Bila sebut sahaja hantaran pasti pihak lelaki lah yang akan pening kepala dan berdebar-debar. Bukan apa, risau juga jika pihak keluarga perempuan minta lebih dari kemampuan si lelaki.
Adakalanya, pihak keluarga perempuan sengaja meletakkan nilai yang tinggi sekadar untuk menguji sejauh mana usaha dari bakal pengantin lelaki. Namun, ianya masih boleh dibawa berbincang. Perlulah ada toleransi dan sepakat antara kedua belah pihak.
Bagi pihak keluarga perempuan pula, tidak perlulah meletakkan nilai yang tinggi. Berpada-padalah dengan kemampuan pihak lelaki. Yang penting, jalankan yang wajib demi memenuhi tuntutan agama.
Pernahkah anda dengar terma hantaran serba berdiri ataupun serba satu?
Ads
Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.
1) Hantaran serba berdiri
Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.
Ads
Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.
Ads
Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.
2) Hantaran serba satu
Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.
Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kompang dipalu, bacaan selawat dimulakan pembuka tirai majlis perkahwinan. Indah pilihan deco mewarnai setiap sudut ruang, pelamin nampak megah dipersadanya. Kehadiran mempelai, melangkah masuk dengan gaya segak tampan bersama ratu sehari. Tidak lengkap majlis kiranya tiada suara pengacara majlis memberi pantun Melayu dan mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu.
Pastinya, pemilihan pengacara sangat penting agar majlis tidak hambar dan meriah. Seorang pengacara di beri kuasa dan ruang bergurau senda dengan penggunaan bahasa yang teratur, segar dan dekat di hati semua yang hadir di majlis tersebut. Inilah pencatur utama di kemuncak majlis perkahwinan, agar meriah dan menjadi momen teristimewa yang tidak mungkin dilupakan.
Raja Rastam atau lebih di kenali sebagai Raja Emcee, berusia 28 tahun mengambil tempat dan peranan untuk mengendalikan majlis agar berjalan dengan sempurna dan meriah. Mengutip tujuh tahun pengalaman sebagai pengacara majlis, Raja Emcee ini hebat dengan trademak…
“THANKS FOR CHOOSING RAJA EMCEE, THE BEST EMCEE FOR WEDDING.”
Raja Emcee berkongsi 10 tip mencari pengacara majlis perkahwinan:
Mempunyai kredibiliti khusus sebagai pengacara berpengalaman untuk majlis perkahwinan.
Hendaklah mempunyai identiti diri terutamanya dari segi intonasi dan gaya persembahan tersendiri ketika mengendalikan majlis.
Mempunyai personaliti menarik, berpewatakkan ceria dan disenangi.
Dapat menguruskan dan mengendalikan majlis dengan sempurna dan teratur walaupun terdapat sebarang masalah teknikal ketika majlis sedang berlangsung.
Mestilah mempunyai ilmu mendalam berkaitan budaya, asal usul serta adat resam ketimuran sebuah majlis perkahwinan Melayu.
Mempunyai budi bicara yang baik dan sikap tanggungjawab yang tinggi, amanah, berdisplin dan beretika.
Hendaklah bijak menguruskan masa ketika mengendalikan majlis sebelum, semasa mahupun selepas majlis berlangsung.
Berdasarkan komen/review/feedback positif terhadap servis yang diberikan pelanggan lain, contohnya daripada ibu bapa pengantin dan pengantin atau daripada mana-mana perancang perkahwinan atau koordinator.
Pastikan ahli keluarga serta bakal mentua suka dan tertarik dengan emcee yang telah dipilih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang suami. Belaian cinta seorang suami dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan buat isteri sekaligus menyerikan lagi rumah tangga. Namun, adakah si suami sedar kadangkala isteri mahukan lebih dari itu? Perkara yang dimaksudkan ialah kejutan seperti hadiah.
Isteri bukan mendambakan hadiah yang mahal dan mewah. Wanita mungkin kelihatan cerewet apabila bercakap tetapi tidak bermakna mereka tidak mengambil berat soal menjaga hati dan perasaan suami. Tidak meminta bukan bererti mereka tidak mengingikannya.
Tambat hati mereka dengan memberikan hadiah paling bermakna buat isteri tersayang. Jom kita lihat 8 hadiah yang boleh mengikat ikatan suami isteri bertambah sayang!
1. HADIAH TANDA KASIH
Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri.
2. HADIAH MENDENGAR
Sumber: Google
Berikan hadiah ini kepada si isteri yang memerlukan dan hendaklah mendengar apa sahaja yang dikatakan. Jangan mencelah, berangan dan elakkan perancangan untuk membalas.
3. HADIAH KETAWA
Berikan sesuatu yang melucukan seperti kartun atau artikel. Mesejnya mudah “Saya suka ketawa bersama awak”.
4. HADIAH BANTUAN
Tiada salahnya membantu isteri mencuci pinggan mangkuk, membuang sampah atau menjaga anak. Si isteri pasti gembira kerana si suami membantunya.
5. HADIAH BERSENDIRIAN
Ada ketika si isteri mahu bersendirian. Peka dengan keadaan itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan menenangkan diri.
6. HADIAH DOA
Sumber: Google
Selalu mendoakan kesejahteraan isteri dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka sentiasa berada di dalam ingatan.
7. HADIAH KECERIAAN
Cuba sedaya upaya supaya sentiasa ceria apabila bersama isteri. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.
8. HADIAH SEHELAI NOTA
Nota cinta seperti sayang awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka dan mudah dilihat.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah pasti setiap orang akan diuji dengan ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan pekerjaan, dengan keluarga, dengan hubungan, mahupun kesihatan.
Maka sedarlah kita bahawa keadaan tersebut adalah dalam kuasa dan takdir Allah jua. Selain daripada usaha yang boleh dilakukan dengan kudrat yang diberikan Allah SWT, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar nikmat yang telah diberikan kepada kita tidak ditarik kembali, serta musibah juga tidak menimpa.
Dari Ibnu ‘Umar r.anhuma, ia berkata, “Di antara doa Rasulullah SAW, iaitu ‘Allahumma Innii A’uudzu Bika Min Zawaali Ni’matik, Wa Tahawwuli ‘Aafiyatik, Wa Fujaa’ati Niqmatik, Wa Jamii’i Sakhotik’
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu).” (HR. Muslim, no. 2739)
Segalanya adalah dalam kuasa Allah, maka hanya Allah yang berhak memberi dan menarik apa jua nikmat kepunyaanNya. Ia bukan tanda Allah tidak adil atau tidak kasih, namun hanya satu bentuk ujian ke atas hamba-hambaNya. Bukankah Dia telah memberitahu bahawa manusia memang akan diuji dengan sedikit kesusahan, kekurangan harta benda jua kesedihan bagi melihat siapakah yang lebih sabar. Namun tidak salah juga untuk berdoa agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!