Menurut pakar, pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial, sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa-biasa sahaja, mungkin bermaksud untuk menyembunyikan hubungan mereka yang tidak stabil.
Nikki Goldstein, pakar perhubungan dan seksologi dari Australia menyatakan bahawa pasangan yang kerap memuat naik status di media sosial selalunya mengharapkan tanggapan yang baik daripada orang luar tentang hubungan mereka.
Kebiasaannya, individu yang sering membuat posting itu adalah mereka yang mahu kelihatan bahagia di mata orang lain di media sosial. Jumlah like dan comment yang banyak memberi kelagaan kepada individu ini. Mereka sepertinya cuba membuktikan betapa bahagianya hubungan mereka dimata orang lain.
Goldstein juga berpendapat pasangan yang cenderung untuk mengambil gambar antara satu sama lain dan segera memuat naiknya ke Instagram adalah pasangan yang sering ‘hilang’ serta tidak dapat menghayati momen bersama pasangan.
Seseorang individu yang terlalu fokus mengambil selfie, kemudian mengaplikasikan filter terbaik dan meletakkan hashtag yang pelbagai sebenarnya terlepas momen indah yang berlaku disekelilingnya. Bukankah tujuan asal mengambil gambar itu adalah untuk merakamkan kenangan indah untuk dikenang semula satu hari nanti?
Pasangan masa kini lebih gemar merakamkan gambar dan terus memuat naik di media sosial dan sentiasa memerhatikan jumlah like dan comment yang diperolehi dari masa ke semasa.
Benar atau tidak kajian ini, tepuk dada tanya selera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Jarak Jauh Bukan Alasan Tak Boleh Bahagia, Ini Rahsianya!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi 4 Tip Diet Yang Boleh Diamalkan Secara Konsisten
Niat mahu menguruskan badan tentunya ada pada setiap individu. Cuma kecekalan hati itu sukar untuk ditelah sama ada anda seorang yang cekal hati atau cepat berputus asa. Anda yang baru belajar berdiet bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh MissZ A-FLO. Moga-moga ada perubahan pada diri anda. Bakal pengantin juga boleh praktikkan.
………………………………………………………………………………………………………
Hai uollsss…hari ni tergerak hati sis mo share cara sis turunkan berat,yang xmo baca just scroll up yerr…bagi yg ingin menurunkan Kg blh try mana tau ngam dgn sis sekalian kan… sis ni x juga la berat sgt tp bila putar roda utk sukat BMI tu satu tgga lg utk menuju ke pre obese… …sudah la pindik..
Ok First of all…sis x consume mana2 produk utk cepat slim ka apa,dulu mo try juga sebab berbulan2 try diet x turun2 juga berat badan but bila depan mata n telinga dgr sendiri sebab pesakit yg dtg ke hosp menghidap penyakit buah pinggang di awal 20 series sebab consume byk pil itu ini sis jd takut….. Jd sis amalkan semua ni saja..jom follow the story…
1.Dalam first month utk diet sis jauhi diri drpd makanan berminyak,fast food,lebih sodium dan berlemak…sis mkn nasi putih juga tp dlm kuantiti sedikit,hanya segenggam tangan sis sendiri..paling penting sukatan suku suku separuh ya..part paling banyak bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan..sebelum ni sis sudah cuba IF Diet,clean diet keto diet dan macam-macam diet tapi mungkin tak sesuai dengan sis…sedih ,berat tak juga turun…
2.Second yang paling sis jauhi juga minuman yg tinggi gula…exp minuman 3 in 1,minuman berkarbonat,minuman dlm tin..sedap mamang sedap tapi cuba tengok kuantiti gula dalam label produk minuman itu…yapss itu yang cepat menaikkan berat……sis amalkan minum teh hijau suam add on 1 spoon apple cider vinegar…agak tidak sedap rasa dia tapi sangat bagus sebab kandungan minuman ni semula jadi(bagi yang ada gastrik teruk tidak disyorkan sangat yerr)..boleh baca apa khasiat dua benda di google sebab sis selalu google dulu sebelum cuba sesuatu benda baru..jangan lupa minum banyak air putih juga…most important..
3.Untuk yang tak mahu makan nasi sis cadangkan ambil roti wholegrain …add on peanutbutter atau jadikan sandwich yang sihat…sis memang tahan lapar bila makan roti wholegrain ni…baik dimkn pada waktu sarapan…selain tu sis jauhkan diri juga daripada makanan yang tinggi gula macam kuih muih dan kek..boleh makan tapi kuantiti yang sedikit…
4.Part yang agak penting juga selain makanan dan minuman adalah work out..ok terus terang sis tak ada masa untuk ke gym atau jogging sebab sis kerja shift duty,apa sis buat untuk work out adalah dengan buat abs work out sendiri di rumah..sis banyak share di wall fb sis (Mdm Joe’s)utk abs work out… Sekali sekala bila shift duty ngam,sis akan join zumba fitness,ni part paling syok sebab sekali fitness boleh bakar 400-500 kalori…hah…
Sekian sharing sis untuk turunkan berat badan…sis amalkan semua ni dalam masa dua bulan…kalau ikut dengan konsisten confirm boleh…orang kata cantik dalam cantik luaran…beauty is pain…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duit Mengalir Macam Air, Amalkan Doa-Doa Ini Supaya Sentiasa Murah Rezeki
Luasnya nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam. Namun ada kalanya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.
Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak.
1) Sentiasa beristighfar
Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).
2) Solat 5 waktu
Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu nexcaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).
3) Sentiasa bersedekah
Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).
4) Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah reseki (Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
5) Memudahkan urusan orang lain
Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.
Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal serta menghafal doa murah rezeki. Antaranya adalah :
Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.
Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:
Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI