Apa akan jadi jika hubungan yang sudah dijalin bertahun-tahun dengan si dia akhirnya terhalang kerana restu orang tua yang belum diterima? Perlu diingatkan jika anda mahukan hubungan yang berterusan, restu daripada kedua ibu bapa menjadi keutamaan. Tiada keberkatan sesebuah hubungan jika pasangan bersikap mementingkan diri sendiri kerana kelak akan merugikan.

Be rational dan lakukan yang terbaik untuk memenangi hati orang tua anda. Kamu juga merasakan sakit yang sama ketika masa mengenalkan dia kepada orang tuamu. Secara halus dan kata-kata yang berhemah, orang tuamu menolak untuk merestui hubungan ini.

Sakitnya tak tertahan kan! Anda jangan panik dan jadi bingung. Apa kata cuba usahakan langkah ini. Apa jua usaha anda, lakukan dengan penuh kesabaran dan jangan mudah mengalah. Good luck!

1. SEBAIKNYA LIHAT DIRI ANDA DAHULU, MANA TAHU ADA SIKAP ATAU PENAMPILAN YANG PERLU DIUBAH

Ada baiknya semua keputusan dari orang tua difikirkan dengan bijak. Jangan semata-mata kerana tidak  direstui, anda menjadi emosi. Mungkin ada kebenarannya, ada beberapa hal yang harus diperbaiki. Dari penampilan sampai sikap,  ubah sikap anda sesuai dengan apa kehendak orang tua. Dengan ini semoga cepat mendapat restu dari mereka.

IKLAN

2. JANGAN BOSAN UNTUK BERUSAHA MENGENALKAN PASANGAN ANDA KEPADA ORANG TUA. TAK KENAL MAKA TAK CINTA!

Tak kenal maka tak cinta, pepatah itu mungkin masih sesuai menggambarkan romantis hubungan orang tua dan calon menantu. Untuk itu, kamu harus berusaha lebih untuk mengenalkan pilihanmu itu kepada orang tua. Jangan sampai kebaikan pasanganmu diabaikan kerana anda lupa memberitahukannya kepada orang tua. Orang tua pun perlu tahu prestasi atau kehebatan calon menantunya.

3. Buktikan anda & pasangan sudah biasa berdikari tanpa bantuan orang tua, biar ada pertimbangan lain untuk memberi restu
Orang tua mendidik anaknya agar mampu berdikari hidup nanti. Bayangkan kalau anda dan pasangan sudah biasa hidup berdikari sejak menjalinkan hubungan. Mungkin masing-masing ada membuat bisnes sampingan. Kebarangkalian anda dan pasangan akan cepat direstui, bahkan mungkin disuruh menikah. kecuali ada faktor yang lain, yang membuat orang tua tetap sukar memberikan restunya. Terus bersemangat ye!.

IKLAN

4. Kalau orang tua sangsi dengan kewangan pasangan, ada baiknya anda beri semangat kepada pasangan untuk tekun menggapai karier
Kalau dia sudah stabil  dan punya kewangan yang meyakinkan untuk hidup berdua, tentu saja restu pasti datang dengan segera. Orang tua menilai pasti bukan hanya perkara saling sayangnya kalian, tapi apakah anda dan dia sudah siap untuk menghadapi realiti kehidupan berumahtangga. Orang tua pasti takut hubungan yang tidak produktif malah mengabaikan karier dan merosakkan masa depan anaknya.

IKLAN

5. Tanyakan secara langsung kepada orang tua, alasan apa yang membuatkan mereka sukar merestui
Jangan berdiam diri merenungi nasib yang tidak pasti. Anda dan pasangan perlu telus dengan bertanyakan secara berdepan dengan orang tua  tentang alasan mereka menolak untuk merestui kalian. Hal ini sangat penting, siapa tahu dengan ini kalian menemui solusi yang tepat. Siapa tahu juga alasan yang diungkapkan orang tua tidak berasas, kalau begini anda hanya perlu memastikan kepada mereka bahawa pilihanmu tepat, walau cuma berhubungan.

6. Mungkin belum waktunya anda mendapat restu, ada baiknya fokus dalam memperkasakan diri dan raih kejayaan sementara usia muda
Anda berdua mungkin belum direstui kerana orang tua kalian tidak mahu anda berdua  terjebak dalam situasi percintaan dramatik selagi masih muda. Kalau alasannya benar begitu, anda dan dia lebih baik lakukan hal positif untuk meraih cita-cita. Masa muda hanya datang sekali seumur hidup, manfaatkan dengan baik, menabung untuk hari depan bersama pasangan. Restu orang tua pasti menyambut kalian nantinya.

Andai cara di atas tidak mampu menawan hati orang tua untuk merestui kalian,  fikirkan baik-baik, anda punya hak untuk memilih pasangan, biar Allah merestui hingga kalian akhirnya berjodoh. Berikan pengertian kepada orang tua bahawa kamu punya pilihan yang membuat anda bahagia, ini bukan bermaksud melawan orang tua tetapi memang perihal jodoh harus anda perjuangkan dengan sebaiknya.