Sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri yang tidur berasingan disebabkan oleh anak-anak. Alasannya, kerana ada anak kecil. Untuk mengelakkan risiko terhempap bayi yang masih kecil, ramai pasangan yang membuat keputusan untuk tidur berasingan.

Selalunya suamilah yang akan mengalah dan tidur di tilam lain. Mungkin ia nampak satu perkara yang normal tetapi tahukah anda bahawa jika tabiat ini sudah menjadi kebiasaan, ia boleh merenggangkan kasih sayang antara suami dan isteri. Anda mungkin tidak rasa pada awal-awalnya tetapi untuk jangka masa yang panjang, ikatan hubungan akan menjadi longgar dan kasih sayang akan pudar sedikit demi sedikit.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak sepatutnya mula memisahkan tempat tidur ketika anak sudah berusia 2 tahun dan ke atas. Seperti perkongsian Akhtar Syamir menerusi laman Facebooknya, memang susah pada mulanya untuk pisahkan tempat tidur tetapi ia penting untuk dilakukan. Jangan sampai dibuli anak sendiri. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga ia bermanfaat untuk semua pasangan suami isteri di luar sana.

Kalau Tak Nak Hubungan MAKIN RENGGANG, Suami Isteri Jangan Sesekali Berpisah Tempat Tidur

Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.

Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.

Waktu Tidur Adalah ‘Me Time’ Suami Isteri

Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.

Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.

Kalau Tak Nak Hubungan MAKIN RENGGANG, Suami Isteri Jangan Sesekali Berpisah Tempat Tidur

Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?

Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.

Tak Pelik Kalau Suami Berubah Hati

Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.

Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.

Kalau Tak Nak Hubungan MAKIN RENGGANG, Suami Isteri Jangan Sesekali Berpisah Tempat Tidur

Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.

Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.

Sumber: Akhtar Syamir

Krediti foto hiasan: Instagram Ruhainies

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI