
Para suami harus tahu, apabila isteri memarahi anak-anak, jangan pula anda marah atau tengking isteri depan anak-anak. Malah, buat apa yang patut. Bantu mereka dalam situasi itu.
Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak. Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.
Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.
Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibu bapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam-macam.
Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka, mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.
Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta’lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah.
Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama-sama. Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.
Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik.
Rajin Tahajud, Hidup Tak Sulit, Rezeki Halal Dan Diberkati

Allah SWT menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah, iaitu menyedikitkan tidur malam dan memperbanyak qiamullail dan solat-solat malam seperti yang dianjurkan as-sunnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk.
Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.”
– Al-Muzzammil: 1 – 4 dan 6 -8
Selain itu, saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
.
Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia
1- Jauh Daripada Semua Penyakit
Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
2 – Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah
Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.
Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.
3 – Dikasihi Oleh Semua Manusia
Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.
4 – Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)
Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.
Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
.
5 – Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)
Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.
Kurniaan Di Akhirat
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat.
- Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Solat malam seperti Tahajud adalah tawaran emas kepada setiap hambaNya untuk mendekatkan hubungan dengan Allah SWT.
Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang berharga itu.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Kena Hati-Hati Kalau Bercakap, Suami Mengaku Bujang, Boleh Jatuh Talak?

Isu pasangan yang sudah berkahwin tetapi berlagak sepert ‘orang bujang’ sudah menjadi seperti perkara biasa. Malah demi menutup segala bentuk kecurangan, seperti contoh ada suami orang yang secara terang-terangan mengaku belum berpunya sedangkan sudah beristeri. Timbul persoalan, apabila ada yang terkeliru mengenai perkara ini. Adakah pengakuan ‘bujang’ tersebut boleh membawa kepada hukum jatuhnya talak kepada pasangan?
.
Jangan ambil mudah, bagi merungkai segala persoalan ikuti perkongsian oleh Pencetus Ummau (PU) Azman seperti di bawah.
Talak ada dua jenis
Talak ada dua jenis. Pertama talak dengan lafaz yang jelas. Contohnya “aku ceraikan kau”. Kedua, talak dengan lafaz yang tak jelas. Contoh, “berambus balik rumah mak kau”.
Talak yang jelas, kalau main-main pun jatuh. Talak yang tak jelas, kalau tak niat cerai maka tak jatuh talak.
Suami orang mengaku bujang termasuk atau tidak sebagai talak tak jelas?
Ulama beza pendapat, kalau suami mengaku bujang, adakah termasuk talak tak jelas atau tak termasuk. Sebahagian ulama kata, kalau suami berniat talak ketika mengaku bujang, maka jatuh talak.
Sebahagian kata tak jatuh walaupun niat talak. Kalau suami mengaku bujang dengan niat yang tak menipu contohnya niat bujang tiga, maka tidak ada masalah.

.
Pesan Cik Man, bila berlaku masalah rumahtangga khususnya berkaitan talak, terus pergi pejabat agama. Kerana urusan perkahwinan adalah urusan yang difailkan dan melibatkan dokumen dan pembuktian, maka mesti diselesaikan dengan cara yang sama.
Berdosa menipu
Walaubagaimanapun, suami mengaku bujang (tak ada isteri) itu tidak pelik, cuma dia berdosa kalau dia menipu. Yang pelik, suami mengaku dah tak ada
dara.
Sumber : PU Azman
Jangan Down Lepas Bercerai, Hikmahnya Kerjaya Anda Lebih Mantap Dan Luar Biasa

Pakar Psikologi Organisasi, Hetal Doshi berkata, penceraian memang menganggu emosi seseorang, tetapi manusia sebenarnya boleh menerima keadaan baharu itu, cuma masalahnya tidak semua berjaya menyesuaikan diri dengan baik.
Beliau berkata, hanya tiga hingga lima peratus mereka yang bercerai akan terkesan teruk dari segi psikologi.
SOKONGAN SECARA PROFESIONAL
Selebihnya berada pada tahap yang dikategorikan sebagai baik, malah mampu menjadi lebih baik sekiranya mendapat sokongan secara profesional.
Jelasnya, kajian juga mendapati selepas setahun bercerai, kebanyakannya sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Malah, ada yang berjaya mengatasi ‘kesakitan’ akibat perceraian dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas bercerai.
“Lebih mengejutkan, sesetengah wanita dilihat lebih produktif di tempat kerja selepas bercerai.
“Mereka ini tidak mahu memikirkan tentang penceraian dan meletakkan semua usaha serta tenaga pada kerja sehinggakan dapat melaksanakan tugas pada tahap optimal walaupun dihimpit dengan masalah penceraian,” katanya kepada Mega Rona.
Menurut Hetal, biarpun produktiviti meningkat, namun kesihatan mereka dilihat mula menurun. Malah, wajah juga jelas menunjukkan mereka sedang berhadapan dengan masalah, berat badan berubah dan lingkaran gelap bawah mata turut timbul. Ia seolah-olah bertukar tempat, contohnya menderita di rumah tetapi mereka akan cuba mendapatkan keseronokan dengan bekerja.
Beliau berkata, biasanya masyarakat tidak mahu membicarakan tentang masalah rumah tangga di pejabat lebih-lebih lagi berkaitan penceraian. Sedangkan ketika ini mereka sebenarnya memerlukan sokongan untuk mengembalikan semangat dalam meneruskan kehidupan mahupun bagi memastikan produktiviti kerja tidak terganggu.
Katanya, sesetengah organisasi kini mengambil tanggungjawab dalam memberikan sokongan dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pekerja.
Selain itu, organisasi juga menganjurkan ceramah dan forum dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada pekerja berkaitan perkahwinan seperti bagaimana membentuk perkahwinan bahagia, merancang kewangan keluarga serta membesarkan anak-anak.
Jelasnya, berdasarkan pengalaman, 60 peratus yang bertemu kaunselor bukan meluahkan perihal kerja, tetapi lebih kepada masalah peribadi dan majoritinya adalah berkaitan pasangan.
“Sebolehnya, jangan simpan sendiri masalah kerana terdapat 60,000 pemikiran dalam otak setiap hari.
“Luahkannya atau tulis apa yang berlaku, tidak kira yang memihak kepada anda atau pasangan kerana jika dibiarkan dikhuatiri anda akan mengalami masalah mental yang teruk.
“Ini kerana apa yang berada dalam fikiran iaitu 60 hingga 90 peratus akan bertukar menjadi lebih negatif memandangkan otak berfungsi untuk melindungi diri daripada sebarang bahaya.
“Jadi otak akan memikirkan benda-benda buruk tentang pasangan supaya dapat melindungi anda,” katanya.
Hetal berkata, sesetengah wanita lebih gemar meluahkan masalahnya kepada rakan karib. Tidak salah untuk berbuat demikian dengan syarat rakan tersebut boleh menyimpan rahsia dan mampu memberikan kata-kata semangat, bukannya menambahkan tekanan.
EMOSI TERGANGGU
Hakikatnya, emosi seseorang telah terganggu sebaik sahaja wujud niat untuk bercerai. Pelbagai perasaan mula timbul sebelum seseorang itu bercerai seperti marah, menafikan, malu dan takut sehingga akhirnya membawa kepada penceraian.
Selepas bercerai, sesetengahnya akan berasa lega kerana itulah yang diinginkan. Tetapi, jika penceraian bukan pilihan maka ia menjadi sesuatu yang menyeksakan dan menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda masih memegang pada impian untuk kekal bahagia.
Bagaimanapun Hetal memberitahu, terdapat juga wanita yang terkesan teruk apabila diceraikan sehingga tidak mampu fokus pada kerja. Biasanya mereka akan bersedih, menangis dan cuba melakukan perkara ‘gila’ seperti mengintip pasangan pada waktu kerja. Antara yang terkesan teruk adalah mereka yang bercerai kerana dikhianati terutama suami berlaku curang dalam rumah tangga.
Jelasnya, kebanyakan wanita yang dikhianati akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan diri. Biarpun pulih, mereka tetap tidak akan lupa apa yang berlaku dan pengalaman tersebut turut mengubah kehidupan mereka, sama ada bertambah baik atau semakin teruk.
Ketika diselubungi masalah, emosi biasanya akan berada pada tahap yang tinggi sementara logik akal berada pada tahap rendah. Oleh itu, ramai wanita akan membuat keputusan mengikut perasaan tanpa berfikir dengan waras.
“Jika anda dapat memahami dengan baik keadaan tersebut maka kehidupan akan berjalan lancar walaupun berada dalam situasi yang teruk. Jika sebaliknya, kehidupan menjadi bertambah teruk.
“Sekurang-kurangnya, fahami bahawa apa yang berlaku ada sebabnya dan bersyukur serta melihat bahawa ada kebaikan yang akan muncul melalui ‘keperitan’ ini.
“Hanya bila anda dapat melihat secara seimbang dan jelas, barulah hati berada dalam kedudukan selesa dan akhirnya anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.
Hetal berkata, bersyukur adalah antara ‘ubat’ paling berkesan yang boleh dipraktikkan oleh mereka yang berdepan dengan penceraian.
Tambah beliau, masalah paling besar adalah kerana masing-masing tidak memahami apa sebenarnya perkahwinan dan erti penceraian. Mereka perlu sedar perkahwinan itu bukannya singkat, sebaliknya satu perkongsian hidup dalam tempoh yang panjang.
Oleh itu, pendedahan atau kesedaran mengenai perkahwinan mahupun penceraian perlu diberikan kepada lelaki mahupun wanita.
Pendidikan terhadap dua perkara itu perlu dilakukan sejak awal, bukannya apabila pasangan ingin mendirikan rumah tangga atau setelah bercerai.