Secara umumnya, wanita Islam di Malaysia mengetahui dan menyedari hak-hak mereka selepas berlakunya penceraian. Ini memandangkan ia sering kali diperbincangkan sama ada oleh ahli akademik, pengamal undang-undang atau kolumnis dan penulis-penulis di media masa dan bahan rujukan akademik.
Sebaliknya, menurut pemerhatian, wanita Islam di Malaysia tidak mengetahui dan masih kabur dengan hak-hak mereka di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin atau di dalam erti kata lain pembatalan pertunangan.
Statistik menunjukkan kes kemungkiran janji untuk berkahwin telah meningkat mutakhir ini dan trend ini telah berleluasa sehingga melibatkan kes pembatalan pertunangan melalui SMS, e-mail dan sebagainya.
Kemungkiran janji untuk berkahwin mengakibatkan kerugian dan impak negatif kepada pihak perempuan dan keluarganya seperti kejatuhan maruah, aib, harga diri, kerugian wang ringgit, tekanan perasaan dan juga gangguan mental.