Sebenarnya jodoh dan maut itu aturan Allah tapi ada satu kajian menyatakan, orang harus berkahwin di antara usia 28 dan 32 tahun jika mereka tidak mahu perceraian, sekurang-kurangnya dalam lima tahun pertama, memetik dari laman kumparan.com.
Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.
Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.
Ads
“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.
“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”
Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.
Ads
Pastinya, ini termasuk dalam perkembangan baru, kerana ahli sosiologi sebelum ini percaya bahawa menunggu lebih lama sebelum akhirnya berumah tangga biasanya menghasilkan kestabilan yang lebih baik.
Ads
Ada banyak sebab mengapa usia di akhir 20-an hingga awal 30-an masuk akal untuk memulakan hubungan seumur hidup dengan seseorang. Pada usia itu, kita sudah cukup matang untuk membezakan antara perasaan sebenar dengan seseorang, atau hanya dibutakan oleh keinginan sahaja. Pada usia ini, kita juga telah membuat pilihan kehidupan yang penting dan boleh mengambil beberapa tanggungjawab.
Masih ada lebih banyak kajian mengenai usia sebenar untuk perkahwinan yang sedang dijalankan, mari kita tunggu hasil kajian seterusnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan hampir di depan mata. Esok anda dan pasangan bakal diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri. Bagaimana rasanya? Pasti gugup bukan? Adakah segala rawatan untuk anda tampil mempesonakan sudah dilakukan?
Jangan ingat segalanya sudah selesai, anda boleh terus tidur dengan lena. Sebelum menamatkan zaman bujang esok hari, ada lagi perkara penting yang harus anda titikberatkan.
Apakah ada hal lain yang boleh dilakukan pada malam sebelum hari perkahwinan? Tentunya ada. Ini 5 perkara yang mesti bakal pengantin lakukan agar anda bangun dengan wajah segar, lebih bersemangat dan bersedia untuk menempuh alam baharu.
Jangan sampai kulit anda kelihatan tidak bermaya di hari perkahwinan. Oleh itu, minumlah air putih yang cukup pada malam sebelum hari penting anda. Anda juga boleh minum air kelapa muda untuk mendapatkan kulit lembut dan bersinar.
Besok merupakan hari paling bersejarah dalam hidup, dan kamu perlu tampil lebih segar. Jangan stres dan tidurlah dengan nyenyak dan cukup. Ini merupakan cara yang sempurna untuk mendapatkan kulit yang segar. Lakukan urutan terlebih dulu, letak bahagian mata anda dengan timun dan gunakan pelembap sebelum tidur. Dengan begitu kulit anda akan nampak segar ketika bangun di keesokan harinya.
Melakukan scrubbing atau eksfoliasi di malam sebelum hari perkahwinan sangat perlu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang membuat anda tampak kusam. Anda boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti miyak kelapa, perahan lemon atau gula.
Jika kulit kepala anda terasa berminyak dan gatal, serta rambut tampak kusam, anda perlu mencucinya segera. Lebih baik menggunakan air dengan suhu normal dibandingkan air panas. Setelah selesai bersyampu jangan lupa untuk menggunakan perapi dan vitamin rambut agar rambut tampak indah di keesokan harinya.
Mungkin anda biasa makan makanan berlemak dan pedas di malam hari, tapi kali ini sebaiknya jangan. Dengan begitu risiko untuk terkena masalah pencernaan di keesokan hari lebih kecil. Sebaiknya anda makan makanan berserat seperti buah dan sayur. Selain membuat tubuh menjadi lebih segar, makan buah dan sayur juga sangat baik untuk kesihatan rambut dan kulit anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan mengimpikan hubungan cinta yang dijalin berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Sikap saling mempercayai dan mempunyai komunikasi yang baik adalah tunjang kepada hubungan yang harmoni dan sejahtera. Namun, tidak hairanlah jika hubungan yang dijalin sekian lama terputus di tengah jalan.
Ini kerana faktor-faktor tertentu yang boleh merosakkan hubungan sekali gus menyebabkan pasangan berpisah. Ada perkara yang harus dibuang dalam diri setiap pasangan untuk menjaga hubungan agar sentiasa dalam keadaan baik.
Jom kita lihat 9 sikap yang tidak menyenangkan dan harus dibuang agar hubungan cinta semakin mekar hari demi hari!
Jika ada rasa tidak puas hati atau apa jua masalah yang menimpa, cuba luahkan sahaja dengan pasangan. Jangan berdiam diri atau pendam kerana komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan cinta. Bagi kaum lelaki, jika pasangan anda ingin meluahkan sesuatu, dengarlah dengan ikhlas walaupun ia tidak ada kena mengena dengan diri anda. Untuk wanita pula, anda layankan saja minat kaum lelaki. Mereka punyai minat yang mungkin anda sendiri tidak menggemarinya.
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Begitu juga bagi kaum lelaki. Rata-rata lelaki suka akan kekasih yang mempunyai sikap manja kerana bagi mereka, ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun, jangan pula berlebih-lebihan, gusar pasangan akan merasa jelik dan bosan.
Mempunyai sikap yang terlalu cerewet ini boleh dikategorikan sebagai perangai yang agak menyakitkan hati. Mungkin ada sesetengah pasangan yang cerewet pengenai penampilan pasangan mereka. Mungkin anda boleh menegur cara pasangan anda berpakaian, namun harus jaga bahasa dan adab. Jangan sampai pasangan anda labelkan diri anda sebagai seorang yang cerewet ya!
Orang yang ada sikap sensitif yang tahap melampau ni memang menempah tiket untuk tinggalkan. Tidak menjadi kesalahan jika anda mempunyai sensitiviti terhadap pasangan, namun ia harus bepada-pada. Sesungguhnya, sikap sensitif yang berlebihan akan membuatkan pasangan anda merasa bosan dan boleh merenggangkan hubungan. Satu hal lagi, jangan sampai kadangkala pasangan anda ingin bergurau, anda mengambil ia sebagai sesuatu yang serius ya!
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang sangat diperlukan dalam sesuatu perhubungan. Ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan tetapi ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya antara satu sama lain. Namun, jika selalu sangat memuji atau menyanjungi pasangan anda, itu boleh membuatkan pasangan merasa bosan. Dia juga akan menganggap anda seorang yang tidak ikhlas.
Jangan terlalu suka untuk meminta apa-apa dari pasangan anda. Mungkin pasangan anda amat menyayangi diri anda sehingga sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak anda. Perkara ini tidak baik buat perhubungan anda. Jangan pula anda merajuk jika pasangan tidak memenuhi permintaan anda. Pasangan yang baik tidak akan meminta sesuatu perkara yang bukan-bukan. Jangan sampai si dia mencari orang lain kerana bosan dengan perangai meminta dan mengada-ngada anda itu!
Lelaki dan perempuan sama sahaja. Mereka jenis yang tidak suka pasangan yang tidak menghargai kewujudan apatah lagi kalau jenis yang suka memperlekeh-lekehkan pasangan tu sendiri. Bahasa tu harus dijaga. Jangan sampai pasangan anda terasa terhina. Sebelum nak berkata sesuatu, cuba fikir terlebih dulu. Letak tempat anda di tempat tempat dia. Jika dia memperlekehkan anda, apa anda akan rasa?
Setiap orang mesti ada kekurangan diri masing-masing bukan? Tidak salah jika anda ada niatuntuk menolong mereka untuk berubah tetapi biarlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara memperlekehkan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang tidak setia boleh mengundang pelbagai masalah dan mengakibatkan hubungan berentakan hingga tidak menemukan jalan penyelesaian. Masalah orang ketiga sering dikaitkan dengan masalah utama dalam perhubungan cinta sama ada yang sedang menjalin hubungan cinta mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga.
Namun, adakah anda sedar tanda-tanda kekasih atau pasangan mula curang dengan anda dan mempunyai orang ketiga dalam hidupnya? Mungkin sukar untuk anda menghidu perbuatan pasangan anda kerana sikapnya yang bijak dalam menyembunyikan perkara tersebut.
Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan 10 tanda utama pasangan anda ada pengganti atau orang ketiga dalam hidupnya.
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa keluar bersama, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
Ada sahaja yang tidak kena dibuatnya. Bahkan sudah mula berani melontarkan kemarahan di hadapan khalayak ramai. Tidak seperti pada awal perkenalan, segalanya sudah mula dingin dan mudah emosi dengan sesuatu perkara. Bila ditanya, dimarahi pula.
Setibanya peringkat sebegini, boleh dikatakan peratusannya tinggi yang si dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah duduk dan berikan penjelasan akan status hubungan kalian agar segalanya boleh diselesaikan dengan cara matang dan dengan baik.
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila telefon bimbitnya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?
Jika sebelum ini si dia sering membawa anda keluar menjamu selera, membawa anda ke klinik ketika jatuh sakit dan banyak lagi. Namun kini segalanya tiada lagi. Tatkala di tanya sering sahaja jawapannya adalah sibuk bekerja. Mungkin ya, mungkin juga ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan. Cuba selidik dan sebaiknya perhatikan perlakuan serta gerak-gerinya agar tidak mengundang kekecewaan di kemudian hari yang hanya diketahui akan kebenaran curang itu melalui buah mulut orang.
Bagi menutup kesalahan yang dilakukan, majoriti mereka yang curang terhadap pasangan licik dalam memainkan watak setia ketika bersama. Kemungkinan ramai ada yang ingin menutup syak yang mula dihidu dengan memberikan hadiah atau kejutan kepada pasangan mereka. Namun, jangan mudah berburuk sangka kerana takut boleh merosakkan hubungan kalian. Jadi, selidik dengan teliti terlebih dahulu.
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
Tatkala diajak duduk untuk berbincang perihal hubungan kalian yang kian menegang, si dia asyik memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Selalu sahaja menukar topik yang cuba anda tujukan. Mungkin si dia sudah mula bosan dengan perhubungan kalian, mempunyai teman lain atau mungkin juga si dia mempunyai masalah lain di pejabat. Selidik dan perhatikan gerak gerinya jika si dia tidak mahu bawa berbincang kerana mungkin ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan.
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...