
Sehingga kini persalinan songket tradisional sentiasa menjadi pilihan mempelai. Ini membuktikan songket sentiasa relevan dan tak lapuk dek zaman. Nilainya yang sentimental dan evergreen menjadikan penampilan raja sehari lebih eksklusif.




Kata orang, classic yet elegant! Kemasan fabrik bekilau dengan benang emas pada songkat asli menghidupkan lagi aura raja sehari di pelaminan. Istimewanya lagi, tradisi Melayu kekal utuh dalam majlis serba moden.


Cantiknya seorang pengantin itu bukan hanya pada wajah bahkan pada pakaiannya juga. Bagi pengantin perempuan bayangkan jika anda dapat menyarung busana pengantin idaman di hari bahagia tentu ia meninggalkan detik paling manis dalam hidup anda.




Dengan peredaran masa kini maka banyak jugalah yang kita dapat lihat antara corak dan rekaan busana pengantin. Pelbagai jenis fabrik yang digunakan oleh fashion designer. Namun, ramai juga yang memilih songket sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya cantik sangat songket ini dipadankan masa kahwin.

Baju kahwin songket yang makin menjadi trend sejak kebelakangan ini mendapat banyak perhatian di kalangan raja sehari. Pelbagai warna dan rekaan menjadi tarikan. Gabungan idea serta ilham yang terbaik antara bakal pengantin dan fashion designer akan menghasilkan busana perkahwinan yang hebat!
Trik Samarkan Garis Seluar Dalam, Lepas Ni Tak Risau Dah Pakai Pakaian Fabrik Lembut

Wanita kerap bimbang jika garis seluar dalam mereka terbentuk jelas ketika memakai pakaian yang mengikut bentuk badan seperti slim fit dress, skinny jeans, celana yoga, atau skirt berdasar fabrik lembut.
Selain menghilangkan keyakinan diri, ramai wanita kurang selesa kerana asyik memperbaiki posisi tubuh yang sesuai agar garis seluar dalam tidak mencolok mata.
Berikut sembilan trik yang boleh anda lakukan untuk menyamarkan garis seluar dalam.
Kain Tebal atau Bertekstur
Hindari memakai gaun dengan bahan ringan yang licin dan halus seperti sutera, jersi, atau satin. Gaun berbahan ini boleh melekat pada tubuh sehingga menampakkan garis selaur dalam. Gaun dengan bahan tebal atau memiliki tekstur boleh menjadi pilihan yang sesuai. Ia dapat menyamarkan garis yang terbentuk dan memberikan siluet ramping yang lebih rata.
Pakaian Bermotif
Pakaian bermotif juga boleh menyembunyikan garis selaur dalam. Semakin banyak motif, garis seluar dalam akan semakin tersamar. Kenakan pakaian yang bermotif kecil berbanding motif besar. Motif besar lebih berpotensi memperlihatkan garis seluar dalam kerana ruang berwarna polos lebih besar sehingga garis pakaian dalam boleh terlihat dengan jelas.
Tights atau Pantyhose
Kedua-duanya memiliki perbezaan daripada segi ketebalan. Tights lebih tebal daripada pantyhose. Meski ketebalannya berbeza, kedua-duanya tetap boleh menyamarkan garis seluar dalam yang terlihat dan tidak akan menambah volume pada keseluruhan penampilan anda.
Pakaian Dalam Yang Labuh
Pakaian dalam berbahan satin yang labuh boleh menjadi alternatif. Pilih pakaian dalam yang cukup menutupi seluar dalam anda sehingga garis seluar dalam tidak kelihatan ketika anda memakai gaun yang mengikut bentuk tubuh. Pastikan anda ‘melalukan’ penyangkut baju besi’ di atas pakaian beberapa kali untuk melepaskan energi elektrik statis.
Thong dan G-String
Thong dan g-String mungkin memang tidak sama seperti seluar dalam yang biasa anda pakai, namun thong dan g-string sama-sama efektif untuk mencegah terlihatnya garis seluar dalam. Kedua-duanya hanya memiliki tali nipis untuk menutupi bahagian punggung. Perbezaan kedua-duanya ialah g-string memiliki tali lebih nipis dibandingkan thong yang talinya sedikit lebih lebar di bahagian punggung dan pinggang.
Seluar Dalam Boyshorts
Garis seluar dalam jenis ini jatuh tepat di bawah garis punggung jika dibandingkan dengan garis seluar dalam biasa. Boyshorts hadir dengan berbagai bahan, namun bahan flat lace atau jenis seamless atau tanpa jahitan biasanya tidak mudah menampakkan garis seluar dalam di atas gaun anda yang ketat. Jenis ini juga lebih selesa dipakai jika dibandingkan dengan thong dan g-string.
Seluar Dalam Laser-Cut
Jenis seluar dalam ini menggunakan teknologi laser untuk memotong garis seluar dalam sehingga tidak memerlukan jahitan atau biasa disebut dengan seamless. Bahan yang nipis tidak akan membuatkan garis seluar dalam kelihatan. Ianya sama selesa dengan boyshorts untuk dipakai. Namun apabila bahagian tepi seluar dalam mulai berlipat, bergulung, atau berjumbai, ini pertanda anda harus menggantikannya dengan yang baharu.
Shapewear
Shapewear mampu membentuk tubuh anda agar anda tampak sempurna saat mengenakan gaun mengikut bentuk tubuh. Tubuh juga akan lebih ramping selain memperlihatkan lekuk tubuh yang tepat. Namun shapewear yang terlalu ketat juga tidk elok. Lebih baik pilih shapewear yang benar-benar sesuai dengan ukuran tubuh anda bagi menjamin keselesaan ketika dipakai.
Anzalna Nasir ‘Pikat’ Pusat Beli Belah Isetan, Jadi ‘Muse’ Koleksi Flora Nostalgia Raya

Keperibadiannya sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi. Keistimewaan itu menjadikan Anzalna Nasir diangkat sebagai ‘muse’ ideal untuk koleksi Flora Nostalgia Raya, pusat beli belah terkemuka, Isetan.
Sebagai salah seorang ikon fesyen, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna Nasir jelas menunjukkan keyakinan dan elegan. Sama ada berada di permaidani merah mahupun ketika ibu jelita ini meluangkan masa bersama keluarga, Anzalna punya daya tarikan yang tersendiri.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kempen Raya Isetan. Tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya adalah cantik dan mempesonakan. Saya teruja untuk berkongsi minat saya dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai.
“Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia. Saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini,” kata Anzalna.
Diinspirasikan corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik koleksi terbaru Isetan Kuala Lumpur membawa anda kembali ke masa lalu.
Berlangsung dari 17 Mac hingga 27 April 2023, koleksi ini menampilkan reka bentuk fesyen eksklusif daripada 25 jenama terkenal Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante dan lain-lain.
Buat wanita di luar sana yang suka berfesyen macam Anzalna, berikut beberapa gaya yang boleh dijadikan inspirasi.
Daripada baju kurung yang mempesonakan sehinggalah seleksi pakaian gaya moden, setiap helaian mempamerkan kreativiti dan kepintaran jenama dalam menggabungkan tradisi dan kemodenan, menepati semangat raya dengan sempurna.
Ini pula pilihan gaya moden
Raikan kebersamaan di hari raya dengan penuh bergaya dengan ‘Flora Nostalgia Raya.’ Keindahan raya masa lalu dan masa kini dihayati, sambil dibantu oleh Anzalna sebagai sumber inspirasi fesyen dan gaya.
Beli koleksi di Isetan Kuala Lumpur dengan promosi menarik tersedia untuk masa terhad dan pelanggan berpeluang menyertai peraduan untuk berbuka puasa bersama Anzalna. Pelanggan juga boleh memiliki mangkuk tingkat edisi khas percuma menggunakan kod promo koleksi ‘muse’.
Bagi pelanggan yang lebih gemar membeli-belah mengikut keselesaan mereka atau mempunyai akses terhad ke kedai fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu.
‘Veil’ Yang Tepat Mampu Serlahkan Seri Pengantin! Ini Ada 8 Idea Yang Boleh Dijadikan Pilihan

Tidak lengkap penampilan pengantin dengan padanan veil atau layah sebagai aksesori pelengkap busana di hari perkahwinan. Pemilihan veil yang tepat amat penting agar keseluruhan penampilan anda seimbang dan sempurna. Malah jika anda bijak memilih veil yang tepat, pastinya ia mampu menaikkan seri dan aura pengantin.
Jom kita lihat lapan pilihan veil yang boleh pengantin gayakan di hari perkahwinan.
1. BLUSHER VEIL
Blusher veil merupakan veil pendek yang mana kepanjangannya jatuh tepat di bawah bahu tetapi masih berada di atas payudara. Jenis veil ini merupakan yang popular digunakan kerana ia menutupi seluruh wajah sehingga membuatkan pengantin tampil lebih elegan.
2. FLY-AWAY VEIL
Veil ini mempunyai banyak lapisan dan bertingkat-tingkat. Ia dianggap kurang formal dan sesuai dipadankan dengan busana yang lebih ringkas. Namun, busana yang mempunyai perincian sarat pada bahagian punggung adalah padanan yang sesuai dengan veil jenis ini.
3. BIRDCAGE VEIL
Jenis veil ini agak pendek dan kepanjangannya hanya di paras dagu namun membingkaikan wajah dengan begitu sempurna. Selain itu, ada juga veil jenis ini yang mempunyai kepanjangan hanya segaris hidung bahkan mata.
4. ELBOW LENGTH VEIL
Sesuai dengan namanya, veil ini mempunyai kepanjangan sehingga ke siku dan meluas. Ia juga terdiri daripada satu lapisan tunggal atau dua, tiga lapisan yang dipotong sama panjang. Gayanya tampak lebih ringkas.
5. FINGERTIP VEIL
Ini merupakan salah satu jenis veil yang paling popular. Ia melebar hingga ke hujung jari pengantin dan cukup sesuai digayakan dengan semua jenis busana. Kepanjangannya yang cukup selesa membolehkan pengantin menggayakannya di acara pernikahan mahupun persandingan.
6. BALLET LENGTH VEIL
Veil jenis ini berjuntai dengan kepanjangan hingga meleret ke lantai. Ia menutupi hampir keseluruhan tubuh pengantin bagi membentuk kesan seperti jubah. Veil ini juga sangat tepat dipadukan dengan busana pengantin tanpa ekor.
7. CHAPEL LENGTH VEIL
veil ini dikombinasikan dengan busana pengantin yang memiliki ekor panjang. Ia memanjang menutupi hampir keseluruhan ekor busana sehingga membuatkan pengantin kurang selesa untuk bergerak dengan bebas.
8. SEMI-CATHEDRAL VEIL / CATHEDRAL VEIL
Jenis veil ini mempunyai kepanjangan yang hampir sama dengan Chapel Length. Cuma bezanya, veil ini terdiri daripada dua juntaian panjang yang menutupi sehingga ke bahagian ekor busana pengantin.