


Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!



Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang lepas berkahwin tentu sahaja ada impian untuk membeli rumah dengan lebih awal. Jika takde tabungan yang dibuat lebih awal ataupun anda dan pasangan tidak mempunyai simpanan, alamatnya harapan untuk membeli rumah awal masih lagi jauh.
Ketika merancang untuk berkahwin, kebiasaannya yang mewah-mewah selalu kita impikan padahal kita tak pernah membayangkan hidup selepas berkahwin itu. Hakikatnya bukan semudah yang kita fikirkan jika kita baharu sahaja selesai majlis kahwin kerana yang pasti majlis kahwin memerlukan sejumlah wang yang besar.
Lagipun bukan senang nak mulakan hidup dari zero untuk menjadi hero kepada pasangan kita. Masa itulah, segala keperluan diperlukan. Lagi-lagi buat pasangan yang memang merancang untuk membeli rumah terus selepas berkahwin. Pakar Hartanah, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan menabung yang menjimatkan yang boleh anda praktikkan sekali gus membantu anda dan pasangan membeli rumah awal selepas kahwin.
Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin
1. Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.
2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.
3. Baju kahwin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kahwin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.
4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.
5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, beg tangan semua dah ada dan biasa!
Semua orang nak kawin di atas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kahwin itu lebih berkat dan disayangi.
6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.
7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.
8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.
9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan grand.
10. Cenderahati bagi Yassin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya. Janganlah hipster sangat dik!
11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di Youtube berlambak ada.
12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi.
13. Jangan hadir pameran perkahwinan, nanti daripada nak kahwin sederhana jadi majlis kahwin macam kitalah anak raja ghurka.
Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya “Alah kahwin sekali ni saja, apa salahnya”
14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.
15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.
16. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.
17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.
18. Tak guna kahwin ‘grand giler’ tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada ‘raja’ duduk rumah sewa deposit pun tak ada.
19. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.
20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak daripada habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.
Benar, walau sekecil-kecil majlis pun memerlukan duit. Tapi jangan sesekali bebankan ibu dan bapa. Kalau rasa-rasa nak kahwin, kumpul duit jangan bebankan ibu bapa untuk keluarkan duit mereka melainkan mereka sendiri yang tawar hati untuk membantu…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Pastinya setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ingin mengakhiri petalian tersebut dengan ikatan yang suci. Selain bersedia dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, anda juga perlu bersedia dari fizikal, mental dan juga ekonomi. Sebelum masuk ke fasa yang lebih serius, tanya soalan-soalan yang lebih ke arah masa depan. Tanya soalan-soalan berkaitan kewangan dan ekonomi. Sebaik-baiknya anda bertanya soalan-soalan ini di masa yang sesuai.
“Berapa gaji awak sekarang?”
“Apa prospek masa depan kerjaya awak tu ya? Ada peluang naik pangkat tak?”
Jika pasangan anda berkerja makan gaji, cuba tanya soalan mengenai prospek masa depan kerjaya pasangan anda dan potensi untuk kenaikan pangkat. Ini penting untuk menilai perancangan jangka panjang demi masa depan bersama. Takkan kita nak pasangan kita lompat-lompat kerja? Mestilah anda mahukan bakal suami anda mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kestabilan.
“Apa rancangan awak untuk memantapkan ekonomi keluarga kita lepas kahwin nanti?”
“Berapa awak target dapat simpan setiap bulan?”
“Berapa banyak duit simpanan dah ada untuk bayar deposit rumah?”
Mungkin soalan ini kedengaranm poyo, namun sekiranya pasangan anda teragak-agak untuk menjawabnya, kemungkinana masa depan anda tidak terlalu cerah. Bakal suami anda perlulah menjadi lelaki yang boleh mengetuai ekonomi rumahtangga agar masa depan lebih terjamin.
“Awak dah ambil takaful?”
Kepada si gadis, sebelum berkahwin tanya dulu soalan wajib ini kepada pasangan anda. Adakah dia sudah mencarum atau belum personal takaful? orang yang mempunyai takaful ini sudah semestinya bijak menguruskan wang kerana mempunyai perancangan di masa hadapan. Jangan lupa minta pasangan anda masukkan nama anda sebagai pewaris bila sudah sah bergelar suami isteri nanti.
“Awak ada hutang kredit kad tak?”
“Awak pernah buat personal loan tak?”
“Awak dah start bayar hutang PTPTN? Berapa balance yang tinggal?”
Hutang adalah mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja. Silap haribulan ia boleh menjadi salah satu punca rombongan meminang ditolak. Adalah penting untuk anda bertanya tentang hutang-hutang yang ditanggung oleh bakal pasangan kita itu. Ini bukanlah berniat untuk membuat dia berasa bersalah atau bimbang, tetapi jika sudah mengetahui lebih awal, boleh berbincang bagaimana cara terbaik untuk menguruskan hutang-hutang itu bersama-sama.
“Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?”
“Awak rasa berapa banyak yang kita perlukan untuk survive?”
Ini boleh menjadi satu soalan yang penting terutamanya kepada wanita yang menghargai kerjaya mereka. Dengan bertanyakan soalan ini, anda akan mendapatkan jawapan sama ada pasangan hidup anda mahu anda untuk meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Perkahwinan yang romantik pasti menjadi idaman setiap pasangan yang berumah tangga. Walaupun sudah sekian lama menjadi pasangan suami isteri, amalam romantik perlu dipraktikkan oleh setiap pasangan agar rumah tangga yang dibina sentiasa mekar dan dipenuhi kasih sayang. Islam juga amat menggalakkan amalan romantik ini dan ia juga merupakan sunnah Nabi.
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah SWT membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara Baginda dan isteri-isterinya.
Jom kita lihat antara amalan romantik cara Nabi SAW yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri.
Seperti yang dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu ( menemani sampai ke pintu ).”
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Seperti mana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”
Walaupun hadis ini berkisarkan mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad SAW dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi SAW dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim.
Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah ra. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah ra tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
