri hantaran sampai 30k 40k dia hanya minta jawab dua soalan. Sebab? Ada 7 sebab utama. Alif akan kongsikan di bawah.
Pertama. Sapa2 yang boleh jawab soalan Aisyah. Tahniah anda telah kenal siapa Aisyah Hijanah. Soalan tu menggambarkan kehidupan, impian, keinginan, cita2 Aisyah Hijanah. Jadi nak kenal Aisyah Hijanah cari lah jawapan bagi 2 soalan tu. Jadi bila Alif dah jawab, secara tak sengaja Alif dah pun faham dan kenal siapa bakal isteri Alif ni.
Kedua!!! Kenapa Aisyah minta bakal suami jawab soalan tu, adalah kerana “hati wanita”. Mahalnya harga hati seorang wanita tak ternilai. Tak mampu dibeli dengan kata2 tak mampu dibeli wang atau harta ratusan ribu. Kerana mahalnya hati seorang wanita, hanya yang memenuhi syarat menjawab soalan sahaja diterima Aisyah. Tak kira dia siapa. Jawab! Then Aisyah akan terima. Sebab itu wanita jangan gadaikan hati anda kerana kekayaan, hensem, femes tapi wahai wanita mahalkan diri anda supaya lelaki yang hadir itu adalah lelaki yang benar2 usaha untuk anda. Alip bukan nak show off alip jawab tapi Alip nk kongsi pd sahabat akhowat, harga sesebuah hati wanita.
Sebab yang ketiga, dalam kisah Saidatina Aisyah ra meceritakan bagaimana Nabi SAW melayan Saidatina Aisyah ra. Dari sini korang boleh faham kot apa yang Aisyah nak dari suami dia. Okay?
Baik Alif tengah snorkelling ni. Yang lagi 4 sebab Alif akan kongsi kemudian. Korang nak lagi ke? Tak yah lah kan. Hehe tapi kalau nak komen lah kt bawah “nak” dan tag kawan korang sorang untuk kongsi bersama.
Dont get me wrong, Alif just nak wanita di luar sana cuba mahalkan diri anda. Alif tak bangga Alif boleh jawab tapi Alif bersyukur. Alhamdulillah.