Selalu orang kata, “Berat badan kau makin bertambah sejak kahwin ni. Mesti kau bahagia.”

Tidak dinafikan sebahagian daripada pasangan yang sudah berkahwin akan mengalami penambahan berat badan berbanding sebelum berkahwin.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Andrea Meltzer, pembantu profesor dalam bidang psikologi di Southern Methodist University terhadap 160 pasangan mendapati pasangan yang bahagia dalam rumah tangga ada kaitan dengan penambahan berat badan iaitu penambahan dua kilogram selepas setahun berkahwin.

Ini kerana orang yang sudah berkahwin dikatakan tidak mengambil kisah tentang penampilan diri kerana mereka rasa lebih bahagia dari sebelumnya sehingga memberi pengaruh terhadap selera makan mereka setiap hari.

IKLAN

Kajian lain yang dibuat oleh Geniusbeauty.com terhadap 169 pasangan berusia 23 hingga 25 tahun juga menunjukkan rumusan yang sama.

IKLAN

Setelah pasangan-pasangan ini dipantau selama empat tahun, Geniusbeauty.com mendapati kepuasan pernikahan memberi pengaruh terhadap kenaikan berat badan.

IKLAN

Pasangan yang lebih bahagia dengan pernikahan mereka cenderung untuk menambahkan berat badan, sedangkan pasangan yang kurang bahagia akan mengalami penyusutan berat badan.

Dalam erti kata lain, semakin bahagia pasangan yang sudah berkahwin, semakin besar ukuran pada tubuhnya. Ini disebabkan mereka seronok menikmati hidup sehingga tidak runsing tentang jumlah kalori yang telah mereka ambil dalam makanan.

Walau bagaimanapun ini adalah sebahagian daripada rumusan terhadap kajian-kajian yang pernah dilakukan. Jangan menganggap jika berat badan tidak bertambah, maka rumah tangga anda berdua tidak bahagia.

Ini kerana kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga dan keakraban hubungan suami isteri tidak semestinya diukur melalui bentuk fizikal seseorang sebaliknya kebahagiaan itu merangkumi pelbagai faktor.

Bagi anda yang mengalami peningkatan berat badan selepas berkahwin, apa yang penting sentiasalah menjaga kesihatan tubuh badan dan mengambil makanan yang seimbang bagi mengelakkan kesihatan anda terjejas di kemudian hari.