Tentunya hari perkahwinan adalah hari yang paling bahagia buat anda kerana pada hari ini lah anda dan pasangan disatukan dalam sebuah majlis yang gilang-gemilang.
Pasti anda dan pasangan tidak akan melupakan hari tersebut. Namun, mengapa ada yang merasakan selepas perkahwinan itu tidak indah seperti yang di sangka? Mungkin ini sebabnya anda perlu tahu!
Tidak tahu tanggungjawab masing-masing
Sebelum kahwin semua perkara dilakukan bersama namun mengapa selepas berkahwin tanggungjawab itu dibiarkan begitu sahaja? Anda dan pasangan perlu lebih faham dan peka mengenai tanggungjawab masing-masing. Kerjasama itu juga penting
Tiada kewangan yang kukuh
Sebab itu perlunya ada penyimpanan selepas berkahwin. Walaupun gaji anda sikit, itu tidak bermaksud anda tidak boleh menyimpan wang. Kalau boleh asingkan walau sedikit wang anda ke dalam bank untuk masa depan bersama.
Tiada kepercayaan antara satu sama lain
Tiada guna kalau anda berkahwin tapi tiada kepercayaan pada pasangan. Dalam kehidupan berumah tangga anda perlu lah mempercayai pasangan anda, tapi jika dia melakukan luar jangkaan anda, bincanglah dengan baik.
Tiada persefahaman sesama pasangan
Sebab itu pentingnya komunikasi dalam perhubungan. Apa yang tidak betul beritahu, ada masalah beritahu. Jangan pendamnya sendiri. Bercakaplah dan bincang dalam keadaan yang elok tentang masalah anda dan dia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI