Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.

Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.

Selain itu juga,sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI