Menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga tentu sahaja menjadi impian setiap suami isteri. Bukan sahaja pengikat cinta dan kasih sayang yang utuh, kehidupan suami isteri juga akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT apabila sentiasa disertai dengan doa kepada-Nya.
Malah memohon doa kepada-Nya juga mampu mengikat kasih sayang dan hubungan suami isteri agar lebih bertahan lama. Melalui doa-doa yang senantiasa kita panjatkan kepada Allah SWT, sudah pasti maka keberkatannya akan sentiasa datang kepada kita.
Agar kehidupan yang kita dibina dirahmati dan dilindungi, di sini disenaraikan doa-doa yang suami isteri boleh amalkan untuk pengikat kasih sayang dan kebahagiaan rumah tangga.
DOA & ZIKIR PELEMBUT HATI
Sebelum membaca doa ini, mulakan dengan membaca Al-Fatihah satu kali.
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Ads
Ertinya: “Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (Surah Al-Hasyr, ayat 21)
Ertinya: 1) “Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.” (Surah Toha, ayat 1 hingga 5)
Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.”
Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT melembutkan hati suami.
Ads
DOA ELAK BERGADUH
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan).” (Surah Asy-Syura, ayat 19)
DOA HILANG PERASAAN MARAH
Ertinya: “Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku daripada syaitan.”
DOA ISTERI UNTUK SUAMI
Ertinya: “(Katakanlah) kepada mereka hai Muhammad! (“Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintaimu) dengan erti bahawa Dia memberimu pahala (dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun) terhadap orang yang mengikutiku, mengenai dosa-dosanya yang telah terjadi sebelum itu (lagi Maha Penyayang”) kepadanya.”
Ads
Ertinya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”
DOA KEKALKAN KASIH SAYANG
Amalkan membacanya sebanyak 7 kali pagi dan 7 kali petang
Ertinya: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
DOA PENDINDING SIHIR
Ertinya: “Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak dibebani selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya.” (Surah An-Nisa’ Ayat 84)
DOA UNTUK CUKUPKAN REZEKI
Ertinya: “Ya Allah, cukupilah kami dengan rezeki-Mu yang halal (hingga kami terhindar) dari yang hara. Perkayalah kami dengan kurnia-Mu (hingga kami tidak minta) kepada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Adoii, susah betul lah nak cari barang bila dah bersepah ni. Macam mana nak susun supaya mudah eh?”
Keadaan rumah yang kemas dan barang yang tersusun rapi pasti menjadi idaman setiap wanita khususnya para ibu. Namun, dengan jadual kerja yang padat, sudah pastinya perkara ini agak mustahil untuk dilakukan. Namun begitu, anda boleh mula menyusun atur barang di dalam rumah supaya lebih kemas dan mudah untuk dicari. Jom kita tengok contoh di bawah! Rumah kemas suami balik pun tak marah-marah.
Kak Zaza berangan jer dulu. Nanti dah ada rumah sendiri, boleh la pasang kabibet, almari dan wardrobe build in. Nak pasang berpuluh2 laci supaya senang nak simpan barang.
Senang la nak susun pakaian suami, anak, pakaian mem besar, shawl terbang, pinggan mangkuk, toiletteries, stok makanan, kasut, barang letrik, barang bertukang, macam2 lagi lah.
1. SENDUK PUN KENA SUSUN DENGAN CANTIK
2. BARANG MASAK DALAM PETI SEJUK TERSUSUN RAPI
3. BARANG KEPERLUAN TANDAS
4. TUALA SEMUA TERSUSUN RAPI
5.
6. SUDU DAN GARFU PERLU DISUSUN BERASINGAN SUPAYA LEBIH MUDAH
7.
8. BOLEH BELI PENYANGKUT SELUAR INI SUPAYA KELIHATAN LEBIH KEMAS
9.
10. BAJU ANAK-ANAK DISUSUN RAPI
11. SEGALA KEPERLUAN MENCUCI PUN DILETAK DI TEMPAT KHAS
*Kemas dan cantik kan? Walaupun perkara ini mungkin sukar dilakukan dan memerlukan masa yang lama untuk menyusunnya, bila dah siap pasti akan memudahkan anda untuk mengambil barang keperluan. Tak perlu pening-pening lagi dekat mana nak cari barang anda!
Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu mengenai bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
Edisi kali ini berkongsikan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
1. Jangan Mementingkan Standard Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elak Berhutang Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Adakan Majlis Gotong Royong
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Jangan Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Membuka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
9. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. Tempahan Fotografi
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!