Aktiviti memblender memang cukup sering dilakukan oleh kebanyakan orang semasa memasak di dapur. Bukan itu sahaja, banyak jenis buah-buahan dan sayuran yang diblender untuk dijadikan jus dalam memenuhi keperluan tubuh.
Rupanya Ada Cara Mudah Untuk Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul, Tak Payah Beli Yang Baru…
Bahan-bahan ini digunakan sebagai minuman untuk kesihatan tubuh, mahupun ramuan semulajadi sebagai rawatan kecantikan. Sehingga dalam mengolahnya pun juga tak lepas dari alat blender untuk menghaluskan semua bahan semulajadi tersebut. Bahkan kegunaan blender tidak berhenti di situ saja, banyak jenis makanan yang boleh diproses menggunakan blender termasuklah aneka rempah-rempah pun juga menjadi salah satu bahan popular yang tidak lepas dari blender dalam melembutkannya.
Namun apabila blender sering digunakan, maka masalah yang tak boleh dielakkan iaitu mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Akhirnya aneka bahan yang dimasukkan ke dalam blender pun tak boleh dihaluskan secara maksima.
Ads
Namun perlu anda tahu, bahawa untuk mengasah mata pisau pada blender ini juga tidak sama dengan mengasah pisau dapur. Kerana dilihat dari segi bentuk pisau blender yang lebih kecil, hal tersebut tentu membuat anda merasa sukar untuk mengasahnya bukan..?
Anda pun tak perlu risau, meskipun mata pisau blender cukup kecil, ternyata ada cara mudah dan sederhana untuk mempertajamnya kembali. Dengan begitu, blender yang sebelumnya memiliki mata pisau tumpul dapat diasah kembali. Sehingga dapat digunakan untuk menghaluskan aneka bahan dengan maksima.
Ads
Berikut cara yang perlu anda perhatikan untuk mengasah pisau blender :
Untuk mengasah mata pisau blender yang memiliki ukuran kecil dan bersudut kecil, Maka siapkan saja garam kasar atau garam tradisional yang banyak dijual di pasaran.
Ads
Cara menggunakannya :
Kisar saja garam kasar tersebut dalam blender sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Jadi ketajaman pisau blender pun lambat laun akan mula tajam kembali seperti sediakala. Ini kerana terdapatnya kristal garam yang sangat keras, akan mampu membuat pisau pada blender semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan blender. Sehingga sekarang cara ini memang cukup mudah untuk diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.
Hasilnya, tingkat ketajaman pisau blender akan boleh terjaga dengan baik. Dan anda pun juga boleh menggunakannya untuk menghaluskan semua bahan, tanpa tergendala dengan tumpulnya pisau blender.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan seseorang kita pasti akan mendapat door gift sebagai tanda terima kasih dari pihak pengantin kerana menghadiri majlis mereka. Doorgift biasanya kita boleh lihat dalam bentuk makanan mahupun barang. Mungkin anda boleh cuba doorgift ini sebagai tanda penghargaan anda pada mereka.
Yang Pasti doorgift yang kami tunjukkan ini pasti berguna buat tetamu dan ada juga yang menjimatkan kos anda. Mari kita lihat.
#Macaroons
#Sudu dan garfu
#Kain Sejadah
#Kicap
#Kek Coklat Mini
#Coklat Jar
#Cactus
#Yaasin
#Minyak Wangi
#Madu
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
1. BERLAPANG DADA – Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic. Tekanan itu menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.
2. JANGAN MENCACI – Jangan sekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingat bahawa suami jenis ini hampir menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahnya, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati maka keretakan rumah tangga boleh terjadi dengan mudah.
3. BERI DORONGAN – Cuba dampingi suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. TAMBAH DAYA TARIKAN, JANGAN TAMBAH KEBOSANANNYA – Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang kurang. Ada kalanya akan jadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan pakai dan peralatan kerjanya.
5. JANGAN SUKA MENDESAK – Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.
6. BANTU KERJANYA – Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda berkerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar sama-sama boleh dibantu jika perlu.
7. SILATURRAHIM – Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan ke belum? Makan apa? Di mana? atau apa sahaja mesej yang mesra.
8. AMBIL PELUANG ‘QUALITY TIME’ – Minda lelaki jenis ini sentiasa berputar memikirkan kerjanya. Adakalanya ia kurang berbicara. Jangan cepat melatah dan berputus asa. Jika mulutnya berat, cuba pelbagaikan kaedah berinteraksi atau apa sahaja pendekatan yang boleh ‘menggoda nafsu kelelakiannya’ ketika beliau berada di rumah. Contohnya,
a. Hargai kepulangannya dengan mempersiapkan diri dengan apa sahaja yang dia suka menjelang waktu beliau tiba dari tempat kerja. Sebaiknya hubungi beliau melalui telefon atau apa sahaja untuk mengetahui saat ketibaannya dengan tepat.
b. Beri senyuman paling manis, bergegas membuka pintu dan keluar rumah untuk buka gate sebaik sahaja beliau tiba. Bukakan pintu kereta atau bukakan helmetnya jika perlu. Pastikan kita menyarung pakaian ‘luar’ seperti jubah dan tudung yang lengkap ketika keluar menyambutnya.
c. Salam dan cium tangannya dengan penuh keikhlasan. Tundukkan kepala penuh tertib, bukan dengan mengangkat tangannya ke mulut sedangkan kita kekal tegak berdiri tanpa tunduk.
d. Tolong ambil, bawa masuk dan simpankan dengan cermat apa sahaja barang yang dia bawa bersama seperti beg kerja, pakaian, buah tangan atau apa saja.
e. Jika ‘keadaan mengizinkan’ dakaplah tubuhnya dengan erat, kucup pipi dan mulutnya penuh mesra dan manja. Beri juga peluang beliau untuk saling mencium pipi, kucup mulut, memeluk tubuh, dan ‘bermesra’ dengan tubuh anda semahunya kerana ia halal dan dituntut. Sebaiknya anda mengenakan pakaian paling ‘menjolok mata’ yang boleh beliau lihat dengan rasa ghairah sebaik sahaja anda masuk ke rumah dan melepaskan ‘pakaian luar’ anda.
f. Walaupun beliau kurang berbicara, cuba juga ajak berbual dengan soalan yang tidak merimaskan beliau. Jangan lontarkan soalan ‘bodoh’ yang membosankan fikirannya. Orang begini hanya melayan sesuatu yang berkualiti dan diminati sahaja. Jauhkan adu domba di saat beliau baru pulang dan tidak tenang.
g. Cuba dekati beliau di dalam rumah dengan layanan seperti membukakan stokin, kot, jaket, baju dan menyimpannya dengan baik.
h. Sebaik sahaja beliau duduk, pastikan anda sudah sediakan minuman dan makanan ringan kesukaannya.
i. Tawarkan beliau untuk diurut kaki atau tangan dengan penuh teliti dan kasih sayang sebaik sahaja beliau duduk. Jangan mengurut dengan gaya malas atau acuh tak acuh, sekejap urut sekejap berhenti, terutamanya jika anda mengurut sambil menonton tv. Ini akan membuatkan suami anda merasa bosan dan membenci. Ingat, suami jenis ini amat teliti dan sensitif. Beliau boleh rasa samada anda berlakun dengan fasik atau ikhlas dan bersungguh-sungguh.
j. Tawarkan juga jika beliau ingin mandi bersama bahkan jika beliau inginkan ‘sesuatu’ yang lebih dari itu. Hargai ‘permintaannya’ dengan penuh bangga kerana itu tanda anda sangat ‘berharga’ padanya. Itu juga tanda anda bijak kerana berjaya ‘menggoda’nya sebagai isteri yang berkualiti untuk seorang suami.
k. Jika beliau tidak menjamah makanan atau sedang melakukan kerja, ambil peluang ini untuk anda mendekatinya. Contohnya ambil makanan dan tawarkan untuk menyuapnya dengan manja dan penuh kasih sayang. Jangan pula anda ganggu anggota tubuhnya jika beliau sedang khusyuk melakukan kerja, juga jangan teruskan suapan makanan ketika ia kelihatan sedang khusyuk bekerja seperti menaip dan sebagainya.
l. Selain perhubungan maya, carilah juga jalan apa sahaja untuk mendekatkan diri secara fizikal dengan suami. Contohnya, jika suami bekerja sendiri atau anda bebas hadir ke tempat kerjanya, hantarkan bekalan makanan dan ajak suami makan sama di pejabat atau tempat kerja. Jika ‘keadaan mengizinkan’, anda juga boleh suap beliau ketika sedang berkerja seperti menaip atau sebagainya.
KESIMPULAN
Keretakan rumahtangga sering timbul kerana salah faham yang asyik menimbulkan selisih faham. Sebagai isteri, kitalah yang harus tunduk kepada suami. Cubalah memahami situasi suami anda agar anda mampu bertolak ansur dan bersabar dengan sikap workaholicnya. Jangan paksa suami anda untuk memahami anda sehingga ke tahap bertegang dan menghina peribadi dan kerjayanya.
Perkara yang paling sukar untuk kita ialah bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda ada suami yang workaholic, cuba syukuri kerana di luar sana ada suami yang pemalas dan tidak suka kerja. Bahkan ada suami yang langsung tidak mahu kerja dan asyik meminta wang belanja dari isteri sahaja. Lebih malang lagi ada wanita di luar sana langsung tidak merasa hidup bersuami pun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Manusia yang sentiasa inginkan kesempurnaan daripada sesuatu merupakan orang yang kurang bersyukur.
Kehidupan suami isteri menuntut anda berdua untuk saling menerima pasangan seadanya. Malah hidup anda pasti akan lebih sempurna apabila pasangan saling melengkapi serta mengerti kekurangan dan kelebihan yang anda miliki.
Walaupun berbeza latar belakang, pemikiran, minat dan sebagainya, di situlah terletaknya nikmat dalam rumah tangga. Saat anda bersedia untuk menerima kekurangan pasangan, itulah tanda anda mencintainya.
Dengan belajar menerima kekurangan pasangan, pastinya akan terbina sebuah rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warohmah.
“Cinta mampu menerima kekurangan. Dan cinta ada untuk saling melengkapi kekurangan.”
1. Belajarlah untuk tidak selalu melihat kekurangan pasangan anda, tapi usahakan untuk melihat kekurangan yang ada pada diri anda sendiri. Buatlah semacam catatan tentang diri anda sendiri, anda juga mampu menulis dengan jujur kekurangan yang ada pada diri anda. Dengan begitu anda tidak merasa menjadi diri yang sempurna dan mampu untuk menerima kekurangan pasangan anda.
2. Jika kekurangan yang ada pada diri pasangan anda bersifat merugikan keluarga, cubalah untuk berdiskusi. Katakan keberatan anda terhadap sifat dan tingkah lakunya yang anda rasa tidak benar. Cari solusi yang tepat demi kebaikan bersama.
3. Kekurangan yang ada pada pasangan hendaknya jangan dijadikan bahan untuk merendahkannya. Berikan motivasi yang dapat membangunkan kepercayaan dirinya dan berusaha untuk menutupi kekurangan yang ada.
4. Jangan memendam kekesalan dalam diri jika anda menemui masalah dengan kekurangannya. Akan lebih baik jika anda berterus-terang dan meluahkannya. Cubalah untuk tidak emosi. Jika anda memendam dan mendiamkan hal tersebut, anda akan menjadi antipati dan kemudian ia akan menjadi konflik yang akhirnya mencetuskan pertengkaran.
5. Bersama-sama mencari jalan keluar terhadap kekurangan yang ada pada pasangan. Misalnya, pasangan anda suka tidur mendengkur, anda bawanya berjumpa dengan doktor. Jika harus melakukan terapi, dampingilah pasangan Anda ketika melakukan terapi tersebut. Kehadiran anda akan sangat berguna bagi kesembuhannya.
6. Tutupi kekurangan pasangan anda di hadapan orang lain. Janganlah menambah bebannya dengan cara menceritakan kekurangannya kepada orang lain. Cukup hanya anda yang mengetahuinya, sebab pasangan anda akan semakin rasa rendah diri jika kekurangan yang ada pada dirinya diketahui oleh orang lain.
7. Carilah informasi dan tip untuk mengatasi kekurangan yang ada pada dirinya. Ada banyak informasi yang anda dapat dari pelbagai sumber tentang perkara yang anda anggap sebagai sebuah kekurangan pada pasangan. Kemudian Anda mampu mengikuti langkah-langkah yang diarahkan. Ingatlah bahawa tujuan anda adalah untuk kebaikan bersama.
8. Belajar untuk rasa ikhlas menerima kekurangannya dan cuba mengalah tentang kekurangan yang ada pada dirinya. Tidak ada manusia yang sempurna baik sifat mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu jika ingin membentuk sebuah keluarga sakinah, cubalah untuk belajar dengan ikhlas dan menerima kekurangan yang ada pada diri pasangan anda.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...