Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti. Perkongsian tersebut telah berjaya mencuri perhatian warga maya. Ini kerana Jep bersikap sangat ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej. Selepas itu barulah dia berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
“Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
“Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia. Jep kelihatan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.”
Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Ads
Bagaimanapun Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Berikut perkongsian penuh Jep diTikTok:
Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia.
Kepada korang yang memiliki bibir kering, amat penting untuk korang menggunakan lipstik yang sesuai bagi mengelakkan bibir menjadi lebih kering. Pemilihan jenis lipstik yang tepat mampu menjadikan bibir lembap.
Ramai yang mengalami masalah bibir kering dan mengelupas kerana kurangnya pengambilan air. Lebih parah jika keadaan mengelupas itu turut disusuli dengan bibir berdarah dan luka.
Jika korang terdedah kepada keadaan ekstrem sama ada cuaca terlalu sejuk, panas atau kering, kulit pada bahagian bibir akan terlebih dahulu merekah atau mengelupas. Keadaan ini pasti membuatkan korang tidak selesa.
LIPSTIK UNTUK BIBIR KERING
Berikut dikongsikan jenis-jenis lipstik yang sesuai buat korang yang memiliki bibir kering. Lipstik-lipstik ini meskipun jenis matte, bibir korang tidak akan rasa kering sebab liptik ini memberi kelembapan pada bibir. Teksturnya juga sangat ringan, selesa dan tak melekit. Warna-warna lipstik pun semua cantik-cantik belaka.
LOREAL ROUGE
MAYBELLINE SUPERSTAY VINYL
MAYBELLINE THE CREAMY MATTES
SILKYGIRL MATTE LIP CREAM
WARDAH COLORFIT
IN2IT LIQUIDS LIPS (MATTE LIPS DUO LIPSTICK)
MAYBELLINE ULTIMATTE
Buat bakal-bakal mempelai, pastikan bibir korang sihat menjelang hari bahagia. Jika tidak, sapuan lipstik pada bibir jadi tidak sekata. Tentu korang inginkan bibir yang mungil dan sihat kala bersanding di pentas pelamin bersama suami tercinta bukan.
Perkahwinan merupakan dunia baru bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dari hari pertama bernikah, korang mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran.
Namun apabila tinggal bersama, pasangan pengantin berpeluang mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru.
Tidak dapat dinafikan, terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru. Antara faktor yang kerap dihadapi ialah masalah kewangan. Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
3. Menjaga ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Kalau nak pikat suami tersayang, sesekali isteri kena ubah suasana bilik. Jangan pandang remeh, ini pun salah satu cara buat pasangan rasa tenang dan rasa relaks bila balik rumah untuk berehat.
Jadi kalau anda nak dapatkan bilik tidur yang cantik, boleh guna idea yang dikongsikan Puan Nur Diyana ini.
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Warna sama 10 tahun
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Beza kan lepas ubah suai!
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Siap ada ruang menonton ya!
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil dah berusia 20 tahun
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Ada tempat khas untuk solat
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Tak guna almari, pakai rak saja
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Tak beli barang mahal
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Wainscoting buat sendiri
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Total bajet lebih kurang RM600
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!