Walau macam mana pun keadaan kita, mungkin lebih seronok jika masih kekalkan ‘tradisi’ sesebuah perkahwinan. Kad kahwin misalnya sudah tidak menjadi kepentingan. Ramai pasangan yang memilih untuk menghantar Whatsapp atau e-cards. Namun, jangan lupa untuk memberi maklumat sepatutnya.
Bagusnya kad kahwin segala info majlis ada seperti tempat, waktu, tarikh, dan nombor telefon untuk dihubungi.
Walaupun zaman dah berubah dengan hanya menjemput majlis perkahwinan melalui sosial media, namun tak salah jika ada yang masih menggunakan kad kahwin ni kan? nampak lebih klasik gitu.
1. Waktu buat tempahan
Sebaik-baik tempahan dibuat seawal 2-4 bulan sebelum tarikh majlis. Biasanya kad yang berkualiti mengambil masa selama 2-4 minggu untuk disiapkan. Ia juga dapat memastikan masa yang selesa untuk mengedarkan kad.
Ads
2. Corak dan jenis kad
Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlangsung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad juga harus melambangkan kesederhanaan. Selain itu, kad juga boleh diselarikan dengan warna tema majlis anda.
3. Maklumat majlis
Pastikan perkara asas seperti tarikh, atucara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa perkara penting disemak dengan teliti sebelum mencetak.
Ads
4. Nombor telefon untuk dihubungi
Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi jika mereka gagal mencari lokasi tersebut. Pastikan anda meletak nombor individu yang mahir mengenai tempat tersebut.
Pernah anda mengalami situasi di mana tidak pasti sama ada seorang lelaki itu sukakan anda atau tidak? Nampak macam dia sukakan anda tetapi tidak menunjukkan langsung perilaku yang dia menyukai anda. Dari perspektif lelaki , Redhuan berkongsi apa yang lelaki rasa.
******
Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita . tapi tak de pulak dia tunjuk yang dia suka . atau kita je yang perasan ? hihi . atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal . so , hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke ? jom baca apa yang aku nak rungkaikan!
Pertama!
Manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka . hahaha . dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan .
Kedua!
Lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .
Ketiga!
Diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha .
Keempat!
Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .
Kelima!
Si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .
Keenam!
Bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.
Ketujuh!
Mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.
Kelapan!
selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .
Kesembilan!
Bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.
Kesepuluh!
Selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha
Kesebelas!
Bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .
Kedua Belas!
Last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi:
1. Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2. Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3. Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4. Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
6. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
7. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
8. Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Tonton juga video di bawah:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang selepas bersalin caesar tidak mudah untuk seorang wanita, suami harus telliti dan prihatin bila isteri bersalin cara ini. Ada yang berpantang 44 hari, ada yang berpantang sampai 100 hari. Ini semua bergantung kepada kesesuaian keadaan, kesihatan, dan budaya anda. Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
7 PANTANG BERSALIN CAESAR YANG PERLU DITITIKBERATKAN
1. BERGERAK AKTIF
Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.
2. BATUK
Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!
Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.
3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.
4. HUBUNGAN INTIM
Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin dar*ah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin caesar anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.
5. SENAMAN
Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin caesar. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.
6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN
Biasanya mereka yang bersalin pembedahan akan memerlukan sedikit pertolongan untuk menyusu badan kerana lokasi luka pembedahan yang sedikit mencabar.
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara‘direct’.
7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri. Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan pantang bersalin caesar, tidak salah anda mengambil ubat penahan sakit. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat untuk membantu anda.
Selain itu, terdapat beberapa tanda amaran yang tak patut dipandang ringan seperti demam berterusan, pendar*ahan yang terlalu banyak dari far*aj, luka bernanah atau kemerahan, jahitan terbuka atau berlubang, bengkak, atau rasa kesakitan yang luar biasa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...