Kaum hawa secara fitrahnya berjiwa lemah lembut dan menjadi penyejuk hati para suami. Namun ada ketika boleh menjadi seorang yang degil, garang dan keras kepala.
Bila keadaan ini berlaku, kebijaksanaan suami dalam menangani sityuasi ini amatlah penting bagi bagi memastikan rumahtangga yang dibina kekal dalam keadaan harmoni dan bahagia.
1. Mengaku Salah
Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan lagi keadaan. Mengaku salah sahaja walaupun kita rasa kita betul adalah yang terbaik. Perempuan ni mesti nak menang !! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.
Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yang kita rasa kecil tapi sentiasa besar di hati mereka. Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini adalah sangat tidak relavan.
2. Sabar
Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sangat baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah. Sekarang, kalau bergaduh saya masih kena mengalah tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang. Tapi kalau berperang sekejap sahaja.
Selalunyanya perempuan akan mula tenang. Yang saya selalu pesan kepada dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis dalam doa.
Ads
3. Saling Bermaafan
Bila dalam keadaan tenang, wanita tegas pun akan menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.
Waktu ini, suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf.
4. Hadiahkan Sesuatu
Alhamdulillah, its work every time dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa sahaja yang kita rasa mampu. Mitos ‘perempuan merajuk sebab mahu dipujuk’ itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiahkan dia makanan pun dah seronok. Beli ikut kemampuan diri.
5. Ingat Pergorbanan Isteri
Ads
Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang isteri dah buat selama ini. Betapa dia berkorban dari mula berkenalan, kami kahwin kektika masih muda remaja. Dia seorang yang aggresive, popular, suka shopping, trendy dan gila makeup.
Tapi lepas berkahwin, dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang. kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia kalau saya berada ditempatnya.
Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, tak ada kawan-kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan-kawan saya seadanya dalam hidup dia, saya rasa tidak lawayk untuk saya kecewakan perasaan dia.
6. Banyak Mengalah
Sebab itu, saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga, dia bertahan. Jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan. Lama-kelamaan bila dah biasa dengan hidup, baru saya nampak dia lebih tenang.
Dengan pengorbanan mereka, adakah para suami sanggup menyakiti hati isteri walaupun sikit?
Ads
Sumber : Fahmi Razali
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana nak tahu lelaki berstatu suami orang kalau dia tak cakap, jadi orang perempuan memang kena teliti dan semak betul-betul sebelum jalinkan hubungan lebih serius dengan seseorang.
Nurhayati Tahir Pernah Kenal Lelaki Status Suami Orang
Begitu juga dengan nasib personaliti media sosial, Nurhayati Tahir yang enggan menjalinkan hubungan cinta kerana masih trauma dengan kisah lalu.
Nurhayati atau Nurhayati Tahir, 33, berkata dia pernah ditipu oleh seorang lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Pengalaman mengenali orang yang salah membuatkan saya serik juga sebenarnya.
“Salah satu yang membuatkan saya ada trust issue berkaitan perhubungan ini sebab saya pernah kenal dengan seseorang yang berstatus suami orang dan saya tidak mengetahuinya,” katanya.
Tak Nak Dicop Perosak Rumah Tangga
Tidak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga, Nurhayati mengambil langkah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Sememangnya saya tidak suka, sebab saya sebagai perempuan saya tahu perasaan sakit itu bila dikhianati, ditipu, dan prinsip saya sendiri, saya tak akan sakitkan hati perempuan lain demi mengejar cinta seorang lelaki,” ujarnya.
Sebaiknya begitulah, elakkan daripada berkawan dengan lelaki berstatus suami orang sejak dari awal. Nak kata jodoh pun, benda boleh tolak. Jadi sebelum pergi lebih jauh, berfikirlah secara waras dan pandang masa depan yang bakal berlaku pada kehidupan kita.
Moga kita yang masih mencari jodoh dapat membuat pilihan terbaik untuk berkongsi hidup dengan seseorang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebulan hilang 9kg. Tengok warna dia pon dah mengancam kan. Siapa-siapa yang berhasrat ingin menurunkan berat badan atau menjaga pemakanan. Makanan diet ringan ini sangat sesuai untuk anda. Malah, anda juga boleh mengamalkannya untuk waktu sarapan dan makan malam.
Sebenarnya ini lah menu paling mudah, ringkas, dan cepat anda boleh amalkan. Ia juga menyihatkan. Jom kita lihat cara buat dan menyediakannya. Selamat mencuba!
Oat 6 sudu bsr
Yogurt origenal 1@2 sudu bsr
Buah ( bole pelbagaikan)
Susu segar(low fat/full cream)
Madu 1sudu bsr
Setelah selesai. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6jam. Ia memang lebih enak jika dimakan sejuk.
Kredit: Ros Amira Mamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hadiah perlu dibeli. Bajet pula tak cukup. Kalau beli jugak nanti pokai lah aku!” Keluah seorang jejaka yang bakal menyambut hari jadi kekasihnya pada pertengahan bulan ini.
Situasi di atas sering berlaku dalam kehidupan pasangan yang asyik bercinta. Membeli cenderamata atau hadiah buat yang tersayang antara pemberian bermakna pengikat kasih sayang. Jika ada bajetnya mungkin tidak menjadi hal namun berlaku sebaliknya perlu ada langkah awal yang harus diambil. Maksudnya sasaran kewangan yang digunakan itu biarlah berpada-pada. Ini untuk memastikan anda tidak pokai dan kekasih pula tidak lari!
Merancang Lebih Awal
Ingat akan tarikh-tarikh penting itu perlu! Terutama yang berkaitan hari jadi atau ulang tahun ikatan percintaan. Ini penting untuk anda membuat belanjawan lebih awal. 6 bulan merupakan tempoh terbaik anda mula menyimpan jika mahu memberikan hadiah istimewa kepada si dia. Setidak-tidaknya anda boleh mengetepikan dahulu kehendak diri dan memberi laluan untuk kekasih.
Sasarkan Tujuan
Sasarkan apa yang anda ingin beli untuk kekasih. Mungkin telefon bimbit, jam atau tas tangan. Buat rangkaan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Lakukan tinjauan di beberapa butik atau kedai untuk ketahui harganya. Selepas itu anda sudah mula menyimpan.
Disiplin
Dalam tempoh menyimpan jangan sesekali anda mengeluarkan wang itu untuk kegunaan sendiri. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan terhadap keseluruhan perbelanjaan dalam bulan itu. Pastikan anda telah menetapkan peruntukan lain untuk membayar ansuran kereta atau sewa rumah. Disiplin amat penting dalam misi untuk kekasih ini.
Dating Sederhana
Dalam tempoh menyimpan itu anda juga akan keluar dating. Ketika ini anda perlu bijak menghadkan kos keraian. Mungkin anda boleh mengurangkan menonton wayang atau makan di tempat kurang eksklusif sebagai opsyen. Perlu diingat anda ada satu misi yang lebih penting, jadi utamakan tujuan itu. Anda perlu sasar dan rancang lokasi yang lebih bermakna untuk menyambut hari kelahiran atau ulang tahun sang kekasih kelak.
Perubahan Ikut Kesesuaian
Sebagai contoh 3 bulan sebelum hari jadi kekasih, ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah anda boleh lihat apa yang si dia berkenan di hati. Ketika anda sudah menetapkan telefon bimbit dengan harga tertentu sebagai pilihan, mungkin kekasih hati lebih terpikat akan tas tangan jenama terkenal. Dalam situasi ini anda tidak digalakkan untuk membeli keduanya tetapi lebih bijak pilih hanya satu. Lihat kembali bajet yang anda ada itu perlu ditambah atau masih lagi sesuai mengikut keadaan semasa.
Jangan Meminjam!
Jangan sesekali meminjam dari mana-mana pihak jika anda tidak cukup dana membeli hadiah atau keluar untuk tujuan dating. Ini bukan sahaja menambahkan hutang dan sudah pasti anda juga akan dipandang sinis oleh rakan-rakan.
Elakkan Kad Kredit!
Adalah tidak digalakkan sama sekali jika anda mahu membeli suatu perkara yang bukan kepentingan utama menggunakan kad kredit. Melainkan jika anda mampu membayar semula sebanyak mana anda gunakan pada setiap hujung bulan, mungkin tidak menjadi masalah. Kad kredit boleh mengakibatkan anda muflis dengan penggunaan yang tidak terkawal. Sebaiknya kos yang berkaitan keraian ini dibuat secara tunai atau debit kad.
Jangan Tunggak Bayar Utiliti
Menyimpan wang untuk hadiah kekasih bukan alasan untuk tidak membayar segala bil-bil elektrik, air, kereta dan telefon. Oleh sebab itu segala rangkaan perbelanjaan dan bajet telah dibuat dari awal lagi. Jangan menangguhkan segala bayaran kerana ini akan memberi kesan kewangan jangka masa panjang untuk anda.
Sekadar Simpanan Jangka Masa Pendek
Perlu diingatkan sekali lagi, segala yang anda sasarkan seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya merupakan simpanan jangka masa pendek anda untuk mencapai sesuatu tujuan. Jangan lupa membuat tabungan untuk jangka masa panjang seperti perkahwinan, membeli rumah dan lain-lain lagi.
Ukur Baju Badan Sendiri
Walau apa sekalipun tujuan anda adalah lebih penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Lihat kedudukan kewangan anda sebelum putuskan untuk membeli sesuatu barangan. Kebiasannya material tidak boleh menjamin cinta yang akan kekal buat selamanya. Hati dan perasaan anda terhadap kekasih lebih penting dari sekadar sebuah hadiah hari lahir semata-mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!