Memang perkara biasa kalau kita terjumpa serangga dalam rumah kita seperti lipas, semut dan sebagainya kan? Tapi apa puncanya? Adalah datang dari diri kita atau kita tidak menjaga rumah? atau mungkin kerana persekitaran rumah itu sendiri.
Kali ni, kami nak kongsi cara-cara membuat spray yang berkesan menghalau serangga. Bahan yang diguna juga selamat digunakan sebab kesemuanya bahan semulajadi. Idea asal ini dikongsi oleh Nani Rahim. Dah jom kita tengok info lanjut dibawah:
Masukkan air tapis atau air masak ke dalam botol penyembur.
Kemudian titiskan essential oil.
Goncang goncangkan botol mengikut irama Despacito. Dan voila its ready to be used.
Cuma spray kan sahaja pada keliling atau pada badan anda. Jangan risau kalau terkena kulit muka. Semuanya bahan super safe. Tiada racun, tiada alkohol. Selamat dan suci.
Nani Rahim juga menerangkan fungsi 3 Essential Oil yang digunakan dalam penyembur serangga tadi. Mesti baca tau, sangat membantu meningkatkan general knowledge uols.
Essential oil Geranium sangat bagus untuk menyembuhkan kulit. Bau nya juga harum. Sebab tu laa banyak digunakan dalam produk serum, mask, krim muka, pelembap dan sebagainya.
Essential oil Lavender terkenal dengan fungsinya yang bersifat menenangkan. Digunakan dalam penyembur serangga sebab dapat menyembuhkan luka dengan cepat and menggalakkan tissue regeneration.
Essential oil Citronella berasal dari serai. Opkos ada manfaat kesihatan seperti antioksidan, antibakteria, antifungal, antiparasitic seperti cacing. Fungsi lain citronella: halau serangga nyamuk, lipas dan lalat. Juga berkesan melegakan otot badan lenguh dan sakit.
Ads
Ads
Sumber : FB Nani rahim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Oleh kerana anak kedua merupakan anak tengah, jadi secara tidak langsung ia akan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam banyak hal. Mungkin juga ini adalah antara fakta yang menarik mengenai anak kedua.
1. Terasing
Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
2. Suka berkawan
Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.
Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan
Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
4. Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.
5. Masalah hubungan
Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.
Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam banyak perkara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh nikah sudah dekat, ini checklist anda. Jangan tertinggal walaupun satu. Tak tahu mana nak mula? Jangan gugup cuma tanda satu-satu. Kami di Pesona Pengantin akan sentiasa mengingatkan dan membantu anda dalam persediaan alam perkahwinan.
Senarai WAJIB
1-Kursus Nikah
Adakah anda sudah menghadiri kursus yang diwajibkan kepada pasangan ingin mendirikan rumah tangga? Ia merupakan kursus yang wajib diambil sebelum anda berkahwin. Sila daftar awal kerana kebiasaannya kursus tersebut sentiasa penuh apatah lagi menjelang bulan musim cuti sekolah atau akhir tahun.
2-Hantar Borang Permohonan Nikah
Jangan bertangguh untuk menghantar borang permohonan di negeri masing-masing bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin. Seeloknya sebulan lebih awal daripada tarikh nikah.
Anda harus ingat bahawa pihak lelaki perlu mengesahkan kesemua borang permohonan ini dan barulah pihak perempuan boleh melengkapkan borang permohonan mereka. Setelah siap, hantar semua dokumen pada Pejabat Agama Islam Daerah. Antara dokumen yang perlu ada:
3-Ujian HIV/AIDS
Lakukan ujian di klinik atau hospital kerajaan dan swasta yang hanya terpilih sahaja.
4-Tempah waktu Tok Kadi/Imam
Anda boleh dapatkan khidmat tok kadi/imam di masjid atau surau berdekatan dengan lokasi pernikahan.
5-Dapatkan saksi pernikahan
Perkara ini kadang kala hampir lupa dipandang oleh pasangan yang ingin berkahwin. Walaupun boleh ‘bidan terjun’ tetapi terdapat syarat yang perlu ditepati. Segeralah cari dua orang saksi nikah anda.
6-Berlatih akad nikah
Sedar tak sedar, ini merupakan ketakutan yang teratas bagi lelaki. Sering kali tersasul kerana terlalu gemuruh melafazkan akad nikah. Apa kata seminggu sebelum tarikh pernikahan, anda sudah mula berlatih cara-cara lafaz nikah agar ia lancar di mulut. Practise make perfect.
7-Duit ‘sagu hati’ Jurunikah
Sediakan awal-awal bayaran ‘angpau’ jurunikah pada hari pernikahan dan berikan kepada ahli keluarga yang terdekat. Ingatkan ahli keluarga agar memberi angpau tersebut kepada anda sebelum majlis lafaz akad bermula. Sebaik sahaja doa habis dibaca sejurus akad, anda serahkan wang tersebut kepada jurunikah atau imam.
Walaupun ini bukan perkara wajib setidaknya wang tersebut adalah sebagai tanda penghargaan memudahkan proses pernikahan. Sebelum itu, risik jumlah pembayaran angpau tersebut sewaktu anda hantar borang permohonan borang nikah.
8-Sediakan kad pengenalan asal
Pada hari akad nikah, sediakan siap-siap kad pengenalan yang asal. Ingatkan juga pada pasangan. Kad ini memang akan diminta oleh jurunikah atau imam sebagai rujukan.
9-Mas Kahwin
Apa yang penting adalah jumlah mas kahwin seperti yang dituntut oleh agama. Sediakan kos ini dahulu. Bawa pada hari pernikahan. Perkara lain seperti wang hantaran dan barang hantaran adalah adat.
10-Bajet
Anggaran kos untuk sesuatu majlis perkahwinan bergantung pada perancangan anda. Jika anda hanya mahukan majlis yang asas seperti akad nikah dan sedikit majlis kesyukuran tanda hebahan perkahwinan anda maka ia tidak melibatkan kos yang banyak. Jika anda inginkan perkahwinan impian, teliti bajet anda dahulu.
Maskulin saran agar anda sentiasa mengukur baju di badan sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan ikut nafsu, kelak anda akan merana. Digalakkan sama sekali agar anda menabung awal untuk kos perkahwinan. Jika anda ingin lakukan pinjaman wang di syarikat berlesen seperti bank, anggap ia jalan penyelesaian terakhir dan bukan yang pertama. Elak dari berhutang.
11-Barang hantaran
Tentukan berapa jumlah yang akan diberikan kepada pasangan perempuan. Kebiasaannya bilangan nombor ganjil akan diambil. Tiga hantaran pihak lelaki akan berbalas lima hantaran daripada pihak wanita. 3/5, 5/7, 7/9 dan sebagainya.
12-Edar kad kahwin
Kad kahwin kebiasaannya diedarkan dua atau tiga minggu sebelum tarikh perkahwinan. Kebiasaannya keluarga akan memainkan peranan untuk menjemput sanak saudara terdekat dan jiran tetangga. Yang selebihnya, andalah yang perlu menyerah sendiri kad-kad tersebut kepada sahabat handai.
13-Khidmat Pelamin & Busana
Dapatkan khidmat pelamin dan persalinan pengantin mengikut cita rasa dan bajet anda. Dude, it’s your wedding day! Dan tidak salah untuk anda meraikan hari istimewa tersebut. Seeloknya tempah pelamin, mak andam dan sebagainya lima bulan lebih awal. Jika boleh dapatkan pakej-pakej perkahwinan daripada ekspo perkahwinan yang sering diadakan sekarang. Lebih jimat dan lebih mudah.
14-Papan Arah Tuju
Papan arah tuju adalah untuk memudahkan para tetamu menuju ke lokasi majlis persandingan anda. Jika boleh buat persediaan ini sehari lebih awal. Jangan malam majlis barulah anda tergopoh-gopoh nak tampal kecuali anda mempunyai tenaga kerah yang ramai. Peringatan!
Diharapkan sangat agar selepas sahaja majlis selesai, anda luangkan sedikit masa untuk menurunkan balik atau tanggalkan setiap arah tuju dari tempatnya. Ini untuk mengelakkan pencemaran mata.
Follow kami di Instagram @PesonaPengantin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi:
1. Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2. Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3. Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4. Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
6. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
7. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
8. Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Tonton juga video di bawah:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...