Bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tahun 2018 pasti sedang menantikan trend warna terhangat untuk diadaptasikan dalam majlis perkahwinan. Jangan bimbang kerana anda masih sempat lagi untuk membuat pilihan kerana baru-baru ini Pantone Color Institute telah mengumumkan bahawa ultra violet bakal menjadi warna pilihan bagi tahun 2018.

Bagi tahun 2017 ini, Pantone memilih greenery sebagai warna pilihan dan perusahaan tersebut mengatakan bahawa warna greenery dianggap simbolik manusia yang rindukan suasana tenang serta kedamaian daripada hiruk-pikuk kehidupan sosial dan politik.

Pantone menyebut bahawa pilihan itu mengacukan kepada pengaruh budaya pop seperti Jimi Hendrix dan David Bowie, di mana kedua-dua selebriti terkenal itu menyukai warna ungu. Selain itu, alam juga turut menginspirasikan pemilihan warna tersebut.

Menurut wakil Presiden Pantone Color Institute, Laurie Pressman, individu di seluruh dunia saat ini lebih terpesona dengan warna dan menyedari bhawa warna mampu menyampaikan mesej dan makna yang cukup dalam.

Dalam dunia perkahwinan, warna anggun ini juga tidak terlepas untuk memberikan trend yang cukup menawan. Oleh itu jom lihat idea dan inspirasi rona ultra violet dalam merealisasikan perkahwinan impian anda bagi tahun 2018. Wajib guna gerenti in trend!