Seorang anak lelaki sememangnya mempunyai tanggung jawab yang lebih terhadap ibu bapa dan keluarga berbanding anak perempuan. Tanggung jawab tersebut akan berterusan dan sentiasa ada walau pun anak lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Hari ini kami akan berkongsi kepada anda tentang tanggung jawab anak lelaki kepada ibu bapa dari sudut pandangan islam.

Janganlah Lepas Tangan, Tanggungjawab Anak Lelaki Sebelum Dan Selepas Kahwin Sama Beratnya

 

1. Tidak mengutamakan isteri berbanding ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang sudah tua atau sakit

Selepas mempunyai isteri dan keluarga sendiri, semestinya seorang anak lelaki akan lebih banyak meluangkan masa dan memberikan tumpuan kepada isteri tercinta. Namun jangan sesekali lupa kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang. Di antara tanggung jawab seorang anak lelaki ialah untuk tidak melebihkan isteri daripada kedua ibu bapa, terutamanya jika mereka sudah tua dan sakit.

2. Berbakti kepada ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka

Semua pastinya bersetuju bahawa kedua ibu bapa merupakan manusia yang paling banyak berjasa dan berbakti dalam hidup kita. Sebagai seorang anak lelaki, adalah menjadi tanggung jawab anda berbakti kepada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk mereka. Sesuai dengan firman Allah dalam ayat yang berikut:

IKLAN

Dan seorang yang berbakti kepada kedua orangtuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka.” (Surah Maryam: 14)

Janganlah Lepas Tangan, Tanggungjawab Anak Lelaki Sebelum Dan Selepas Kahwin Sama Beratnya

3. Menyanyangi ibu bapa dengan sepenuh hati

Sebagai seorang anak, seharusnya anda menyayangi kedua ibu bapa anda dengan sepenuh hati sebagai balasan kepada jasa mereka membesarkan anda dengan penuh kasih sayang sepertimana yang diwahyukan kepada Rasulullah:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’” (Surah Al Israa: 24)

Janganlah Lepas Tangan, Tanggungjawab Anak Lelaki Sebelum Dan Selepas Kahwin Sama Beratnya

4. Menjaga ibu bapa yang sakit dan sudah uzur

Tanggung jawab anak lelaki kepada kedua ibu bapa dari sudut pandangan islam yang seterusnya ialah menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur akibat usia tua. Jika sewaktu anda kecil, mereka berdualah yang menjaga anda dengan penuh kasih sayang, kini tiba masanya untuk anda menjaga mereka di saat mereka tidak lagi berdaya untuk menjaga diri sendiri. Seperti firman Allah dalam ayat berikut:

IKLAN

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kau akan kembali.” (Surah Luqman: 14)

5. Memberikan bantuan kewangan kepada ibu bapa yang memerlukan

Ada masanya, ibu bapa anda mengalami kesempitan hidup dan memerlukan bantuan kewangan. Sebagai anak lelaki mereka, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk menghulurkan bantuan kewangan mengikut kemampuan.

Diriwayatkan bahawa Aisyah Radhiyallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah, “Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?” Rasulullah menjawab, Suaminya.” (apabila sudah menikah). Aisyah bertanya lagi, “Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?” Rasulullah menjawab, Ibunya.” (Hadith Riwayat Muslim)

6. Selalu melawat ibu bapa yang kerinduan

Ibu bapa yang tua pastinya sentiasa merindukan kehadiran anak cucunya. Jangan lupa untuk meluangkan masa melawat mereka. Pastinya kedua ibu bapa anda akan berasa sangat bahagia dan terhibur menerima kedatangan anda sekeluarga.

IKLAN

Janganlah Lepas Tangan, Tanggungjawab Anak Lelaki Sebelum Dan Selepas Kahwin Sama Beratnya

7. Sentiasa mendoakan ibu bapa

Sebagai seorang anak lelaki, adalah menjadi tanggung jawab anda untuk sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anda. Malah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini, anda perlu terus mendoakan mereka, dan melakukan ibadah seperti solat, puasa, haji, dan sedekah dan diniatkan atas nama ibu bapa anda. Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan impian setiap yang bergelar ibu bapa.

8. Mengambil berat tentang ibu bapa

Kami faham, anda sibuk dengan urusan seharian, berusaha untuk menyeimbangkan di antara kerjaya dan keluarga. Namun jangan sesekali terlupa untuk mengambil berat tentang ibu bapa anda yang semakin tua dimamah usia. Kedua ibu bapa anda pasti akan berasa gembira setiap kali anda bertanya khabar dan menunjukkan yang anda ambil berat tentang mereka.

9. Menjaga perasaan kedua ibu bapa

Apabila ibu bapa anda semakin tua, secara automatik mereka juga akan menjadi semakin sensitif. Adalah menjadi tanggung jawab anda sebagai anak lelaki untuk menjaga perasaan kedua ibu bapa. Elakkan daripada melukakan hati mereka baik dari segi tutur kata mahu pun perbuatan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI