
Wanita, selain masalah peha besar, lengan dan perut pun antara masalah utama bagi mereka juga. Jadi, hari ini kami akan kongsikan kepada anda antara petua yang dapat kecilkan peha anda tu.
Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Jadi, ini yang buatkan kadang kala mereka kurang keyakinan diri dan ‘stress’. Amalkan petua rebusan jintan manis ini. Semoga ia dapat mengecilkan peha anda!
Bahan-bahan :
- 1 liter air
- 2 sudu besar jintan manis
Cara-cara:
- Rebus jintan manis dengan 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil
- Minum secawan pagi nak secawan malam. Diminum setiap hari selama sebulan
Amalkan secara konsisten, pasti akan membuahkan hasil. Amalan petua ini juga sangat berkesan jika disusuli dengan senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Ibu menyusu boleh amalkan ,boleh banyakkan susu badan. Jangan lupa catat ukuran peha sebelum dan selepas sebulan mengamalkan rebusan ini ya. Bila ada perubahan, pasti akan lebih yakin dan seronok untuk meneruskan amalan ini.
Rebusan ini juga membantu :
- Buang angin dalam badan
- Masalah mulut berbau
- Kurangkan selera makan
- Tingkatkan metabolisme
- Cuci usus
- Sakit-sakit sendi
- Kolesterol tinggi
- Tambah darah
- Gemok air
- Banyakkan susu ibu
Sumber : Eeda ray
Hanya Dengan DIY Kiub Timun Madu, Anda Boleh Miliki Kulit Yang Cantik & ‘Glowing’

Buat bakal pengantin yang ada masalah lebam di bawah mata dan mahu miliki kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat, boleh cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir. Mudah je, hanya gunakan bahan-bahan yang ada di dapur.
Bukan sahaja mudah, petua ini juga selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia yang digunakan. Lakukan secara konsisten dan rasai sendiri perubahan pada wajah anda. Hanya gunakan timun dan madu je! Berikut merupakan perkongsiannya.

Kulit Sihat Cantik Dan Glowing Dengan Menggunakan Bahan Dari Dapur.
Hai uolls, hari ni I nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan-Bahan:
- Timun
- Madu
- Air bersih

Cara-Cara Membuat:
1. Masukkan potongan timun, madu dan air bersih ke dalam mesin pengisar.

2. Kisar sehingga hancur dan lumat.

3. Masukkan ke dalam bekas kiub ais, simpan dalam peti sejuk dan bekukan.

4. Setelah beku, gosokkan selama 10 minit di sekitar wajah dan bilas menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.


Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat. Muka pun akan terasa segar serta liang-liang pori akan mengecil.
Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Faarihah Kadir
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

Menjelang hari penuh bersejarah , tentunya pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh bakal pengantin. Sudah pasti ada ketikanya diri terasa lemah dan tidak bermaya disusuli dengan tidur yang tidak mencukupi lantaran menyiapkan hal perkahwinan. Sebaiknya sebagai bakal pengantin, diri perlu dipersiapkan agar tampil hebat dan anggun di hari pernikahan nanti.
Dengan membuat rawatan di spa, diri beroleh ketenangan serta mengembalikan kesegaran dan tenaga. Kunjungan ke HerbaLine Sri Hartamas memberi manfaat yang menyeluruh khususnya buat bakal pengantin kerana di sini menawarkan konsep rawatan kecantikan dan kesihatan dengan menggabungkan 3 entiti berbeza di bawah satu bumbung. Sememangnya spa rawatan Herbaline bukan lagi asing kerana ia sudah beroperasi selama 17 tahun dengan pakej spa wajah malah semakin berkembang apabila menjalin kerjasama dengan pusat kesejahteraan terkenal di Malaysia, Healthland Family Wellness Centre sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman kesejahteraan dan kecantikan untuk rakyat Malaysia.
1. HerbaLine Facial Spa



2. HealthLand Family Wellness Centre



3. Mama Kim Sauna Mee Café


Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Dalam Masa 20 Hari Dengan Habbatussauda

Sebut sahaja bab diet atau mahu menurunkan berat badan, berlambak tip dan saranan yang diberikan baik oleh persendirian mahupun menerusi bacaan di internet serta buku. Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.
Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis sakit. Antaranya termasuklah untuk menurunkan berat badan.
Sebenarnya, di dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin
dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. kalau anda nak turunkan berat badan atau mengalami masalah kesihatan seperti selsema atau batuk, boleh cuba petua ini hasil perkongsian dari Sumaiyah Abdullah.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat. Bahan-bahannya adalah: 2 sudu besar habatussauda, 1 jug air, 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan) Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan. Kalau korang nak tahu,
Dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan.
Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi. Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum. Selamat mencuba.
Sumber : Sumaiyah Abdullah