Hubungan

Jodoh Itu Bukan Sekadar Pasangan Hidup, Dia Juga Merupakan Pasangan Ibadah!

Share

Mencari pasangan hidup bukan sekadar mencari peneman untuk berjalan-jalan atau sebagai pengisi masa lapang anda. Perlu anda tahu bahawa memilih pasangan hidup merupakan urusan yang penting dan memerlukan tanggungjawab dan kejujuran yang tinggi.

Berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jangan sampai anda tersalah langkah kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan anda di masa hadapan. Namun, semuanya pasti berbaloi jika anda bertemu dengan pasangan yang mampu memberi kebahagiaan seumur hidup.

Lihat Hubungan Dengan Allah

Dalam memilih pasangan, lihatlah hubungan dia dengan Allah. Jika hubungannya dengan Allah baik, maka insyaAllah pasti akhlak dan sikapnya juga baik.

Perlu anda tahu bahawa jodoh itu bukan sekadar pasangan hidup, tetapi dia juga merupakan pasangan ibadahmu. Maka, pastikan anda perhatikan betul-betul bagaimana dia menjaga agamanya.

Ketika anda sudah jatuh cinta, perkara utama yang perlu dilihat adalah bagaimana dengan agamanya? Bagaimana hubungannya dengan Allah? Adakah dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah?

Kenali Dia Melalui Keluarga & Teman-Teman

Jangan kerana sudah jatuh cinta, anda tidak ambil peduli tentang hal-hal ini. Dikhuatiri anda yang akan menyesal di kemudian hari. Jangan mudah terpedaya dengan penampilannya

yang kemas dan kacak sedangkan solatnya entah ke mana.

Selain itu, anda juga boleh tahu sikapnya menerusi keluarga serta teman-temannya. Melalui hubungan dia dengan keluarga dan teman-teman jugalah anda boleh mengetahui sikapnya yang sebenar. Jika dia memang baik orangnya, tentu orang-orang yang terdekat akan menilainya dengan baik juga.

Apa yang ingin ditekankan di sini, jangan sampai anda tersalah memilih pasangan kerana anda akan hidup dengan mereka seumur hidup. Pasti anda akan menyesal di kemudian hari. Dan ingatlah, menyesal pun sudah tiada gunanya.

Pilihlah Yang Baik Agamanya

Mahu berpisah selepas bernikah bukanlah satu hal yang mudah. Banyak perkara yang perlu anda fikirkan sebelum buat keputusan untuk berpisah.

Maka sebaik-baiknya, anda pilihlah mereka yang benar-benar baik agamanya, yang menjaga hubungannya dengan Allah, yang baik akhlaknya dan mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Sekacak atau secantik mana pun dia, tiada gunanya jika dia tidak memiliki rasa tanggungjawab dalam memunaikan kewajibannya sebagao seorang hamba. Jadi, bagaimana kalian mahu masuk syurga bersama-sama?

 

IKLAN