
Mandi bunga ialah perawatan kecantikan yang paling sering dilakukan oleh bakal ratu sehari. Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk membuka aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah.
Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.
Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal kecuali bagi menambah keyakinan. Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu.
Kami kongsikan tip buat bakal ratu sehari yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.
Bahan Yang Diperlukan
- Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri
- Bunga pelbagai warna (bunga Jasmine dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)
- Elakkan bunga berwarna hitam
- Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi
- Satu botol air mawar
- Dua biji limau purut
Kaedah Penyediaan
- Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.
- Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil.
- Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.
- Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.
- Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.
- Rendam semalaman.
Cara Mandi
- Sebaiknya mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
- Seelok-eloknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.
- Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman di bahagian tubuh sebelah kiri.
- Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.
- Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.
Kena Cuba Tip Ini! 5 Kelebihan Lemon Buat Wajah Bertukar Menjadi Cerah & Berseri

Salah satu buah yang kaya dengan manfaat ialah lemon. Manfaat lemon untuk wajah telah terkenal sejak dahulu lagi sehingga tidak hairan jika banyak produk kecantikan yang menggunakan buah ini sebagai bahan asasnya.
Ia memiliki banyak kandungan yang baik untuk kesihatan tubuh serta kecantikan wajah iaitu vitamin B, vitamin C, protein, karbohidrat dan potanium. Apakah manfaat lemon untuk kecantikan wajah?
1. Lemon Dapat Mencerahkan Wajah
Apakah anda merasa wajah sudah terlihat kusam? Jangan bimbang, ternyata ada juga khasiat lemon untuk wajah kusam iaitu mencerahkan wajah. Vitamin C sangat tinggi dalam lemon dan menyingkir sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kelihatan jauh lebih cerah. Penggunaan lemon ini sangat mudah, buat jus lemon dengan membelahnya terlebih dahulu kemudian diperah.
Lalu, tambahkan 2 sudu teh madu ke dalam lemon dan kacau sampai rata. Madu akan menghaluskan kulit, tetapi boleh juga diganti dengan air ataupun air mawar jika bahan tersebut belum tersedia. Oles campuran lemon dan madu tersebut ke seluruh bahagian wajah, biarkan 15 minit lalu bilas. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini satu kali seminggu. Wajah kusam bukan lagi menjadi masalah anda.
2. Lemon Mengurangkan Jerawat Di Wajah
Masalah jerawat merupakan masalah yang banyak dialami oleh para remaja kerana meningkatnya hormon dan wajah tidak mendapatkan rawatan yang baik sehingga banyak kotoran yang menyumbat pori-pori akhirnya menimbulkan jerawat.
Lemon yang kaya vitamin C ini ternyata memiliki manfaat untuk wajah berjerawat, iaitu mengurangkan dan menghilangkan bekas jerawat mahupun kesan hitam di wajah. Kandungan dalam lemon akan mengeringkan jerawat lebih cepat dan mencerahkan noda-noda hitam. Cara penggunaannya sangat mudah, sediakan 1 buah lemon. Belah buah lemon menjadi dua bahagian dan perah hingga keluar airnya. Campurkan air lemon yang masih pekat tersebut dengan sedikit air sampai menjadi agak cair.
Celupkan kapas muka ke campuran air tersebut dan tempelkan ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 sampai hingga 20 minit hingga air lemon di wajah kering. Bilas wajah dengan air dan keringkan. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jerawat kita akan lebih cepat kering dan tidak meninggalkan bekas.
3. Lemon Mampu Mengawal Minyak Di Kulit
Kulit berminyak dapat menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti jerawat, dan memiliki kulit berminyak dapat merosak penampilan seseorang kerana muka akan kelihatan berminyak. Bagi pemilik wajah berminyak, jangan bimbang kerana ada juga manfaat lemon untuk wajah berminyak. Asam di lemon dapat meluruhkan minyak di wajah dengan baik dan wajah anda tak akan lagi nampak sangat berkilau ketika difoto.
Rawatan wajah berminyak dengan lemon ini sangat mudah, siapkan buah lemon segar. Kemudian, potong lemon menjadi 2 bahagian. Basuh wajah dengan air suam terlebih dahulu dan pastikan sebelumnya bahawa wajah memang dalam keadaan bersih. Gosok-gosokkan salah 1 bahagian lemon ke seluruh wajah secara rata. Biarkan air lemon yang bertepek di wajah tersebut selama 15 hingga 20 minit. Lalu, bersihkan kembali wajah menggunakan air sejuk. Rawatan ini boleh dilakukan setiap hari untuk mengurangkan minyak di wajah.
4. Mengecilkan Pori-pori Pada Kulit Wajah
Membesarnya pori-pori kulit wajah dapat menyebabkan berbagai-bagai masalah seperti jerawat yang dapat merosak penampilan anda. Ternyata buah lemon mampu mengecilkan pori-pori di wajah secara semulajadi. Berikut cara penggunaan buah lemon untuk mengecilkan pori-pori:
- Sediakan satu buah lemon segar. Peras lemon ke dalam mangkuk.
- Campurkan air lemon dengan sedikit air kemudian kacau hingga rata.
- Oles campuran air lemon itu pada bahagian seluruh wajah dengan menggunakan kapas.
- Biarkan sekitar 15 minit, bilas dengan air bersih.
- Keringkan dengan tuala lembut. Lakukan secara rutin setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Lemon Dapat Melembapkan Wajah
Uniknya lagi, terdapat manfaat lemon untuk wajah kering iaitu melembapkan wajah sehingga boleh juga dijadikan pelembap semula jadi. Vitamin yang terkandung di dalamnya akan menambah zat pada kulit sehingga kulit akan terasa lebih halus.
Sediakan satu biji lemon segar, setengah buah timun, dan setengah buah avokado. Kemudian perah lemon hingga keluar airnya, tumbuk atau parut timun hingga halus, dan kisar avokado hingga teksturnya menjadi seperti krim. Siapkan bekas yang bersih, kemudian campurkan ketiga bahan tersebut hingga rata. Sapukan ke seluruh bahagian wajah yang kering. Biarkan selama 20 minit, lalu bilas dengan air yang bersih. Untuk melembapkan kulit secara optimum, lakukan rawatan ini sebanyak tiga kali seminggu. Jika anda tidak menggunakan pelembap, langkah ini boleh dilakukan setiap hari (satu kali sehari).
Kahwin Lama Bukan Bermaksud Boleh Abaikan Penampilan. Ini Tip Khusus Untuk Wanita

Suami kena terima saya seadanya. Mungkin itu yang anda rasakan pabila sudah bertahun-tahun hidup bersama, tidur sekatil dan sesekali berkongsi satu bantal berdua. Nah, biarpun sudah beranak-pinak dan usia pun kian meningkat, pastikan sang suami tetap bangga memiliki anda di sisinya. Membongkar 21 petua cantik agar cinta cik abang terus mekar berkembang! Pemulaan, Tempuhi hari baru dengan amalan bangun tidur ini. Tarik nafas dalam dan lakukan sedikit regangan untuk melancarkan darah. Kemudian minum segelas air, berselawat dan raupkan wajah untuk awet muda.
1. Bagi wanita berkerjaya atau surirumah yang sibuk, dapatkan potongan rambut pendek yang comel mengikut bentuk wajah anda. Ia lebih ringkas, mudah diurus dan membuatkan penampilan kelihatan lebih muda.
2. Ramai suami yang menyukai bau rambut isteri yang bersih selepas dicuci. Jadi pastikan anda bersyampu dan memakai perapi rambut setiap petang. Rutin ini juga memudahkan rambut didandan pada keesokan hari.
3. Kulit yang mulus tidak akan menjelma sekelip mata. Amalkan rutin mengusap krim malam yang baik sebelum tidur agar wajah kembali segar bermaya, sebaik anda terjaga dari lena.
4. Samada bertudung atau tidak, sembunyikan uban dari pandangan suami anda! Litupi uban dengan inai atau pewarna rambut rona gelap. Lakukan highlight jika berani, suami anda pasti teruja.
5. Rona kulit yang tidak sekata, kusam atau berbelak-belak boleh disembunyikan dengan aplikasi BB Cream. Ia bertindak sebagai bedak asas, pelembap, pencerah dan pelindung SPF yang lengkap untuk kegunaan harian.
6. Punya date membeli-belah dengan yang tersayang? Usah biarkan wajah polos tanpa solekan. Ingat lima asas solekan ringkas – berbedak, maskara, eyeliner, blusher dan lip gloss!
7. Tip agar pembayang mata bertahan lama, oleskan warna pilihan dengan putik kapas lembap berbanding berus aplikator yang disediakan. Putik kapas lembap juga baik untuk merapikan warna yang comot.
8. Semburkan mist selepas bersolek untuk membuatnya tahan berjam-jam. Amalan ini sesuai jika anda pulang dijemput suami atau berjanji makan malam dengannya selepas waktu pejabat.
9. Titiskan pelembap mata pada siang hari untuk mengembalikan kilauan, menyegar dan menghilangkan kepenatan. Lebih-lebih lagi jika memakai kanta lekap atau berkaca mata, tidaklah nanti mata asyik terkebil-kebil sahaja.
10. Bulu mata yang lentik terlihat lebih galak dan memukau. Jika bulu mata anda pendek dan tidak menarik, amalkan pemakaian alat pelentik bulu mata untuk mencipta kesan dramatik. Nah, bukankah cinta itu datang dari mata?
11. Oleskan jeli petroleum pada kening dan bulu mata sebelum tidur. Ia membantu agar ia tumbuh lebih lebat, kemas dan berkilat.
12. Mata yang sembab atau dilingkari bebayang hitam pasti tidak menarik. Lindungi masalah ini dengan gel mata yang disimpan dalam peti sejuk. Sensasi dingin akan merawat keletihan mata dengan berkesan.
13. Selain itu, gunakan timun atau uncang teh dingin untuk memulihkan lingkaran gelap. Untuk menghapuskan kantung mata, uruti daerah luar dan sekeliling mata dengan krim pelembap sambil merangsang lymphatic drainage.
14. Bayangkan bibir yang lembut mengucup kulitnya… Atasi masalah bibir kering dengan eksfoliasi setiap hari. Hanya gosok lembut dengan berus gigi dan sapukan Vaseline. Kemudian sapukan balm bibir dengan SPF 30.
15. Eksfoliasi bahagian wajah, leher dan tengkuk anda untuk menyisihkan kulit mati setiap dua minggu sekali. Bahagian-bahagian ini perlu diberi perhatian rapi kerana ia menjadi pusat perhatian suami.
16. Pupuk masker setiap minggu untuk membantu menyerlahkan wajah yang bebas cela. Namun elakkan masker ini dipakai semasa tidur, bimbang suami terkejut pula nanti!
17. Ketika bermanja dengan suami, pastikan seluruh kulit tubuh anda lembut dan licin, termasuklah tapak kaki. Amalkan sapuan losen dan sesekali lakukan rawatan spa pedicure untuk merawati tumit merekah.
18. Berurut sangat baik untuk merehatkan badan, selain membantu melancarkan darah, menyahtoksin dan membentuk badan yang pejal. Lebih intim jika anda menempah couple treatment di spa untuk urutan bersama suami.
19. Kenakan losen pelembap sebelum tidur. Tumpukan pada bahagian-bahagian kering seperti siku dan lutut. Aroma losen yang lembut juga boleh memberikan efek sensual ketika berbaring dengan suami.
20. Atasi masalah bau nafas tidak menyenangkan dengan berkumur-kumur menggunakan mouthwash khas untuk masalah ini. Lebih-lebih lagi ketika bangun dari tidur, sebaiknya gosoklah gigi terlebih dahulu sebelum mengejutkan suami.
21. Cuba belek album perkahwinan anda, lalu bandingkan perbezaan dulu dan sekarang. Apakah anda kini lebih gemuk dan tidak terurus? Kembalikan wanita jelita di dalam gambar-gambar itu. Anda masih belum terlewat untuk berdiet dan menjaga pemakanan. Mungkin tidak sekurus dulu tetapi sekurang-kurangnya berat badan terjaga.
Guna 4 Bahan Ini, Hasilnya Bibir Cantik Kemerahan

Daripada keseluruhan anggota tubuh kita, kulit wajah selalunya yang paling dititikberatkan.
Bagaimana pula dengan bibir? Boleh dikatakan, selagi tiada masalah serius, selagi itulah kita tidak memberikan penjagaan sewajarnya buat anggota itu.
Malah ada antara kita yang tidak pernah melakukan perawatan bibir kerana tumpuan biasanya lebih diberikan terhadap kulit wajah.
Apa kata, bermula hari ini kita melakukan rutin perawatan bibir dengan pupur. Tidak perlu ke spa atau pusat kecantikan kerana bahan penyediaan pupur untuk bibir sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah.

Menjaga bibir agar kekal kemerahan dan cantik boleh dilakukan hanya dengan pupur. Tekstur seperti berpasir juga menjadi penyelesaian untuk kulit bibir bermasalah.
Fungsi pupur pada bibir sebenarnya sama dengan fungsi bahan itu pada tubuh. Krim berpasir ini jika digosok perlahan pada bibir akan mengelupaskan lapisan luar bibir anda.
Biasanya pupur bibir akan dibuat manis agar terasa selesa dan tiada masalah jika tertelan kerana semua bahan yang digunakan pun selamat dan daripada sumber makanan.
Antara kelebihan menggunakan pupur bibir adalah kulit mati di sekitar bibir akan terkeluar hingga lapisan keras pada bibir hilang digantikan dengan lapisan baru yang terasa lembut, halus dan kenyal.
Jika anda memakai gincu matte, rekahan pada bibir akan sedikit terlindung manakala yang tinggal hanya garis halus.
Kosmetik bibir seperti gincu, penggaris dan pengilat bibir yang dipakai juga akan tahan lama. Selepas melakukan pupur, bibir akan terasa lebih lembap dan dapat menyerap kelembapan lebih lama.
Berapa kerap perlu disapu pupur bibir ini? Sama seperti pupur wajah, satu atau dua kali seminggu sudah memadai.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, pupur bibir apa yang sesuai untuk dibuat sendiri? Sebenarnya, anda boleh membuat pupur bibir daripada bahan semula jadi yang boleh ditemui dengan mudah atau sering digunakan untuk memasak seperti gula dan minyak zaitun.
Madu juga boleh menjadi bahan utama dalam perawatan pupur bibir kerana khasiatnya untuk mencantikkan kulit memang tidak dapat disangkal.
Ketahui cara mudah membuat pupur bibir menggunakan bahan semula jadi dan mampu bertahan sehingga dua atau tiga bulan pada suhu bilik.
Bahan pupur
• 1 sudu besar gula pasir
• 1 sudu madu
• 1 sudu minyak zaitun
• Sedikit perahan lemon (setengah biji)