Dilema pula sama ada nak raikan majlis kahwin di rumah atau di dewan. Ada pasangan pengantin yang awal-awal lagi sudah buat keputusan lokasi perkahwinan yang ingin diadakan. Jom kita baca pro dan kontra kenduri kahwin di rumah atau di dewan.
Majlis di rumah tidak perlu tempah lebih awal. Sewa dewan pun tidak diperlukan. Malah, pasangan pengantin juga tidak perlu menempah bilik hotel atau bilik menunggu untuk bersiap serta untuk saudara-mara yang datang.
2. Gotong-royong
Majlis yang diadakan di rumah boleh buat rewang. Kemeriahan rewang memang tidak disangkal. Barulah rasa bahang sebuah perkahwinan!
Ads
3. Lebih ramai tetamu
Kelebihan mengadakan majlis di rumah adalah kita boleh membawa tetamu lebih ramai. Banyak khemah yang boleh dipasang sekiranya kawasan kediaman luas.
4. Kompang
Jarang sangat sekarang orang memanggil pasukan kompang untuk majlis perkahwinan. Semuanya menggunakan pemain CD sahaja. Bayangkan pasukan kompang yang anda upah siap dengan pakej silat pengantin. Meriah tu!
5. Tidak perlu berpindah-randah.
Ads
Kadang-kadang masalah timbul apabila pengantin dan keluarga terpaksa membawa barang dari rumah ke lokasi perkahwinan. Nanti ada sahaja barang yang tertinggal. Kan lebih baik adakan majlis di rumah.
MAJLIS DI DEWAN
Kos meliputi banyak perkara
Apabila majlis diadakan di dewan, pengantin tidak perlu fikirkan tentang kerusi meja dan khemah untuk disewa. Semua ini sudah termasuk di dalam bayaran untuk sewaan lokasi. Kalau hujan atau panas pun tak apa!
2. Perhiasan pelamin
Biasanya pemasangan pelamin akan dilakukan hanya di dewan, tidak mengganggu tuan rumah dan saudara mara yang ramai berkumpul di rumah. Cuma, pengantin atau ada ahli keluarga yang berada di dewan untuk memastikan pelamin dipasang dengan baik.
Ads
3. Eksklusif
Majlis perkahwinan di dewan tampak lebih eksklusif. Belum hiasan pelamin yang indah menjadi centre of attraction.
4. Katering
Tak perlu pening kepala untuk fikirkan katering bagi majlis perkahwinan. Carilah dewan yang mempunyai katering sekali. Tak perlu anda runsing tentang makanan yang akan dihidangkan nanti.
Bolehlah para pengantin buat pertimbangan yang lebih baik. Ada banyak lagi kelebihan dan kekurangan ni. Yang penting anda ia bergantung pada bajet anda.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dapat gaji, duit itu hanya mampu bertahan hanya untuk 2 hingga 3 minggu sahaja. Jika perkara ini yang terjadi, sudah tiba masanya untuk melantik isteri kesayangan sebagai Gabenor Bank Keluarga.
Sebagai suami, cukuplah main peranan sebagai ketua keluarga. Tujuan ini bukanlah untuk melonggokkan amanah dan tanggungjawab pada isteri, namun ini demi kebaikan bersama.
PERKARA BIASA BUAT PENGANTIN BARU
Adalah normal jika ada masalahkewangan masa awal-awal kahwin. Hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama televisyen sahaja bila kahwin terus ada rumah fully furnished dengan kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Terimalah hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit, bukan bermaksud isteri queen control!
MASA DEPAN RUMAHTANGGA
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri bukan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
1. SENARAIKAN PENDAPATAN
Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).
2. TENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN
Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.
3. BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
Bezakan antara keperluan dan kehendak.
Utamakan keperluan terlebih dahulu.
Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.
4. REKOD PERBELANJAAN
Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
5. NILAI SEMULA BAIKI CARA BERBELANJA
Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.
Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Kecur liur bila tengok sambal yang dah siapkan Puan Afy Al Habibi atau dikenali dengan panggilan Cikgu. Stok sambal ni bukan sahaja boleh memudahkan kerja para isteri malah orang bujang pun boleh buat stok macam ni banyak-banyak.
Ada orang yang suka makan sambal untuk menaikkan selera makan. Bayangkan makan nasi panas-panas, ada ikan goreng atau ayam goreng dan ulam-ulaman, memang dah tak toleh belakang dah bila makan.
Jom kita semak cara membuat sambal lima beradik ni.
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
-*1/4 bawang besar Holland
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajinomoto
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
*boleh tambah@kurangkan gula dan garam ikut citarasa sendiri*
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni jaddi sangat!
Mudah kan? Jom masuk dapur dan kita start dengan satu jenis sambal dulu. Lepas tu boleh la buat sambal lain keesokkan harinya pula. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semestinya bila nak kahwin, syaratnya adalah wajib memasak. Sekarang ni nak belajar memasak senang sangat. Semuanya di hujung jari sahaja. Paling penting, baik suami atau isteri rajin. Bakat terpendam, siapa yang tahu. Betul tak?
Salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan resipi hanyalah dengan carian di internet. Paling tidak pun, sambil-sambil ‘mengintai’ Facebook kawan-kawan, intailah juga akaun masak-masak. Contohnya anda boleh cuba resipi yang ada DI SINI.
Tetapi resipi kali ini, kita ‘intai’ di laman Facebook seorang penulis buku masakan Malaysia dan chef peribadi, CHEF SUE ARUKIN . Nampak sedap pula vadey buat minum petang.
VADA ~ Vada @ Vadai @ Vadey ialah Indian snack yang diperbuat dari pelbagai jenis kacang dal. Ada yang dibuat dari dal putih, dal kuning, dal merah, dal hitam, dan lain2.
Hari ini saya share salah satu resipi vada yang diperbuat dari dal kacang hijau (bewarna kuning) atau dikenali juga sebagai moong (mung) dal. Saya buat bentuk bite size. Rangup diluar tapi lembut di dalam. Resipinya dibawah ya!
MOONG DAL VADA
Bahan-bahan:
1 cawan moong/mung dal (rujuk gambar)
1/4 cawan air
3 sudu makan tepung beras
2 biji cili hijau – cincang
2 biji bawang merah India – cincang
2 tangkai daun ketumbar – cincang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh soda penaik
Cara-cara memasak:
1. Rendam moong dal selama 4-5 jam. Basuh bersih dan toskan. Kisar halus dengan air.
2. Tuang kisaran kacang dal tadi ke dalam mangkuk. Tambah semua bahan-bahan lain lalu kacau sebati. Rehatkan 10-15 minit.
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali.
4. Bentukkan campuran tadi mengikut citarasa. Boleh gunakan tangan* yang basah untuk bulat-bulatkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
5. Goreng vada hingga kuning keperang-perangan. Toskan.
6. Hidangkan panas bersama chutney atau tomato sos. Enjoy!