Meniti alam perkahwinan di usia yang muda mungkin banyak cabarannya. Tambahan lagi, status sebagai seorang pelajar yang mempunyai kekangan membahagikan masa untuk keluarga dan pelajaran.
Menurut pasangan yang berkahwin di usia yang masih hijau, Fatin Amirah Amirrazli, 23 dan pasangannya Muhammad Nor Suhardy Azreen Samsuddin, 24, kematangan, sifat sabar dan bertolak ansur harus dipegang dan dijadikan prinsip hidup agar perkahwinan di usia muda sentiasa utuh.
Fatin yang mendirikan rumah tangga pada usia 20 tahun manakala pasangannya ketika itu berusia 21 tahun membuktikan masjid yang dibina selama ini bahagia hingga ke hari ini. Hasil perkahwinan selama tiga tahun telah mengurniakan mereka dengan seorang cahaya mata yang menjadi permata hati dan penambah kekuatan untuk pasangan ini terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Detik Perkenalan
Kami mula berkenalan melalui media sosial dan ketika itu kami berdua masih belajar. Aku di matrikulasi manakala Suhardy di Politeknik. Niat sekadar berkawan membawa hubungan kami semakin akrab dari sehari demi sehari. Pada Disember 2013, kami mengatur satu perjumpaan di pusat beli belah Kuala Lumpur untuk bertemu buat kali pertama.
Pertemuan pertama kali itu membawa hubungan persahabatan kami semakin akrab. Rasa sayang mula timbul dan terdetik rasa rindu saat kami berjauhan. Perkenalan selama 30 bulan menjentik hati kami untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Ketika umur aku 21 tahun dan Suhardy 22 tahun, kami selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri.
Saudara Menentang
Pertemuan Suhardy dengan keluargaku pada kali pertama agak formal. Setelah berbincang dengan cukup mendalam dan terperinci, ibu bapa aku memutuskan untuk menyatukan aku dengan Suhardy secepat mungkin.
Persetujuan di antara kedua-dua belah keluarga rupanya mencetuskan ketegangan yang tidak disangka. Ini kerana ada saudara-mara terdekat aku yang tidak bersetuju di atas perkahwinan aku dengan Suhardy. Mereka bimbang aku tidak dapat memberikan perhatian dalam pembelajaran sejurus aku berkahwin kelak.
Ads
Mereka mencadangkan agar kami menangguhkan perkahwinan ini. Disebabkan kedua orang tua aku sudah bersetuju serta yakin aku mampu bergelar isteri dan pelajar yang baik, perkahwinan kami diteruskan jua. Keluarga Suhardy juga merasakan perkara yang sama dan yakin bahawa Suhardy dapat menjadi suami yang bertanggungjawab walaupun usia kami masih muda.
Banyak Kelebihan
Aku bangga bergelar isteri pada usia muda, begitu juga Suhardy. Perkahwinan kami membuatkan kami matang dalam menguruskan kehidupan. Menjadi isteri dan ibu pada usia yang muda membuatkan aku rasa lebih bertanggungjawab kepada keluarga. Malah pemikiran kami juga lebih dewasa dan terbuka.
Isu kahwin muda dipandang negatif oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Ramai yang menganggap berkahwin muda merupakan sesuatu perkara yang tidak wajar. Sedangkan jodoh dan ajal manusia itu telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Jadi, usia bukanlah ukuran kepada sesebuah kebahagiaan dalam perkahwinan.
Ads
Pilihlah pasangan yang tepat dan memahami anda dan keluarga. Sentiasalah mengutamakan keluarga terlebih dahulu dalam memilih pasangan agar perkahwinan berkekalan dan diberkati. Restu keluarga amat penting dan paling utama, tanya pada diri anda, adakah anda yakin dan mampu untuk menjadi isteri dan suami terbaik di usia yang muda. Pastikan juga anda mampu menggalas tanggungjawab.
WALAUPUN PERKAHWINAN NAMPAK INDAH, NAMUN DI SEBALIK PERKAHWINAN ITU BANYAK ONAK DAN DURI YANG PERLU DIHADAPI. PERSIAPAN TENTANG ILMU AGAMA, KEWANGAN DAN MENTAL AMAT PENTING SEBELUM BERGELAR PASANGAN SUAMI ISTERI. RASA CINTA, JUJUR DAN SABAR MERUPAKAN ANTARA SIFAT YANG HARUS DISEMAI DALAM DIRI UNTUK MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA.
Foto : Koleksi Peribadi Fatin & Suhardy
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah berkahwin dan jadi suami orang, anda kena jaga hati pasangan. Cuba buat cara macam sudah beristeri, bukannya macam bujang dulu. Bebas melawak dan bergurau dengan orang luar.
Batas pergaulan dengan wanita lain harus dijaga. Tiada istilah suka-suka, bukan betul-betul kerana ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri.
Susah nak berdebat, nak lagi faham jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Jaga Hati Pasangan
“Ala, suka-suka jer… bukan betul-betul pun.”
Bila isteri tanya kenapa banyak komen dekat sosial media perempuan lain, siap emoji-emoji bagai.
Jawapannya, “Ala, suka-suka je…”
Elakkan Komen Mesra di Media Sosial
Nowadays, memang kita orang lelaki ini suka-suka saja komen dekat media sosial perempuan lain?
Kalau isteri sendiri tag ilmu, tak adanya nak baca. Kalau isteri sendiri tag information apa-apa, tak adanya nak tengok. Bila kandungan posting itu panjang, terus komen, “Lukis boleh tak?”
Tapi kalau bukan isteri yang post, benda tak lawak pun jadi lawak.
Kalau bukan isteri yang post, benda tak minat pun jadi minat. Tengok orang korek telaga pun jadi seronok, boleh tengok sampai habis data. Interested gila. Sebab orang lain post, perempuan pulak tu.
Nak-nak yang single mingle, lawa… Comfirm “See First”…
Pantang awek tu update apa-apa, cepat saja komennya, cepat je like-nya. Awek itu ada masalah, cepat saja bagi nasihat, pendapat dan pandangan.
Tapi masalah dekat rumah, dia tak nak ambil tahu. Dia tak peduli.
Isteri nampak, isteri tegur.
“Suka-suka pun tak boleh? Nak abang buat betul-betul?”
Itu sajalah ugutan orang lelaki. Tak kena dekat batang hidung kau bang, bolehlah main ugut-ugut ini.
Isteri kau tiru buat macam itu, harap-harap kau bolehlah terima alasan “suka-suka” macam yang kau bagi itu.
Pergaulan Kena Jaga
Sudah kahwin, buat cara macam sudah beristeri. Pergaulan kena jaga walaupun di alam maya. Apa yang kita buat itu, kalau isteri tak nampak pun, orang lain nampak. Lambat-laun, sampai juga dekat pengetahuan isteri.
Nak isteri terima dengan berlapang dada dan terbuka serta bersangka baik akan perangai sebegini?
Mustahil, suka-suka bukanlah boleh digunakan sebagai alasan untuk membenarkan perbuatan tersebut. Isteri mesti terasa bila mana orang yang dia sayang, “bermesra” dengan orang lain. Terang-terangan dalam sosial media pula.
Fikir logik pun sudah tahu jawapan baik atau buruk, salah atau tak salah perbuatan itu. Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut lagi.
Sedihnya lihat suami kerja siang malam, isteri pula tak mampu nak bekerja sebab menjaga anak di rumah. Jagi apa yang boleh membantu anda berdua untuk hidup lebih selesa dan b bahagia. Berniaga, ini sahaja cara yang boleh mengubah nasib anda berdua. Begitu juga apabila ada orang kata mereka tidak memulakan bisnes kerana tidak banyak wang. Banyak cara boleh buat bisnes tanpa menggunakan wang yang banyak.
Bagaimana?
1. Mulakan secara separuh masa
Usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Mulakan dulu bisnes sewaktu bekerja. Untuk “set-up” bisnes, tak perlu berhenti kerja sepenuh masa. Gunakan waktu malam atau rehat untuk buat bisnes. Sewaktu bekerja, anda tidak tertekan. Anda boleh gunakan waktu ini untuk berfikir dan merancang
2. Mulakan bisnes dari rumah
Ramai orang memulakan bisnes dari rumah, dan apabila bisnes berkembang barulah berpindah ke ofis. Usah terikut-ikut dengan orang lain yang ghairah mempunyai pejabat besar pada awal bisnes. Hari ini, ramai orang menjadikan “Starbuck” atau “Coffee Beans” sebagai pejabat.
3. Sewa peralatan, usah beli
Usah beli lori, sewa lori. Kos membeli sebuah lori boleh mencecah RM100,000. Lori yang sama boleh disewa dengan RM7,000 sebulan. Selepas beberapa bulan dan bisnes mula berkembang, barulah beli lori. Ketika itu kita sudah ada wang tunai yang lebih banyak berbanding tatkala mula berbisnes.
4. Beli barangan terpakai
Siapa kata nak mula bisnes mesti beli barangan baru. Meja dan kerusi terpakai jauh lebih murah dari perabot baru. Begitu juga laptop terpakai sudah cukup memenuhi keperluan bisnes kita pada peringkat permulaan.
5. Ikat perut
Sebahagian besar usahawan berjaya, ikat perut pada peringkat awal bisnes. Usah berlagak seperti jutawan belanja orang sana-sini. Sekiranya berjumpa orang di kedai makan, biarkan dia bayar. Berhenti makan di coffee house hotel lima bintang atau restoran mewah. Cukup makan di gerai dan nasi bungkus saja. Makanan ini bukan saja sedap, tetapi murah – sesuai dengan bajet kita.
6. Berniaga pada bulan Ramadan
Orang mempunyai nafsu membeli yang tinggi pada bulan Ramadan. Berniaga pada bulan ini. Selain berniaga di bazar Ramadan, boleh juga berniaga pakaian atau kuih raya. Kumpulkan keuntungan pada bulan Ramadan untuk buka bisnes lain selepas raya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Duduk sembumbung tetapi masing-masing buat sendiri sampai rasa cinta semakin hilang dan pudar. Ini bahaya!
Jika dibiarkan, cara ini akan buat suami isteri tidak lagi saling memerlukan. Akan timbul rasa lebih baik hidup sendiri. Nak lagi faham situasi ini, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Duduk Sebumbung Tapi Masing-masing Buat Hal Sendiri
Bila kita dah tak lagi bergurau senda dengan pasangan, tidak lagi bergelak ketawa dengan pasangan, semakin kurang bermanja dengan pasangan, langsung tak bercerita bertukar pandangan dengan pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka disaat itulah SERI di dalam rumah tangga kita sebenarnya dah HILANG.
Kau kau, aku aku… kau dengan cara kau, aku dengan hal aku. Masing-masing ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung. Masing-masing bawa hal sendiri walaupun tidur sekatil. Komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dalam rumah tangga yang sudah hilang serinya. Seri dalam rumah tangga tu apa?
Usik-mengusik Kena Ada
Kemanisan berumah tangga adalah isi rumah penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa. Isteri manja dengan suami, suami melayan karenah isteri. Usik mengusik sesama suami isteri.
Beratnya tanggung jawab dan banyaknya kewajipan tidak akan menghalang kita untuk menjadikan rumah tangga kita itu BERSERI-SERI.
Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan banyaknya bebanan yang akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang. Ada yang mungkin kata, sebelum kahwin tak apa lah nak buat semua tu, bila dah kawin mesti lain. Sebenarnya, kita perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika tak dapat lagi dan sebelum kawin sahaja.
Nature hidup berpasangan memang perlu ada rasa antara kita dan dia. Kalau tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa. Check balik, adakah rumah tangga kita masih ada SERI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!