Perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Tiada alasan untuk dia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.
RUMAH PAPAN BERUBAH WAJAH
Dari sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni. Bajet yang digunakan hanya bawah seribu ringgit, pemuda ini membuktikan tiada yang mustahil untuk merealisasikan rumah idaman dengan bajet yang rendah.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati. Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang.
Ads
Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya. Takda lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang. So kita tuch up sikit sikit bagi lawa, modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.
Ads
Walau pun guna barang barang diy, kedai Rm2 dan cowboy je, lampu gantung tu beli kt shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 thn dah ambik kat rumah arwah mak. Just spray putih, langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam rm300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit sikit.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”… Walau pun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home. duduk rumah jgn merayau jgn melilau..kita jaga kita..
Ramai menganggap bahawa untuk melakukan make over di rumah agak rumit. Ada juga yang keliru dan tidak tahu nak mulakan dari mana. Proses ubah suai sebenarnya memerlukan perancangan yang rapi dan teliti.
Anda perlu mengenal pasti ruang yang sedia ada dan apakah perubahan yang ingin dilakukan. Faktor bajet juga jangan dilupa. Jika mampu, bolehlah upah orang. Tetapi jika bajet anda tidak banyak, cukup sahaja anda lakukan sendiri di rumah.
Lagi-lagi di musim PKP ini, anda pasti ada banyak masa untuk ubah suai ruang di dalam rumah anda. Kali ini, kami mahu kongsikan proses ubah suai tandas lama yang sekelip mata bertukar menjadi seperti baharu dengan hanya menggunakan cat.
Perkongsian oleh saudara Ahmad Aqari menerusi laman Facebook ini akan menerangkan step by step apa yang perlu anda lakukan untuk ubah suai tandas anda.
HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER BILIK AIR LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH
Proses kali ini makan masa sedikit disebabkan ada rakan² yg request untuk kita record video semasa proses cat dilakukan. Video sudah pun di-upload di Youtube. Sila tekan link dibawah:
Kita share sikit apa yang patut dibuat untuk proses cat lantai ni.
CARA-CARANYA:-
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² KERING tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**
STEP 2 (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dkt tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Mesti ramai yang terfikir nak hias halaman rumah sepanjang musim perayaan ini, namun disebabkan situasi sekarang kita perlu bijak dan jangan mempersia-siakan usaha yang kita lakukan. Jadi untuk mendapatkan hasil tuaian yang berguna namun masih mengutamakan ruang dekorasi taman yang indah, ini cara menanam sawi namun halaman anda tetap indah dan cantik di musim perayaan.
Semaian Sawi
Ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian. Berdasarkan pengalaman saya, eloklah kita semai dahulu di dalam talam semaian. Setelah bercambah, barulah kita pindah ke dalam pasu. Hal ini kerana jika kita terus tanam di dalam pasu ada potensi benih tidak bercambah, dimakan siput babi atau hilang akibat siraman air yang kuat. Media semaian yang biasa saya guna adalah peat moss. Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan sabut kelapa hancur (cocopeat). Mana-mana yang mudah untuk anda dapat di tempat anda.
Penuhkan media semaian di dalam talam semaian. Buat sedikit lubang. Jangan dalam agar benih tidak terlalu tertanam dalam. Bubuh satu hingga dua benih satu lubang. Setelah itu tabur dengan sedikit media semaian lagi.Untuk siraman, anda boleh memilih untuk rendam talam semaian ataupun siram dengan penyembur bertekanan tinggi. Biasanya benih sawi akan bercambah dalam dua hingga tiga hari. Siram seperti biasa.
Apabila benih sudah bercambah, pastikan kita letak di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Saya letak di tepi rumah dengan ada atap di atas. Kita dapat kenalpasti benih kurang cahaya apabila benih tumbuh melidi dan kurus. Ini tanda benih sedang mencari cahaya untuk proses fotosintesis.
Persoalan selalu saya dapat, bilakah masa sesuai untuk pindah setelah benih bercambah? Tunggu sehingga ada empat hingga lima helai daun. Ketika ini akar pokok sudah kuat dan mampu menahan pergerakan yang banyak.
Jika terlalu awal kita pindah, akar benih mungkin terluka dan seterusnya menyebabkan anak benih mati. Sementara menunggu bibit sawi itu membesar, kita boleh la sediakan campuran tanah yang bagus. Saya sarankan anda baca panduan membuat campuran tanah untuk tanaman pasu.
Penanaman dalam Pasu
Setelah cukup empat hingga lima helai daun, kita boleh sudah pindahkan benih ke dalam pasu.Pindahkan dengan berhati-hati agar akar anak pokok kurang kerosakan. Setelah pindah, letak pasu di tempat redup.
Hal ini penting agar pokok dapat pulih daripada kejutan pemindahan. Yelah ketika pindah kita telah mengganggu akar pokok. Jadi ia memakan masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk akar pokok pulih. Jika selepas proses pemindahan kita letak pasu terus di tempat panas, potensi untuk pokok sawi mati adalah tinggi. Satu pasu sesuai satu hingga tiga sawi sahaja. Jika terlalu padat, boleh menyebabkan berlaku persaingan antara sawi. Hal ini akan menyebabkan sawi tumbuh kurus dan tidak gemuk seperti di pasar.
Penjagaan Sawi
Sawi adalah sayur yang sentiasa perlukan tanah yang lembab. Siram dua kali sehari. Untuk pembajaan, paling bagus untuk kita gunakan baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Tabur dalam segenggam seminggu selepas kita pindah di dalam pasu. Kemudian tabur lagi dua minggu selepas itu. Jika anda suka guna baja kimia, anda boleh guna baja NPK hijau dengan kadar satu sudu makan 7 hari selepas pindah. Kemudian selang dua minggu pula.
Cabaran sawi adalah pada serangan serangga perosak. Sawi paling digemari oleh pelbagai jenis serangga seperti beluncas, afid, lalat putih, koya dan juga belalang. Paling mudah adalah cegah dengan semburan cuka kayu dan racun organik buatan sendiri. Semburan dibuat seminggu sekali. Jika sudah terkena serangan, tingkatkan kekerapan semburan setiap hari sehinggalah serangan berkurangan atau hilang.
Tuai Sawi
Sawi boleh dituai 24-30 hari selepas kita tanam di dalam pasu. Cara tuai adalah dengan kita mencabut sawi terus dari pasu. Jika kita menuai dengan memotong sawi dari pangkal, akar sawi perlulah dicabut. Akar sawi boleh dijadikan sebagai salah satu bahan kompos.
Kesimpulan
Menanam sawi di dalam pasu tidaklah sesukar mana. Kita mulakan dengan menyemai dahulu di dalam talam semaian. Seterusnya pindah ke dalam pasu yang berisi campuran tanah berkualiti. Penjagaan seperti siraman, pembajaan dan kawalan racun perosak mampu menjadi sawi berkualiti. Semaian Sawi ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian.
SUMBER : kebunbandar.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang baru berkahwin dan sedang belajar-belajar memasak, tentu masih tercari-cari menu apa yang sesuai untuk dimasak buat suami tercinta.
Kadang-kadang bosan juga makan nasi. Sekali-sekala teringin juga hendak makan menu yang ringkas dan mudah disediakan.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan doktor ini berkongsi resipi mudah maggi kari soya. Berikut resipi dan cara-cara memasak. Selamat mencuba!
RESIPI MAGGI KARI SOYA
Bahan-bahan: (1 orang makan)
1 bungkus mi segera
1 kotak minuman soya (250 ml)
1 butir telur
2 tangkai cendawan
1 batang daun bawang
1 sudu besar biji bijan
1 sudu teh minyak bijan
1 keping nori
1 sudu besar chili oil
CARA MEMBUAT:
Boleh guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain itu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.
2. Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan air sebanyak secawan (250 ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang, atau apa-apa cendawan.
3. Kemudian pecahkan telur ke dalam cawan yang berisi 200 ml air (bersuhu bilik). Teknik ini telur rebus tanpa kulit.
4. Masukkan mangkuk dan cawan tadi dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), dan letak pemasa selama 1 ½ minit. Kadang-kadang perlu 2 minit. Bergantung jenis microwave.
5. Apabila mi sudah kembang, tos dan buang airnya. Jika tidak kisah, guna air rendaman mi, tadi tak payah pakai air, terus guna minuman soya untuk rendam mi. Terpulang masing-masing.
6. Ketepikan mi yang sudah ditos. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave 1-2 minit. Kalau lebih, mungkin air soya tu akan berketul.
7. Apabila sudah panas, keluarkan dan campur minyak bijan sedikit. Kalau tidak suka minyak bijan, boleh langkau. Minyak bijan memberikan aroma yang membangkitkan selera.
8. Selepas itu susun telur yang kita sudah masak dalam cawan tadi, daun bawang, cendawan, kepingan nori. Letak sedikit minyak cili (chili oil).
9. Tabur bijan yang sudah disangai. Sebenarnya boleh letak apa sahaja yang kalian suka pada mi ini. Ayam, itik, sosej, bawang goreng, sayur, dan sebagainya.
10. Kuah mi ini berempah, dan berlemak. Makan dengan chili oil memang sepadan. Daun bawang pula rangup, dan nori pula memberi rasa ‘laut’ kepada hidangan ini. Telur sebagai sumber protein.
11. Boleh disediakan dalam masa 5 minit, tapi nampak macam hidangan 5 bintang. Cubalah!