Kredit: Faridism Production

Dalam memilih pasangan, kadangkala orang di sekeliling kita akan memberi pendapat tentang pasangan kita. Jika anda sedang alami situasi ini, hati-hatilah.

Ketahuilah bahawa anda yang akan jalani hidup bersamanya. Maka, jangan terlalu mengambil pusing tentang komen orang lain. Jangan sampai anda tersalah memilih pasangan hanya kerana kata-kata orang, sedangkan anda tidak memerlukannya.

Kerana orang lain hanya akan melihat hasilnya, mereka tidak peduli tentang berapa besar pengorbanan dan perjuanganmu bersamanya. Mereka hanya tahu menilai.

Jangan Tersalah Pilih Pasangan Hanya Kerana ‘Kata-Kata’ Orang, Bukan Mereka Yang Akan Hidup Bersama

Ads

Oleh itu, pilihlah si dia jika dia mampu menjalani kehidupan yang sukar bersamamu, yang selalu ada bersamamu ketika susah atau pun senang.

Ingatlah, jika dia sudah cukup baik pada anda tidak kira dari segi agama, ilmu dan akhlaknya, jangan pernah menolaknya hanya kerana dia kurang tampan atau kurang cantik menurut pandangan orang lain.

Ads

Sesungguhnya, kecantikan fizikal hanyalah penyedap mata untuk sesaat, tetapi kebaikan hati, agama, akhlak dan berilmu akan selalu menjadi penghibur hati anda pada setiap saat.

Ads

Jangan Tersalah Pilih Pasangan Hanya Kerana ‘Kata-Kata’ Orang, Bukan Mereka Yang Akan Hidup Bersama

Yang penting, berhentilah daripada menganggap bahawa penilaian orang lain adalah yang paling utama. Tidak mengapa jika orang sekeliling mengeluh kerana anda memilihnya hanya kerana mereka kurang sempurna secara fizikal, asalkan anda tahu bahawa anda mampu bahagia jika hidup bersamanya.

Ingat ya, pilihlah si dia yang baik menurut pandanganmu, bukan menurut orang lain. Tetapi, anda juga perlu perhatikan ciri-ciri pasanganmu itu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI