Hubungan

Jika Ada Kekurangan Pada Pasanganmu, Ingatlah Bahawa Dia Bukan Makhluk Yang Sempurna

Share

Ingatlah, tiada seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini. Sesempurna mana pun pasangan kita, dia pasti akan ada kekurangan kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Sama juga seperti kita, manusia yang memiliki kekurangan dalam diri.

Biar apa pun kekurangan pasangan kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan pernah mengeluh dan mengadu kepada orang lain kerana ia merupakan aib yang perlu dijaga. Anda diibaratkan seperti pakaian kepada pasangan di mana ia berfungsi untuk menutup dan melindungi diri.

Kredit: Karma X Production

Jangan biar ego menguasai diri. Terima sahaja dengan hati yang terbuka. Lembutkan hati ketika anda bersamanya dan bersyukurlah kerana ada yang menyayangi anda. Bila kita ikhalas menerima segala kelebihan dan kekurangannya, maka dia pun akan melakukan hal yang sama pada anda. Anda juga tidak sempurna kan?

Hubungan yang kuat tercipta ketika kedua-duanya mampu untuk saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tidak mudah untuk mencari pasangan yang menerima kita seadanya. Ada yang berharap kita akan berubah. Ya, boleh untuk berubah tetapi berubahlah kerana diri sendiri dan jangan berubah kerana orang lain. Kerana dikhuatiri perubahan itu tidak akan kekal lama.

Kesimpulannya, hargailah pasangan anda dan terima segalanya tentang dia. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana tidak semestinya kesempurnaan itu  yang terbaik untuk anda. Boleh jadi kekurangannya itu yang buat hubungan kalian bertahan. Teruslah mencintai antara satu sama lain.

 

IKLAN